Saudi Taja Hotel 7 Bintang


BANGUNAN tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai akan dijadikan model kepada pembinaan hotel tujuh bintang di Mentougou, Beijing. - Agensi

BEIJING 8 Jan. - Pihak berkuasa Beijing merancang untuk membina sebuah hotel tujuh bintang bermodelkan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai dalam satu projek bersama Arab Saudi yang bernilai AS$1.3 bilion (RM4.03 bilion).

Beliau berkata, pihak Arab Saudi dijangka menanggung semua kos pembinaan itu.

Akhbar tersebut berkata, bangunan itu akan direka mengikut bentuk Burj Khalifa setinggi 828 meter tetapi ia tidak menyatakan ketinggian struktur yang dirancang.

Klasifikasi tujuh bintang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa kerana tiada badan rasmi yang menganugerahkan lebih daripada lima bintang tetapi terdapat sejumlah hotel mewah yang menggunakannya.

Antara hotel yang menggunakan klasifikasi tujuh bintang selain Burj Al Arab di Dubai ialah Pangu 7 Star Hotel, Beijing yang terletak berdekatan stadium semasa penganjuran Olimpik 2008.

Pengumuman projek tersebut dibuat ketika China cuba mengurangkan pembinaan bertaraf tinggi dan membina perumahan mampu milik ekoran perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat berikutan kenaikan harga hartanah. - Bacaan penuh di sini.


Ekramhakim : Beberapa nota saya tentang projek ini :-

  • ARAB SAUDI akan membiayai penuh projek hotel yang bernilai RM4 bilion ini?
  • Sekarang sudah peringkat 7 bintang. Akan datang mungkin sampai 10 bintang.
  • Projek mewah ketika rakyat dalam sengsara.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"

0 Comments to "Saudi Taja Hotel 7 Bintang"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft