
Presiden Berjiwa Anak Malaysia Berada di Puncak Dunia!
Pengumuman kepada semua pengunjung laman ini, untuk minggu ini, laman ini akan menjadi pondok panas bagi calon-calon Pilihanraya Umum Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) 2009. Pihak SPR Malaysia sama kali melarang penubuhan pondok-pondok panas calon selain dari sokongan tuan blog ini. Harap maklum.
Laman ini adalah kubu kuat penyokong Afiq Hakimi sebagai Presiden PMMM 09/10. Kepada penyokong-penyokong setia Afiq Hakimi, anda dipersilakan meninggalkan tandatangan atau tapak kasut di komen entri ini sebagai sokongan kalian kepada calon Afiq Hakimi sebagai Presiden PMMM. Bagi penyokong-penyokong bagi calon Presiden selain Afiq Hakimi yang masuk ke dalam kubu kuat ini pula akan di 'boo', di serang 'water-canon', dan mungkin akan dilontar dengan bom pemedih mata. Ini adalah satu amaran yang amat keras. Sila berhati-hati!
'Presiden Jiwa Gaban'
[Aduka Taruna Junior]
-Penyokong Fanatik a.k.a Ta3sub Afiq Hakimi-
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

MADRID 27 April - Sepanyol menjadi negara pertama di Eropah yang dikesan menerima wabak selesema babi apabila seorang lelaki yang baru pulang dari Mexico minggu lalu dikesan dijangkiti virus tersebut.
Lelaki yang tidak dinamakan itu kembali ke Sepanyol pada 22 April dan diletakkan di bawah pemantauan pada 25 April selepas mengadu sakit dada, kata Menteri Kesihatan Trinidad Jimenez dalam satu sidang akhbar.
Kira-kira 20 pesakit sedang dipantau. - Reuters
**Sepanyol berjiran dengan Morocco. Orang-orang Morocco, hati-hatilah. Simpanlah niat dulu kalau nak melancong ke Granada dan Cordova musim panas nanti. Babi pun selsema jugak.~
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Bercinta bercouple sebelum kahwin sudah dianggap negatif.
Bercinta dengan 2, 3 pasang dalam satu masa lagilah dianggap negatif.
Namun, jika yang bercinta berpasang-pasang ini adalah dari kalangan kaum feminin, ini memang tahap ultra negatif!!
*********************
Yakinkah kita kekasih yang kononnya mencintai sepenuh hati sebelum berkahwin ini amat setia dan tidak berpasang-pasang dengan orang lain selain kita?
Perasaan risau dan curiga terhadap pasangan masing-masing sebelum berkahwin itu tetap ada, percayalah!
Lebih-lebih lagi jika berada di tempat yang berjauhan. Seorang berada di Malaysia dan seorang lagi berada di luar Malaysia. Hanya sebagai contoh.
Perasaan yang selama ini diisi pasti terasa kesunyian, kesepian, kegersangan..kononnya lagi.
Dah banyak kes sebegini berlaku.
Tak kira siapa-siapa pun..
termasuklah
Ustaz-ustazah zaman sekarang!
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Beberapa orang staff Encik Razif menaiki lif bersama-samanya. Mulanya keadaan sunyi sepi. Tiba-tiba Encik Razif bersuara.
"Bau apa ni ya?" Encik Razif sengaja memulakan perbualan dengan persoalan. Padahal dia tak bau apa-apa pun.
"Saya tak sakit perut pun hari ini bos, bukan saya!" tiba-tiba salah seorang staf beliau menjawab.
"Aik, ada saya cakap bau apa-apa ke? Awak terasa ke?" Balas Encik Razif.
Serta-merta lif itu bergema dengan gelak tawa. Staf yang 'tidak sakit perut' ini merah padam mukanya menunggu betapa lamanya pintu lif akan terbuka.
p/s: Siapa yang makan cili dia rasa pedas. Tak cakap kat sesiapa pun, dah terasa. Bagus. Tapi kalau yang terasa tapi buat-buat pekak, susah maa..~
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut"
Keputusan survey yang dilancarkan di blog ini 21 Mac yang lalu. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dalam melaksanakan usaha ini. Sama-samalah kita bermuhasabah demi kemajuan masa depan Islam. Musuh Islam sentiasa berusaha melemahkan kita, tindakan kita pula bagaimana? Bangunlah umat Islam!Berfikirlah..Berzikirlah..
1. Adakah anda masih berpuasa dari meminum Coca-Cola, Pepsi,Sprite dan Fanta dalam tempoh seminggu sebelum ini?
Ya : 96 %
Tidak : 4 %
2. Secara jujurnya, adakah kita ada mendoakan saudara-mara kita di Palestin dalam tempoh seminggu terakhir ini?
Ya : 67 %
Tidak : 33 %
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

"Wan, tahniahlah kerana kau dah berjaya melangsungkan perkahwinan hari ini. Doa-doakan untuk aku dapat giliran lepas ini pula kalau ada rezeki," ujar Badrul kepada Nahwan.
"InsyaALLAH. Aku sentiasa doakan kawan-kawan aku." balas Nahwan.
" Tapi Wan, aku memanglah gembira dengar kau kahwin, tapi aku nak kenal juga mana satu teman sehidup semati kawan aku ni?" minta Badrul kepada kawannya itu.
"La..kau belum kenal lagi ke? Tu ha..yang pakai baju kelabu tengah makan aiskrim asam dengan adik-adik aku tu ha..tu la bidadari aku dunia akhirat," tunjuk Nahwan dengan bangga.
"Ha!Yang tu ke Wan? "
"Haah. Itulah dia. Kenapanya?"
"Erk, dia tu sebenarnya dulu bekas awek aku.."
******************************
Apakah perasaan kita andai suami atau isteri kita pernah menyatakan sayang sepenuh hati kepada insan lain sebelum menjalinkan ikatan yang sah?
Apakah perasaan kita andai suami atau isteri kita pernah hidup semacam suami isteri bersama insan lain walaupun belum mengikat sebarang ikatan perkahwinan?
Adakah kita jamin kesetiaan suami atau isteri kita yang berani mengungkapkan cinta bermadah ketika dia masih belum menjadi suami atau isteri yang sah?
Sekadar bermuhasabah.
Sementara masih diberi peluang, sama-samalah perbetulkan kesilapan. Jangan sampai sejarah lampau kembali berulang.
-Percubaan pertama saya menulis menggunakan method analogi dan saya rasa tajuk kali ini sedikit kontroversi.-
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
1. Minta maaf di atas kesawangan laman ini. Banyak kerja saya tertangguh untuk minggu ini. Ideologi pemikiran saya untuk minggu ini kurang baik. Mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk kembali normal seperti sediakala.
2. Tahniah kepada Abang Hazrie kerana telah melangsungkan perkahwinan dengan Arni Nazira. Terperasan dengan berita ini setelah terbacanya di sebuah akhbar tabloid tempatan. Saya sempat mengenali Abang Hazrie ketika kami sama-sama mengikuti pengajian kuliah Ustaz Azhar Idrus. Maka terciptalah status seorang sahabat saya di Mesir, "Anak Buah Ustaz Azhar Bernikah Dengan Bekas Isteri Awie..". Saya gembira dengan berita ini.
Tahniah Bang!3. Semenjak dua menjak ini, satu pemikiran di luar jangkaan menjengah ke dalam kepala saya sehingga kadang-kala mengganggu pengajian di kuliah. Fikir punya fikir, terbitlah peribahasa , falsafah, kata pujangga, mahupun tema program ciptaan sendiri, "
Lebih Baik Berkorban Satu Daripada Terkorban Kedua-dua..". Erm, inilah kehidupan.
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
Saya rasa cermin mata saya semacam sudah tidak seperti cermin mata. Mungkin sudah bengkok namun tak berapa kelihatan, mungkin juga punya serpihan-serpihan kecil menghiasi mata saya ini. Beberapa kali terjatuh akibat terkena bola, ada juga terlanggar pemain lawan. Inilah akibatnya bermain menggunakan cermin mata. Namun hasilnya cukup manis.
Menang pingat emas dalam acara futsal pada SUKMA tahun ini amat memuaskan hati setelah SUKMA yang lepas sekadar memenangi pingat perak, lebih-lebih lagi tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir sesudah mendapat hadiah kad kuning kedua dari pengadil, Abang Khalid. Nasib baik Abang Khalid dah balik Malaysia tahun lepas.
Minta maaf buat semua penanda yang sudi menanda saya secara rambang mahupun secara tidak rambang kerana belum menjawab tandaan anda. Sengaja buat-buat sibuk sepanjang cuti ini. InsyaALLAH ada kelapangan nanti, saya cuba untuk menjawab tandaan anda semua.
Akhirnya, tahniah buat semua kontinjen yang berusaha dalam medan SUKMA 09. Juga buat Pengarah dan AJK SUKMA 09, tahniah kerana bersusah payah menjayakan SUKMA tahun ini. Terima kasih semua kerana telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan SUKMA kali ini. Tidak dilupakan buat penyokong-penyokong yang penuh berpsikologi mencoret warna-warni SUKMA kali ini. Ukhuwah dalam psiko. Okai jumpa lagi untuk festival sukan akan datang.
"Sukan SEA Milik Kita!"
[Keputusan Keseluruhan SUKMA PMMM 2009]
Juara
Skuad Daulat Kuning
Naib Juara
Skuad Gelombang Biru
Tempat Ketiga
Skuad Naga Merah
Tempat Keempat
Skuad Kuda Putih
Acara Badminton Berpasukan
Emas : Skuad Daulat Kuning
Perak : Skuad Naga Merah
Gangsa : Skuad Kuda Putih
Acara Sepak Takraw
Emas : Skuad Daulat Kuning
Perak : Skuad Gelombang Biru
Gangsa : Skuad Kuda Putih
Acara Bola Tampar
Emas : Skuad Daulat Kuning
Perak : Skuad Naga Merah
Gangsa : Skuad Kuda Putih
Acara Futsal
Emas : Skuad Gelombang Biru
Perak : Skuad Daulat Kuning
Gangsa : Skuad Naga Merah
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Minggu ini adalah Minggu Cuti Musim Bunga bagi seluruh institut pendidikan seMaghribi. Sekolah rendah, sekolah menengah, universiti-universiti, maktab-maktab perguruan dan yang sewaktu dengannya. Ramai rakyat Maghribi mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk berjalan-jalan bersama keluarga sebagai contoh Ustaz Irdha dan keluarga.
Bagi kami mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini terutamanya Rabat, cuti ini memang indah. Namun, apabila cuti bertukar kepada istilah mengisi masa lapang, maka minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat kami semua. Minggu ini adalah minggu program mega PMMM. Hebat, padat dan penat!
- Perkampungan Ilmu Musim Bunga (29-31 Mac)
- Sukan Malaysia (1 & 2 April)
- Simposium Generasi Glokal Ummah Bersama UZAR- SINERGI 09 (4 & 5 April)
Pertamanya di sini saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah Program Perkampungan Ilmu Musim Bunga 2009 di atas kejayaan beliau menyempurnakan agenda dan objektif sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada semua ahli-ahli jawatankuasa program kerana sanggup bertungkus lumus dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun secara tidak langsung, terutamanya unit jamuan, unit siaraya, unit penempatan, unit pengurusan program, unit peralatan, unit hadiah dan tidak dilupakan unit tugas-tugas khas. Terima kasih semua!
Hari ini jika tengok kalendar sudah menapak tarikh 1 April. Bukan mahu menceritakan tentang 'April Fool' yang memang bodoh perainya. Di sini hanya mahu menghangatkan keadaan SUKMA yang bermula sepak mula hari ini. Buat skuad BIRU, pastikan gelombang kita terus bergema!
Futsal, bola tampar, sepak takraw dan badminton menghiasi SUKMA kali ini. Semoga tema 'Sukan SEA Milik Kita' mampu direalisasikan tahun ini. Medan mencari pasukan kebangsaan bayangan sebelum persiapan musim panas ini merupakan satu langkah mula terbaik untuk skuad Malaysia mencari rentak sebelum bertemu dengan Thailand dan Indonesia. Tahniah Exco Sukan sesi ini!
Baiklah setakat ini saja untuk kali ini. Dah nak pergi main sambil buat kerja. Buat kerja sambil main. Buat kerja sambil kerja. Entahlah..
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."