Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Esok 27 Dis (Isnin) adalah tarikh keberangkatan Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Maghribi aka Ayahanda kesayangan kami di sini. Beliau telah menamatkan khidmat sebagai duta besar pada 23 Dis atas sebab persaraan dari bidang perkhidmatan.

Jadi esok insyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya bersama sahabat-sahabat yang lain akan ke airport untuk menghantar beliau sebagai perhargaan terakhir mewakili mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Maghribi.

Saya akan pergi menghantar beliau bersama sekeping kad jemputan. Datuk, semoga kita jumpa di Malaysia nanti. Semoga dengan kehadiran Datuk ke majlis ini akan memeriahkan dan memberkati majlis ini insyaALLAH:)

Untuk sahabat lain, tunggu publish secara rasmi tak lama lagi yea..sabarrr~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Jemputan Ke Majlis Perkahwinan"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft