Majlis Maulidur Rasul 1430 Di Rabat
Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman bin Samin berkata sesuatu kepada hadirin yang datang ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 anjuran bersama Kedutaan Malaysia di Maghribi dan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi semalam. Majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi beliau kali ini bertemakan meraikan kanak-kanak istimewa kurang upaya.
Menurut beliau, kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W perlulah mengkaji dan menghayati ajaran baginda S.A.W dalam institusi kekeluargaan yang menjadi induk kepada keharmonian masyarakat dan negara. Tidak dilupakan juga, ajaran baginda S.A.W supaya menyayangi dan berbuat baik kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik.
Berucap ketika majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 di sini semalam, Datuk Othman menyeru supaya kita sebagai insan yang diberi peluang untuk bergerak pantas ini supaya bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita.
“Kita patut bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kita yang cukup sifat ini. Insafilah segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini dengan melihat saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Jangan memandang rendah kepada mereka kerana mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kita. Bersyukurlah kita kepadaNya dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka,” ujar beliau.
Kasih sayang ala-ala ayah dan ibu tiri baik hati ditunjukkan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di sini.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan meraikan kanak-kanak istimewa dari Institut Dar El-Shabab,
Majlis anjuran Kedutaan Malaysia di Maghribi bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kedutaan, rakyat
Persembahan oleh wakil kanak-kanak istimewa Institut Dar El-Shabab bersama pembimbingnya ini menghiburkan para hadirin pada majls tersebut.
Antara acara yang berlangsung dalam majlis yang bermula selepas solat Zohor ini ialah selawat beramai-ramai, ramah mesra bersama kanak-kanak istimewa, persembahan dari wakil kanak-kanak istimewa dan juga persembahan nasyid dari mahasiswa-mahasiswa
Acara kemuncak pada malam tadi adalah forum khas sempena Maulidur Rasul. Forum yang bertajuk ‘Hilangnya Kasih, Pudarnya Sayang’ itu dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Azim bin Mohamad Isa dan antara ahli panel bagi forum tersebut ialah Ustazah Nur Hanisah binti Mansor, Ustazah Anis Qurratu’ Aini binti Jamaluddin dan Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad.- Ekramhakim.
Earth Hour
or leaving them on is a vote for global warming."
Sabtu
28 Mac 2009
8:30 pm - 9:30 pm
*Untuk keterangan lanjut sila layari Earth Hour atau klik pada suis di atas.
Pakcik atau Atok Panjang?

Pakcik Mohd Hafizullah bin Md Abas
(23 Mac 19**)
Semoga diberkati dan dirahmati ALLAH selalu.
Dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Ameen.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Meh Undi Meh~
Walaupun peperangan di sana sudah lama tamat, namun sisa-sisa perjuangan itu masih lagi wujud sampai bila-bila. Ini isu agama. Hakikatnya, media massa memainkan peranan penting dalam menghangatkan dan menyejukkan keadaan semasa. Begitulah kuasa media yang menjadi medium utama pihak-pihak tertentu mengawal keadaan. Segala jasa baik dari pihak anda saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Jujur, Cekap dan Amanah~ Inilah kerja wartawan tanpa gaji. Undi jangan tak undi!Layann..-EHC
Psikologi; percaya atau tidak?
Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan selesaikan
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Baik, dah habis fikir dan buat keputusan?
1) Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.
2) Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
3) Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
4) Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
5) Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa bagaimana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.
Selamat Mencuba.
- Saya perlu mengangkat telefon terlebih dahulu takut-takut ada panggilan kecemasan mahupun makluman penting yang ingin disampaikan oleh pemanggil.
- Sambil bercakap telefon, dengan pergerakan seberapa pantas, saya akan menutup api gas di dapur kerana takut berlaku kekeringan dan kehangusan yang lebih berbahaya berbanding kebanjiran air.
- Dengan kadar seberapa pantas juga, saya akan menutup paip air di bilik air yang kebiasaannya berdekatan dengan dapur.
- Sambil memberitahu bahawa bayi sedang menangis, saya memohon kepada pemanggil untuk menelefon kembali jika urusan belum selesai. Tetapi kebiasaannya, urusan melalui panggilan telefon adalah sekitar 2-3 minit sahaja kerana semua pemanggil mahu menjimatkan pembelian kredit atau boleh dikatakan mereka memboikot saya sebagai penjual kad pra-bayar. Yang suka menelefon lebih dari 2-3 minit itu mungkin ada urusan penting, pasangan kekasih ( saya kurang arif tentang ini) atau mungkin pemanggil akan meminta claim dengan mana-mana Bendahari Program.
- Sambil mendukung bayi, memujuk-rayu supaya berhenti menangis, saya terus menuju ke arah pintu untuk membukanya. Saya yakin penunggu itu pasti akan memahami situasi saya masa itu. Kebiasaannya bayi-bayi akan berhenti menangis dan kembali ceria apabila melihat muka saya. Percayalah!
Name tag, Tagline and....
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
SituasiMajlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Terengganu di Hotel Sheraton, Casablanca.
Model
Saya fikir orang Mesir lebih mengenali orang yang bersama saya di dalam gambar ini.
Catatan
Meraikan kehadiran pemimpin ke tempat kita. Boleh cakap loghat Terengganu 100% malam itu.
Fakta
Saya telah mengisi borang Putera UMNO pada malam itu. (Ehehe..=P)
Selamat..~
Selamat pulang dari bercuti berbulan Mac.
Selamat bersekolah dan bekerja kembali.
Tidak Dilupakan,
Selamat Hari Tua buat Abangku Afiq Hakimi.
Selamat Berbakti!
"Pek, aku curik gambar kat friendster ko..ekek"Perhatian Kepada Pengguna
Bagi semua nombor talian tetap rumah perlu ditambah (05). Sebagai contoh, jika sebelum ini nombor kediaman Teratak Ayahanda adalah 022333444, selepas ditambah (05) nombor talian tersebut akan menjadi 0522333444/+212522333444.
Begitu juga bagi semua nombor talian mudah alih perlu ditambah (06) untuk meneruskan panggilan masing-masing. Jika nombor sebelum ini adalah 011122233, setelah ditambah (06), nombor tersebut akan menjadi 0611122233/+212611122233.
Manakala bagi talian hayat pula, bilangan angka masing-masing adalah tidak akan berkurang dan bertambah sama sekali. Segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t. Berkejar-kejarlah membuat kebajikan dan amal soleh. Melangkah menuju kemenangan.
Penggunaan nombor 10 digit ini berkuatkuasa serta merta bagi semua rangkaian telekomunikasi seluruh Maghribi tidak kira telefon mudah alih anda PDA Han Tok Chai mahupun PDF sekalipun. Harap maklum.-Ekramhakim.
Satu Wajah di Mohammedia
Dalam majlis tersebut, para jemputan dihidangkan dengan persembahan berzanji oleh beberapa mahasiswa Mohammedia. Selepas itu, mereka dijamu selera dengan makanan tradisional Maghribi dan tidak dilupakan makanan ibunda Malaysia. Antara hidangan pada majlis itu adalah nasi minyak, ayam sambal merah, tojin daging dan pelbagai lagi juadah yang 'hingga menjilat jari'.
Program-program sosial sebegini sememangnya sangat digalakkan untuk kita bersua muka bersama, menjalinkan serta merapatkan hubungan silaturahim dan tidak dilupakan memenuhkan perut masing-masing. Lain kali tuan rumah boleh buat lagi. Jemputan dari wilayah-wilayah lain juga amat digalakkan.-Ekramhakim.
Video ini dikreditkan kepada Saudara AimanTaqwa.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."



