Thailand Ungguli Kejohanan Kita~


Kenangan beramai-ramai semasa acara penutup kejohanan.


KENITRA 21 Februari – Kemenangan pasukan jemputan Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal anjuran Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (SUREYA) menutup tirai kejohanan sehari suntuk di Padang Bir Inziram, Khubazat petang semalam.


Thailand menundukkan Kumpulan 2 dalam perlawanan akhir dengan kemenangan tipis 2-1 untuk muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut. Kumpulan 2 pula sekadar berpuas hati dengan naib juara selepas gagal mengekang aksi lawan pada saat-saat akhir perlawanan.


Sebelum itu, kumpulan 1 dan kumpulan 4 berjaya bersaing di peringkat kalah mati. Mereka tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Kumpulan 1 tewas kepada Thailand 0-2 manakala kumpulan 4 dibelasah teruk oleh kumpulan 2 dengan jaringan 1-6.


Hafizullah diasak oleh Akmal sambil diperhatikan oleh Munzir dalam perlawanan separuh akhir. Kumpulan 2 menang besar 6-1.


Kumpulan 3 terlebih dahulu menjadi pasukan terawal tercicir dari kejohanan selepas sekadar menamatkan saingan di peringkat liga. Kegagalan kumpulan 3 untuk mara lebih jauh adalah disebabkan faktor kebanyakan tonggak pasukan itu yang masih mengalami kecederaan dan tersekat dalam proses perpindahan musim sejuk baru-baru ini kerana belum mendapat permit pekerjaan dari pihak imigresen Maghribi.


Objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk persediaan menghadapi Sukan SEAS musim panas ini selain SUKMA pada musim bunga akan datang. Lebih dari itu, kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kita yang berada di pelusuk Maghribi berkumpul dalam satu masa yang sama.


Hakikatnya, pasukan kita masih memerlukan latihan dan starategi yang kukuh untuk menyaingi pasukan Thailand dan Indonesia dalam Sukan SEAS nanti. Kekurangan stamina, kekeringan idea dan kurang bermain dalam satu pasukan menjadi faktor kenapa kejohanan anjuran kita dimenangi pasukan jemputan.-Ekramhakim.


1) Kumpulan 5 (Pasukan Jemputan Thailand)

2) Kumpulan 2 (Tajuddin, Afiq, Hafizullah, Ubaidillah, Waliyuddin, Ikram, Zaid, Asyraf)

3) Kumpulan 1 (Azim, Rahmad, ‘Ataa’u, Aimaduddin, Muhaimin, Nasri, Faizee, Tarmizi, Faiz Rahimi)

4) Kumpulan 4 (Fakurazi, Zulkarnain, Najmi, Munzir, Akmal, Mujibullah, Fikri)

5) Kumpulan 3 (Harith, Abdullah, Hariz, Aizad, Haziq, Faiz Mukmin, Iskandar)




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

5 Comments to "Thailand Ungguli Kejohanan Kita~"

  1. Incik Wartawan, harap pasukan negara dapat meningkatkan prestasi sebelum menjelang Sukan SEAS pada bulan Ogos nanti.

    Hehe~

    ~Majulah SUREYA untuk PMMM~

    P/S : pinjam ayat ketua exco SUREYA

  2. mantap ar kumpulan 2..sbb ade keram tuh..huhu

  3. ++zahirahzahid, yeah!cayyok!malaysia boleh!!wartawan pon leh maen bola..eheh

    ++Ibnu Zaid, hhuhu..mantap la sangattt..kte simpanan jer bang!=P

  4. Anonymous

    tahniah buat kumpulan 2..
    syabbas beteyh~
    hehe..

    dr menejer kumpulan 2..
    ehee~

  5. ++afiq hakimi, hoho, bravo2 kumpulan duee..huhu..

© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft