Ambil Feeling~

Satu permintaan saya sebelum anda membaca entri saya pada kali ini. Sila baca sambil memasang lagu youtube di bawah.



Buat Ayahanda tercinta Datuk Othman bin Samin..

(amek mood jangan masuk awal,ikut tempo..)

Semoga perkenalan singkat kita di bumi Morocco ini meninggalkan kesan yang besar...Dari Datuk buat kami anak-anak pelajar di sini, juga dari kami buat Datuk sebagai ayahanda kami di bumi Maghribi ini..

(tarik nafas dulu..)

Terima kasih Datuk atas segala pengorbanan Datuk buat kami, tunjuk ajar Datuk, perkongsian pengalaman Datuk sebagai orang lama, pandangan-pandangan Datuk, gelak tawa Datuk akan kami rindui..

(tarik nafas lagi..)

Mohon ampun dan maaf dari kami juga atas kenakalan kami selama kami berurusan dengan Datuk khususnya, segala songeh2 kami Datuk layan dengan baik, sehingga makanan kat dapur rumah Datuk pon Datuk tak kisah kami habiskan..terima kasih banyak2 Datuk..

(sloww..)

Semoga kehidupan di Morocco ini menjadi sebahagian dari catatan manis untuk Datuk kenang..Terharu melihat air mata Datuk berlinangan pagi tadi..semoga itulah air mata kesedihan terakhir Datuk yang kami akan lihat..

(....)

Selamat maju jaya buat Datuk Othman Samin dan abang Aamir di Malaysia..semoga ketemu lagi..Datuk doakan agar anak2 Datuk di sini menjadi manusia yang berguna dan sentiasa berkhidmat seperti Datuk jua..

('^-^")

Walaupon insan yang bernama Datuk Othman bin Samin ini bukanlah seorang ustad, bukanlah seorang penceramah, bukanlah seorang guru..namun beliau adalah seorang pendidik..pendidik bangsa, pendidik anak muda seperti kami untuk belajar apa itu erti kehidupan~

(kalau lagu habis dulu atau lagu lambat lagi nak habis, memang korang baca tak feeling la tuh..ehe macam la apa yang ditulis hebat kan..ni bukan sajak yea..sekarang ni kita main tacing2 je, dan straight to the point.. Amek feeling Datuk kat epot tadi, Datuk nangis..sebak jugak bangg. Nasib baik dah berjaya bagi kad jemputan kat Datuk=D)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Ambil Feeling~"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft