Antara Pasrah dan Redha..


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku kurang sihat sikit la.Dari semalam lagi, dengan suhu yang dah memang sejuk ditambah lagi dengan hujan lebat dan angin kuat sampai terbang tikar2 rumah FULL HOUSE aku ni, membuatkan aku kurang berminat untuk acap kali keluar rumah walaupun untuk buka pintu pagar..(ada pintu pagar ke rumah aku??konfius2..)Alhamdulillah, mujur exam dah habis.Cuma nak tunggu keputusan keluar je..Camne la dengan result2 aku ni..Rasa bimbang itu tetap wujud dalam hati aku namun akan ku teruskan penantian ini dengan wajah yang berseri, bibir yang sentiasa menguntum snyuman dan hati yang penuh redha kepadamu..cewwah..Sekali tersasul ayat jiwang daa..Erm, kejap2..Hati yang redha?? Redha ke pasrah?? Adakah redha itu sama macam pasrah ataupun pasrah itu sama macam redha?? Camne erk?? (Beza talam dengan dulang camne pulak?? fening2..)

Menurut seorang senior aku yang menaqalkan daripada seorang ustaz, redha dan pasrah adalah dua perkara yang berbeza.Dari segi bahasa mungkin sama, tapi dari segi istilah amat berbeza..(yang ni aku wat memandai..) Dari segi bahasa mungkin kita boleh mengatakan kedua-dua perkataan ini sebagai terpaksa menerima.Namun, dari segi istilah amat2 ketara akan perbezaan diantara kedua2nya.Pasrah membawa maksud terpaksa menerima sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama, masih mempersoalkan kenapa berlaku, kenapa dia yang ditimpa tidak orang lain, kenapa, kenapa dan kenapa..(banyak contoh boleh kita tonton dalam drama2 melayu lepas frust cinta, terima kecacatan atau ada kematian..mcm2 gaya ada).Ujar beliau lagi, redha pula kita terpaksa terima sesuatu perkara tanpa mempersoalkan takdir itu.Kita terima dengan merasakan pasti dan memang semestinya ada hikmah disebalik kejadian itu..(bersangka baiklah kepada ALLAH).ALLAH tidak melakukan sesuatu perkara itu dengan sia2..pasti ada yang tersirat diantara yg tersurat itu…

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِم وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ْ

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

(Ali Imran:191)


Berbalik kepada diri aku ini, aku rasa walaupun aku lulus banyak madah, tapi aku tak akan rasa gembira jika aku tak faham apa yang aku lulus dan aku rasa tak perlu sedih jika aku tak lulus apa yang aku memang tak faham untuk aku terang balik kepada orang lain..(betul entah ayat aku ni??).Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku, tapi itulah yang aku cuba tanam dalam diri aku.Belajarlah untuk ilmu, bukan untuk exam, tapi exam itu adalah wasilah kepada kecemerlangan walaupun exam itu bid’ah..(bida'ah ke??nasihat untuk diri aku..).Tapi jangan pulak kita fikir orang yang lulus itu tak faham apa yang dipelajari dan belajar untuk exam..JANGAN!!Jangan sesekali bersangka buruk kepada sesiapa pun.Akhiran, aku dah tak tahu nak tulis apa ni.Mata pun dah mengantuk, kepala pun dah fening2, dan otak pun dah liplap2.Amende yang baik itu semua dari ALLAH dan amende yang tak baik itu datang dari diri aku.Perbetulkan jika aku tersilap kerana aku bukanlah insan yang sempurna, pasti ada kelemahan.Dan setiap kelemahan itu pasti ada hikmah tersendiri..Think positive!#





-no perfect person-
0315am

0 Comments to "Antara Pasrah dan Redha.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft