Morocco,Moscow & Maruku..~

Jika di Malaysia, memang sukar untuk masyarakat awam khususnya para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke timur tengah mengetahui maklumat tentang pengajian di Morocco a.k.a Maghribi berbanding Mesir mahupun Jordan.Nama negara ini pun telah mengelirukan sesetengah pihak.Ada yang beranggapan bahawa Morocco dan Maghribi ini adalah dua negara yang berbeza dan ada juga yang beranggapan bahawasanya Morocco adalah Moscow yang terletak di Rusia.Tidak ketinggalan, ada juga yang mengatakan bahawa Morocco ini adalah sebuah negara Afrika yang didiami 100% penduduk kulit hitam!

Alhamdulillah pada bulan Julai 2008 baru-baru ini, sahabat saya Saudara Abdul Rahim bin Zainuddin telah dihubungi oleh pihak Fokus SPM terbitan KarangKraf berkesinambungan daripada beberapa sajak beliau yang telah diterbitkan di dada-dada akhbar nasional.Daripada situ, beliau telah berjaya sedikit sebanyak mempromosikan Morocco a.k.a Maghribi kepada khalayak ramai khususnya pembaca Fokus SPM.Dalam kolum 'Dari Kampus Ke Kampus' ini, beliau sedikit sebanyak menceritakan pengenalan tentang Morocco, kehidupan dan sistem pembelajaran disini.Walaupun hanya 2 muka surat, namun harapan saya pada permulaanya agar sahabat-sahabat di Malaysia mahupun di mana saja anda berada, tolong, tolong dan tolonglah setkan di dalam kepala kita semua bahawasanya Morocco dan Maghribi adalah satu benda yang sama, Morocco ini bukan Moscow dan Morocco ini bukanlah sebuah negara yang mempunyai bangsa kulit hitam 100%.Ini harapan saya untuk permulaan.Sekian, mekasih=D


[Sila klik dua kali untuk tatapan yang lebih jelas~]

[Tak sangka ada juga yang terselit~]




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."





4 Comments to "Morocco,Moscow & Maruku..~"

  1. assalamualaikum..

    waa...manyak untun sama itu rahim..hehe..terselit dlm majalah terkini remaja era modenisasi..

    bagusla..paling koman,dapat sket sebanyak promote mrco yg agk ceruk di kaca mata masyarakat msia..namun,insyaAllah.."kecerukan" ini sket sbyk akn tersirna hari demi hari dgn bertambahnya bil pljr d mrco..insyaAllah...

    smg sume keluaran dri mrco mempunyai modal insan yg terbaik dri barisan yg terbaik..insyaAllah..

    Allahumma Sta3aan...

  2. insyaALLAH..kami menunggu penulisan dari pimpinan persatuan mahasiswa morocco lak ni..tak sabar menunggu...eheh~

  3. kebun

    salam.nk tnye,saye nie candidate spm08,n stam09,so cane ye?blh ker nk apply untuk study kt sane untuk thn nie(2010)?mhn jwpn..syukran~

  4. ++kebun, wslam wbt. terima kaseh kerana sudi bertanya. Untuk setakat ni, tiada lagi permohonan dibuka utk lepasan STAM. Mungkin boleh dicadangkan kepada pihak KPT. Di sini saya sertakan sekali post saya mengenai pengajian di Morocco.=)

    http://ekramhakim.blogspot.com/2009/11/respon-tentang-pengajian-di-kuliah.html

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft