Bukan Sekadar ISLAM Teori..


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah aku sudah beransur pulih dari sedikit ujian yang ALLAH berikan kepadaku setelah beberapa ketika.Dengan cuaca yang kembali cerah sentiasa dan suhu yang agak sederhana sejuk, dapat lagi untuk aku menjalani kehidupan seperti biasa disini walaupun masih kedengaran batuk2 kecil dan sesotan2 hidungku yang masih berair ini..

Pada hari Sabtu lepas, 25 Zulhijjah, kami mahasiswa2 Maghribi telah menerima lawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Mustafa Mohamad(bukan Menteri Kesihatan ya..)Berikutan dengan itu, pihak Kedutaan Malaysia di Maghribi telah mengadakan satu majlis makan malam dan dialog antara pihak menteri dan mahasiswa2.Dalam majlis itu, bukan sahaja kami yang diperingkat ijazah sahaja yang hadir, malah ada diantara abang2 senior yang di peringkat master dan PhD turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

Yang aku nak cerita disini bukanlah mengenai makan malam itu..(terima kasih kepada tukang masak, kami menyimpan 'ruang' dari siang hari lagi..)tapi yang aku nak kongsi dengan sahabat2 semua adalah mengenai dialog terbuka antara Dato' Pa dengan kami..(kami??walaupun aku hanya berada di suatu sudut yang terpencil)Antara perbincangan yang aku rasa menarik perhatian aku (bagi orang lain aku tak tahu la menarik ke tak..) adalah mengenai status kita sebagai golongan yang mempelajari agama dan bahasa arab, apabila sudah di alam pekerjaan kelak, kita mempunyai peluang yang lebih luas bukan setakat sebagai ustaz ustazah mahupun tok2 imam ataupun tok2 siak.(Mungkin aku akan kongsi lagi pendapat aku pada masa akan datang, insyaALLAH).

Aku sudah lama tertarik dengan penulisan Ustaz Hasrizal.Di blognya, saifulislam.com antara pegangan beliau yang aku kagumi ialah:-

"Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan.."

Janganlah kita bercakap diatas angin, dan janganlah kita hanya mahir berteori sahaja didalam usrah, munaqasyah, majlis ilmu dan sebagainya..(harap2 aku tidak tergolong dalam lingkungan kedua-duanya itu..)Aku disini bukanlah orang yang selayaknya untuk memberitahu, kerna ku tahu akan diriku masih banyak yang tidak tahu dari tahu.Aku juga bukanlah yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu kepada sahabat2, tetapi sekadar mencetus mahu bagi melihat benih2 ISLAM hidup subur diatas bumi wakafan ini..

Esok aku akan menempuhi beberapa lagi peperiksaan.Doakan aku moga mampu menjawab dengan sebaiknya.Aku juga ingin 'lulus'...#






-no perfect person-
0106am

0 Comments to "Bukan Sekadar ISLAM Teori.."

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft