Berbaloikah Pengorbanan Seorang Suami dan Ayah..(?)



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih lagi sempat untuk aku menaip dikala ini..(bajet puitis..haha)hari ni kalau ikut tahun masihi dah 1 Januari..mesti ramai yang ingat tarikh ni kan? Tapi kalau try tanya tarikh ISLAM, memang sure ramai yang xingat(termasuk la aku..apa daa..ishk, lepas ni kena tengok gak tarikh hijri ni..) tapi kat sini, keadaan seperti biasa..lain suasananya kalau nak dibandingkan dengan Malaysia kita..kalau kat Malaysia, sambutan tahun baru memang gila2..dengan konsertnya, bunga apinya, countdown(baca kondom) nya..macam2 ada… dari mana erk diorang ambik budaya ni?jawapannya daripada barat..tapi aku xpasti pulak camne sambutan kat negara2 orang putih..kena tanya sahabat2 kat sana la pulak..last2, kita pulak yang lebih dari orang putih..mana la tahu kan..satu soalan timbul di benak fikiranku, boleh ke kita meraikan tahun baru masihi??(harap kepada sahabat2 dapat membantu aku..)walau apa pon jawapan yang akan aku terima, pada hakikatnya, saudara2 seISLAM kita masih lagi dijajah dengan ideologi2 yahudi & nasara yang tidak pernah redha dengan ISLAM kita..


وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ


“Dan orang2 yahudi dan nasrani tidak akan sesekali redha kepadamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka..”-Al-Baqarah:120


Mungkin sambutan tahun baru kat Kuala Terengganu lebih2 lagi kot sebab 1 Januari 2008 menjadi sejarah tersendiri kepada penduduk Kuala Terengganu sebab dah jadi bandaraya daa...MPKT pon dah tukar nama kepada MBKT..bagus2..aku mengharapkan suatu perubahan yang baik pada tanah air aku ni..bukan semua perubahan patut kita tolak, tapi ingat, bukan semua perubahan patut kita terima..aku tumpang gembira diatas pengiktirafan ini sebab ada mafhum hadith yang berbunyi:


biar hari ini lebih baik dari semalam dan biar esok lebih baik dari hari ni..


Logo Baru MBKT

Aku xtahu sejauh mana perbezaaan Kuala Terengganu sebelum dan selepas menjadi bandaraya ni..lantas ku terfikir(cewah,puitis daa..), berbaloikah pengorbanan abah aku yang sanggup bersengkang mata dikejar kerja bertimbun2(sampai lewat malam pon ada..) sejak pertengahan tahun 2007 lagi..??berbaloikah pengorbanan abah aku yang sanggup menggadai masa mencurahkan kasih sayang bersama ma dan adik2 aku dek arahan pihak atasan..??aku disini hanya mampu menunggu dan melihat sahaja..erm, tahun 2008 gak adalah tahun melawat Terengganu..jadi sila2lah melawat kat negeri aku ya..keropok lekor ada, nasi dagang ada..promote2..haha..

Cerita pasal Terengganu ni, teringat pulak kat keluarga di sana..lama dah xtel rumah..rindu bangat, tapi bukanlah sampai tahap alahan homesick macam salah seorang senior aku kat sini..(hanya yang tahu sahaja mengertinya..haha).erm, petang tadi(waktu Maghribi) handset buruk aku bergetar..(aku xsuke letak ringtone-pencemaran bunyi..haha).SMS dari ma aku..ma aku kata mak tarmizi ada datang kat rumah aku petang tadi(waktu Malaysia)..aiik,plek semacam je bunyi..(xkan nak mari lamar aku kot..xnak aku..haha).tapi mesti ada sesuatu perkara penting yang mak tarmizi bincang dengan ma aku ni.kepada sahabatku, tarmizi..aku xkan beri mu balik Malaysia..kuatkan semangat mu, kawan..berilah peluang kepada dirimu untuk menyesuaikan diri di tempat orang..pergi berlapan,pulang berlapan...#



-no perfect person-

0214am


0 Comments to "Berbaloikah Pengorbanan Seorang Suami dan Ayah..(?)"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft