Birthday Ikut Kalendar ISLAM; Relevan atau Tidak?


Assalamualaikum w.b.t.


Untuk mula2, aku nak ucapkan selamat tahun baru 1429h.Aku tak tahu, sambutan mana yang lebih meriah bagi masyarakat sekarang; tahun baru ISLAM atau tahun baru masihi..sahabat2 boleh jawab sendiri la ya..Ramai yang ucap selamat tahun baru ISLAM..Alhamdulillah ingat lagi kita pada ISLAM kita ini..tapi ramai pulak yang lupa akan peristiwa disebalik permulaan tahun baru ISLAM ini.Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang sarat dengan hikmah tersendiri..Adakah kita sekadar mengucapkan selamat tahun baru dan memaparkan tema Ma'al Hijrah (tema tahun ini bagi Malaysia "Menjana Ummah Gemilang") tanpa melakukan apa2 perubahan atau pembaikan terhadap diri kita, keluarga kita mahupun masyarakat kita..


Pada tahun baru ini, aku berharap bukan sekadar harapan, agar umat ISLAM bersatu dibawah satu bumbung yang kukuh tanpa ada perselisihan yang timbul dari sebab ikhtilaf2 yang kecil disekeliling kita.Jangan kita memperbesarkan masalah2 yang kecil sedangkan masalah2 yang besar kita tak sempat nak selesaikan, sehingga merugikan umat ISLAM sendiri..Pihak musuh ISLAM sentiasa menunggu peluang untuk menghapuskan pegangan kita ini..aku tak nak sebut panjang2 sebab dah ramai yang bagitahu perkara ni..(walaupun dah ramai yang bagitahu, tapi tak ramai yang jadi pengamalnya..)Aku mengharapkan sinar ISLAM kembali bercahaya..

Berbalik kepada tahun baru ISLAM ni, ramai mana antara kita yang pada mulut dan hatinya nak kepada ISLAM, tapi dia sendiri yang tak tahu tarikh kalendar ISLAM.Kalau tarikh untuk hari ini pun kita tak tahu, apatah lagi tarikh lahir kita dalam kalendar ISLAM.Aku tak kata semua yang tak tahu, mungkin ada yang diantara kita yang dah tahu..yang dah tahu tu bagus la, tapi lebih bagus kalau kita guna kalendar ISLAM untuk sambut birthday kan?Menurut kajian sains pun, perkiraan mengikut nisbah orbit bulan(kalendar ISLAM) adalah lebih tepat berbanding nisbah orbit matahari(kalendar masihi).Mungkin lepas ini kita boleh try ubah cara kita, sambut birthday dalam kalendar ISLAM pulak.Camne??Ok je aku rasa..tak salah pun.Mungkin bagi pandangan masyarakat sekarang suatu perkara yang pelik, tapi sampai bila kita nak 'memelikkan' perkara ini.Sepatutnya kita yang dah faham agama ini yang memulakannya dan membudayakannya dahulu..sampai bila kita nak jadi pengikut 'mereka', dan sampai bila kita nak menunggu untuk memandu 'mereka' kedalam cara hidup ISLAM..kalau bukan kita, SIAPA?kalau bukan sekarang, BILA?kalau bukan disini, DIMANA?tepuk dada, tanya diri masing2..

Kekuatan ISLAM itu bergantung kepada ISLAM itu sendiri, bukan terletak pada faktor lain..jadi, apasal kita sebagai muslim nak guna sistem lain sedangkan ISLAM itu telah lengkap dengan sistem kehidupan kepada kita..ni la yang aku belajar dalam madah bi'ah sem1 baru ni..(harap2 aku lulus sebab aku rasa aku dah faham dan mampu terang kepada orang lain..)sekali lagi aku nak tanya, relevan ke tak kalau kita sambut ulangtahun kelahiran kita menggunakan kalendar ISLAM?aku rasa tak salah, kan..?apsal kita tak gunakannya?ni sibuk nak celebrate guna tarikh masihi..bahkan golongan yang berlatarbelakang agama pun masih guna tarikh masihi..kata nak kepada ISLAM..

Tapi dalam meraikan birthday tu, ada jugak yang kita terlepas pandang..Meraikannya taklah salah, jangan fikir ISLAM melarang semua perkara.ISLAM tidak melarang, tapi menjaga..Contohnya, memotong kek dan meniup lilin adalah sebahagian daripada adat wajib bagi agama kristian..ramai yang tak tahu tentang hal yang bersabit dengan akidah ini.Yang dah lepas, dah tak boleh nak ulang balik..beristighfarlah..yang penting, untuk masa akan datang kita perindahkan gaya hidup kita ini..meraikan ahli keluarga ataupun sahabat2 kita tidak salah, tapi biar kena pada caranya..rai bukan semata2 nak menggembirakan hati, tetapi yang lebih pentingnya, kesyukuran kita kepada ALLAH yang telah memberi umur kepada kita untuk ber'khidmat' untukNYA..

OK lah, malas dah nak taip.Orang pun bukan nak baca panjang2..jadi akhirnya aku harap apa yang patut kita buat ialah sama2 kita ubah cara hidup kita..jangan sekadar bercakap tentang ISLAM, tapi duduk tempat sama jer..cakap berbuih2, tapi tak boleh nak beri apa2 pada ISLAM kita..usrah berjam2, tapi takde apa2 perubahan juga dalam masyarakat..Mungkin ada sebahagian sahabat yang dah ada software tentang kalendar ISLAM ini.Tapi kepada yang belum tahu, bolehlah cari disini.(klik disini, disini, dan disini..).Tolong carikan untuk ahli keluarga kita dan sahabat2 kita sekali..Moga2 ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk membudayakannya..

Ni hanyalah sekadar pandangan aku.(mungkin dah ramai yang mempunyai pandangan seperti ini..)Aku tak paksa sahabat2 untuk menerimanya dan aku tak mengatakan salah untuk kita menggunakan kalendar masihi dalam urusan hidup kita..itu tidak benar sama sekali..Kalau sahabat2 rasa ia baik, maka panjang2kanlah kepada ahli keluarga, sahabat2 lain, usrah2 mahupun apa bentuk media ISLAM yang kita ada..Kalau sahabat2 rasa ia adalah sesuatu yang sukar diterima, maka abaikan sahaja dan teruskanlah sambutan birthday sahabat2 dengan menggunakan kalendar masihi yang ada di tangan sahabat2 sekalian kerana ia tidaklah salah untuk itu..Urm..Aku sedang menunggu birthday abahku..13 Muharram..#



-no perfect person-
1137am
2 Muharram 1429













0 Comments to "Birthday Ikut Kalendar ISLAM; Relevan atau Tidak?"

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft