Akademi Nasyid~


Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni Akademi Nasyid (AN) dah masuk konsert ke-2.Ok la tu.Tak nak komen banyak-banyak.Baru lagi, memang banyak la yang perlu diperbetulkan.Memang orang suka komen2.Tapi alternatifnya takde.AN ni pon dah kira alternatif dah.Alhamdulillah la ada jugak program realiti sebegini di negara kita.InsyaALLAH nanti aku balik, aku bukak rancangan TV sendiri pulak yea..

Try la tengok AN sekali.Hari Sabtu jam 08.30 malam di TV9.Kalau aku disini, sekadar mengintai dari web TV9 jer.Masa minggu pertama baru ni, ada yang poyo, ada yang meluat, ada yang menusuk jiwa, ada yang santai dan ada yang kreatif.Pendek kata, macam-macam ada.

Kalau minta aku pilih, untuk setakat ni aku tertarik kepada 3 peserta sahaja.Muslim Voice, Azhan Atan dan Cicik.Muslim Voice membawa kelainan dengan kekreatifan mereka melalui seni acapella mereka, Azhan Atan dengan suaranya yang menusuk qalbu sampai nak menangis dengar dia perform baru ni dan Cicik pula dengan persembahan yang santai tapi ada point yang nak dibagitahu olehnya.

Apa-apapun, harapnya hadaf AN untuk menyemaikan jalan alternatif kepada hiburan dapat diteruskan dengan pengislahan yang berterusan, bukan kerana populariti, bukan kerana keuntungan dan bukan juga kerana dunia yang sementara ini.Aku sokong usaha ini.Teruskan!

Lakaran Kenangan~



Assalamualaikum w.b.t.

Secebis lakaran kenangan bersama sahabat di marga Kenitra sebelum diserang peluru kerisauan menghantar kepulan awan angka-angka selepas istidrak.Mulanya menakluk Qasbah, keesokannya bakar-bakaran ayam dan mandi-mandian air di Mehdia.Jajahan yang sama tapi tinggi rendahnya berbeza.Qasbah; binaan kubu tentera Andalusia zaman purba kala dahulu agaknya, terletak di atas bukit, dan Mehdia terletak di tanah rata kerana ianya adalah sebuah pantai membentangkan sehampar lautan Atlantik.Tak dinamai pantai pulak kalau ianya berada di atas bukit.Tak gitu??

-pabila anak ganu jati bertemu anak ganu celup-

-pandangan dari Qasbah ke arah laut.ABCD (merah) sedang memerhati musuh dari laut-

-setelah usai rehlah d'Mehdia; kehangusan mereka terserlah-




~Sekadar Hanya~
22 JamadilAkhir 1429h
2347

Hikmah Kembara~

Assalamualaikum w.b.t.

Sesudah beberapa minggu aku hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja, kini tibalah masa untukku merantau ke tempat orang pula.Boleh gila agaknya jika terperap sahaja selama 3 bulan di dalam kepompong batu ini.Hasratnya insyaALLAH, mahu aku mengembara selama 30 hari, macam Jemaah Tabligh gitu..Tapi bergantung juga kepada keadaan ekonomi semasa dan hal-hal kecemasan jika ada.Semuanya perlu dibuat persediaan awal.Kita merancang, ALLAH menentukan.

Hal pertama tika aku memulakan pengembaraan ini, bukan sekadar mencari keseronokan dan menghabiskan duit, tapi aku ingin menimba pengalaman berharga sebanyak mungkin bermesra dengan sahabat2, mengenal masyarakat sekeliling, budaya, adat dan fikrah mereka yang boleh dikongsi bersama.Mungkin inilah kelebihan menuntut ilmu di tempat orang yang berbeza latar belakang masyarakatnya.

Semalam aku menelefon Ma dan Abah meminta restu untuk memulakan pengembaraan ini.Pesanan mereka hanya satu, "Jaga diri ditempat orang.."Ungkapan yang ringkas, tapi besar maknanya.Jaga agama, jaga Quran,jaga akhlak dan jua jaga keselamatan.InsyaALLAH, moga2 diriku ini berada di bawah rahmatNYa dan jagaanNYa selalu.Doakanku selamat pergi dan selamat pulang.

p/s: Harap tuan2 rumah menerima kedatangan orang jauh ini..=D~



~Sekadar Hanya~
1446
16 JamadilAkhir 1429h

Bukan Aku Tidak Mahu~

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan aku tidak mahu memandang wajahmu,
tapi diri ini berdoa agar wajahmu menghiasi hari-hariku,
mendamaikan jiwa, menenangkan hati,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak mahu melirik senyuman padamu,
tapi diri ini sentiasa tersenyum di dalam hati,
agar senyuman ini mahal di hari cincin disarungkan di jari,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak mahu bertanyakan khabar padamu,
tetapi diri ini sering mendoakan agar suatu hari nanti,
aku tak perlu bertanyakannya dan aku sentiasa merasainya,
pada hari-hari yang pasti...

Bukan aku tidak mahu berbicara denganmu,
tapi diri ini ingin menghabiskan tutur kata,
tika mana aku dan kamu bukan lagi 'ana' dan 'enti',
bukan lagi 'kita' dan 'dia',
pada hari-hari yang pasti...

Bukan aku tidak mahu berchatting denganmu,
tapi diri ini takut jari-jariku
tidak diizinkan lagi untuk membelaimu,
tidak diizinkan lagi untuk mengubati lukamu,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak ingin memandang senyumanmu,
tapi diri ini bimbang senyumanmu akan pudar,
tidak lagi memberikan manisnya di setiap pagi,
pada hari-hari yang pasti..

Bukan aku tidak ingin membelikan hadiah untuk hari lahirmu,
tapi diri ini gusar hadiah itu adalah terakhir dariku untukmu..
tidak lagi ,
pada hari-hari yang pasti..

**ikhlas dariku**



~Sekadar Hanya~
1316
15 JamadilAkhir 1429h

Hikmah Sosial~


Assalamualaikum w.b.t.

Dalam santai, kami merancang untuk mengadakan satu rehlah di Pantai Temara pada hari ini.Tak disangka, idea ketika berehat setelah bermain bola pantai petang kelmarin oleh salah seorang daripada kami itu, di'iya'kan oleh semua.Alhamdulillah, kata orang 'sepakat membawa berkat', insyaALLAH.Malam tadi juga segala persiapan dibuat.Walaupun santai, namun harapnya ukhuwah antara kami ini semakin kukuh, insyaALLAH.Selain daripada ukhuwah, mandi dan makan, kami juga dapat 'menguji keimanan kami' semua disini.Balik rumah hari ni, confirm terus kena ngulang banyak2..huhu~

[Port Kami - Sedang Membakar]

Bersosial itu perlu, tapi ada batasnya.Bergaul dengan masyarakat setempat, bergaul dengan teman2 apatah lagi dengan ahli keluarga terdekat mahupun terjauh.Aku jelik pada pemimpin yang tidak suka turun padang, pada rakyat yang tidak meraikan program orang, mahupun pada golongan yang mengaku pendakwah, mujaddid dan yang seangkatan dengannya, tapi tidak mahu bercampur dengan umat sejagat.Hanya mahu berkhalwat seorang diri sahaja, hanya mahu berzikir ditiang masjid semata dan yang sewaktu dengannya.

Ini bukan kisah masalah sosial, tapi kisah hikmah sosial dan aku adalah seorang yang anti kepada anti-sosial.Harap Maklum!

p/s: Selamat Hari Bapa dan Selamat Hari Lahir kepada Abah.Moga diberkati dan dirahmati ALLAH selalu.Terima kasih diatas segala curahan kasih sayangmu pada anakanda ini, Abah.Biarpun jasadmu tiada disisi, namun harapanmu sentiasa tersemat dihati.~



~Sekadar Hanya~
2246
12 JamadilAkhir 1429h

Dekat-Dekat Sudah~

~Taqwa Ahmad Irdha~

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah memori otakku yang tergendala setelah virus malas menyerang diriku ini.Memori yang di'save' minggu lepas, menghadiri majlis aqiqah anak Ustaz Irdha [penuntut PhD di Morocco] hasil perkahwinan beliau dengan isterinya la..Siapa lagi..Kisahnya, isteri beliau ini adalah seorang Arab Morocco.Tu lah yang nak dibagitahu sebenarnya..Abang kepada Ustaz Irdha ini adalah Ustaz Wifaq juga seorang penuntut PhD disini, yang juga diikut jejak langkah oleh adiknya itu mengahwini anak dara Arab Morocco..Aku??Ma marah cari Arab, senyap 'tupah' rumah aku nanti kan..Dekat-dekat sudah=P

Anak Ustaz Irdha adalah seorang yang penuh dengan jiwa kewanitaan kerana dia adalah seorang bayi perempuan.Wajahnya seanggun namanya, dan namanya seanggun wajahnya kerana tiada perkataan yang seanggun, secantik, secomel, seayu, se'cute' Taqwa.Itulah dia, Taqwa Binti Ahmad Irdha.Puteri kacukan Melayu-Arab yang diharap akan menjadi haruman kasturi yang menghiasi perjuangan Ustaz.InsyaALLAH~

Arab tak semestinya solehah, solehah tak semestinya Arab.Tercantik tak semestinya bahagia, bahagia tak semestinya tercantik.Terpandai tak semestinya memahami, memahami tak semestinya terpandai.'Taribat Yadaak' sudah.."Buah yang baik akan muncul dari benih yang baik dengan baja yang baik."

p/s:Sebenarnya posting untuk kali ini amat tersasar jauh dari plot asal walaupun aku tahu pasti ramai yang suka membincangkan topik ini.Mungkin kerana baru usai membaca cerpen seorang sahabatku yang penuh dengan kejiwangan itu.Terkesan agaknya..Sensitip betullah.Akhirnya, untuk mengelakkan dari terus tersasar, aku 'stop' untuk setakat ini dahulu.Kan terlebih kan, susah pulak..Sambung lain kali pulak."Alamak!Terlebih sudah.."



~Sekadar Hanya~
0217
08 JamadilAkhir 1429h

Hakikat Kehidupan~



Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian mengenai hakikat kehidupan yang akan dialami oleh kita semua jika konflik harga emas hitam ini naik secara mendadak dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.Segala2nya tidak menjadi mustahil.Semoga terhibur.



~Sekadar Hanya~
1158
7 JamadilAkhir 1429h

Cucu Jepun~

Assalamualaikum w.b.t.

Disini sekadar nak berkongsi detik2 suka ketawa bersama Ustaz Azhar semasa diri ini masih berada di Malaysia.Masa ni kuliah Maghrib di Surau Gelong Bilal, Pasir Panjang , pengajian Kitab Fiqh Manhaji.Ustaz memang suka buat lawak tapi ada batasnya dan ada manfaatnya.CD ini antara yang paling laris dari kuliahnya pada tahun lepas.Mengalahkan artis 'gamok'nya.Huhu..~

Tajuk CD : Cucu Jepun

p/s: Masih adakah simpanan koleksi CD2 Ustaz Azhar aku disana??Harap masih kekal~



~Sekadar Hanya~
0200
29 JamadilAwal 1429h

Kami Dan Maqlubah Itu~~

[Kami Dan Maqlubah Itu]

Assalamualaikum w.b.t.

Time cuti2 camni, virus malas nak update menghantui diriku ini walaupun dalam kepala ini banyak je yang nak ditulis apa yang telah difikir untuk dikongsi bersama..

Baru2 ini, kami memenuhi jemputan sahabat sekuliah dari Turki, Orhan untuk bersantap malam di rumahnya.Dengan hidangan tradisi Turki yang dimasak dengan 'air tangannya' sendiri, memang menyentap selera kami berlima.Menurutnya, masakan itu dikenali sebagai Maqlubah yang bermaksud terbalik (lebih kurang la kot).Mengapa dinamakan sedemikian? Kerana ia memang perlu diterbalikkan periuk untuk hidangan.Maqlubah ni macam nasi jer,pastu ada ubi kentang sikit, ayam, dan daging yang dimasak bersama.Kuahnya pula yogurt dan salads.

Alhamdulillah, rezeki kami.Habis licin dibuatnya.Anak2 sapa la ni erk..??Kemudian, sambil 'meneguk' teh Turki, kami menghayati keindahan gambar2 elektronik bandaraya bersejarah bekas Kerajaan Uthmaniah.Sebelum berundur diri, kami dihadiahkan lagi dengan cenderahati dari Turki.Jazakallahu Khairan Kathira.Ada rezeki, jemput datang ke rumah kami pula..Makanan Malaysia lagi banyak ni~

p/s:Railah Tuan Majlis~



~Sekadar Hanya~
1204
29 JamadilAwal 1429h
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft