Pilihanraya Kecil P36


Persoalan menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini (esok).

1.Tak balik Terengganu ke pilihanraya ni?

Erm, jauhnya.Tak baliklah.Kalau ayah saya buka syarikat penerbangan tambang murah 'RadziAir' ke, barangkali saya balik.Balik pon tak boleh mengundi lagi.

2.Mak Ayah belah mana?

Ayah saya ditugaskan sebagai pegawai SPR Dun Ladang.Kata ayah saya, dia sentiasa kena neutralkan diri.Mak saya pula katanya, undi itu rahsia walaupun antara mak dengan anak.Jadinya saya tak boleh nak kata apa-apa..

3.Rasa siapa menang?

YB Wahid Endut berpengalaman sebagai pemimpin peringkat negeri manakala YB Wan Farid lebih kepada peringkat nasional.Calon bebas tu saya tak pasti.Dari segi peribadi kedua-dua calon ini, YB Wahid Endut lebih menonjol.Saya memerhati bukan sebagai pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang, tapi sebagai mahasiswa yang bebas dan demokrasi.Memahami soalan, saya menjawab soalan rasa siapa menang, bukan siapa saya cenderung.Calon yang baik, itulah pilihan saya.

4.Komen tentang fenomena Kuala Terengganu sekarang?

Kuala Terengganu dalam masa dua minggu ini menjadi syurga dunia.Selepas ini tak tahulah..

5.Harapan?

Saya berharap agar pengganti Al-marhum YB Razali Ismail ini mampu membawa kesinambungan perjuangan Al-marhum di Kuala Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.Al-marhum merupakan Pengerusi PIBG sekolah saya ketika masih di sekolah rendah, yang mana ketika itu juga beliau menjawat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Dengan perjuangan tema "Memperkasakan Akal Budi" merupakan satu perjuangan membina modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan method pendidikan.

Tunggu saja keputusan esok!10.30 malam ya!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

3 Comments to "Pilihanraya Kecil P36"

  1. Anonymous

    hidup hidup
    pakat kluar ngundi rama2

    polis penuh dh kt nih..
    safety gler

  2. tu la pasal..
    tadi tel rumah,mak aku kabo
    pok sedare aku dan sepupu aku dari pejabat polis cheras dan kota bharu pon kene bertugas di KT..

  3. Anonymous

    terkilan plk khilangan Dato Razali

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft