Kedai Sukan Khusus Untuk Wanita



SUBANG JAYA - Syarikat pengedar barangan sukan mampu milik, Al-Ikhsan memperkenalkan sebuah kedai pakaian sukan yang khusus untuk kegunaan wanita di Tingkat 1, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor yang mula beroperasi semalam.

Pengenalan kedai khas ini bertujuan memenuhi cita rasa wanita yang dikatakan mewakili 55 peratus pelanggan Al-Ikhsan hasil satu kajian dan pemerhatian yang dijalankan di kesemua 76 kedainya di seluruh negara, sebelum ini.

Pengurus Operasi Al-Ikhsan, Syed Mohd. Nabil Syed Mahasin berkata, wanita mungkin agak cerewet dan mahukan keselesaan dalam membeli sesuatu barangan termasuk berkaitan gaya hidup sukan dan kecergasan justeru inilah pendekatan yang tepat untuk memenuhi cita rasa mereka.

"Malah tidak lama lagi kami akan cuba mewujudkan pilihan barangan sukan berkaitan wanita Muslim menurut idea yang dicetuskan Pengarah Urusan, Ali Hassan Mohd. Hassan," katanya ketika ditemui pada pembukaan kedai ke-77 milik Al-Ikhsan itu, semalam. - Bacaan lanjut di sini.

Ekramhakim : Cabang dakwah itu pelbagai. Bukan hanya melalui masjid, ceramah, kopiah, jubah, parti politik, kepimpinan ulama, ulama muda dan sebagainya. Sukan juga merupakan salah satu cabang dakwah yang masih kurang pendakwah2 menceburinya. Selamat beramal~


*Al-Ikhsan ni syarikat orang Islam kan?Dari segi nama, memang gaya-gaya Islam. Ada siapa-siapa tahu, mintak kongsi yea:)


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

2 Comments to "Kedai Sukan Khusus Untuk Wanita"

  1. maghi pakak gi rama-rama...

  2. pompuan je la bang! huhu

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft