Senarai 15 Mahasiwa Baru Yang Diterima
No. | Name | Faculty | State |
1 | Wan Syafirdaus Hariz bin Wan Badarudin | Islamic Study | Perlis |
2 | Mohd Izzat bin Mohd Abd. Syukur | Islamic Study | Perlis |
3 | Wan Abdul Rahman bin Wan Jismaini | Islamic Study | Terengganu |
4 | Nur Syahdah binti Abdul Malek | Arabic Study | Perlis |
5 | Mohamad Syafiq bin Roslee | Arabic Study | Kelantan |
6 | Ahmad Arif bin Zulkefli | Islamic Study | Kelantan |
7 | Anis Izzati bin Mohd Hatta | Islamic Study | Terengganu |
8 | Fakhratu Naimah binti Muhad | Islamic Study | Terengganu |
9 | Muhammad Haikal bin A. Latif | Islamic Study | Terengganu |
10 | Mohd Asri bin Zainal | Islamic Study | N.Sembilan |
11 | Muhamad Ali Imran bin Abd. Rahman | Islamic Study | P.Pinang |
12 | Mohamad Shafiq bin Mohamad Shafie | Islamic Study | K.Lumpur |
13 | Ahmad Hamdan Marosadee Pataepannang | Arabic Study | Kelantan |
14 | Aiman Zulhusni Dirkhan bin Abd. Kadir | Islamic Study | Kelantan |
15 | Mohamad Saifuddin bin Haji Abdul Latif | Islamic Study | Perak |
Diatas ini adalah senarai 15 nama mahasiswa baru yang diterima belajar di sini. Tahniah untuk mereka walaupun saya sedikit kecewa untuk mendengar ada yang diantara mereka yang tidak akan hadir menyambung pelajaran di Morocco ini setelah mendapat tempat dalam senarai 15. Untuk makluman semua juga, kita masih menunggu 35 lagi nama yang turut memohon untuk belajar di sini tahun ini. Semoga mereka dapat menyusul kemudian bersama rakan-rakan yang mendapat tempat 15 terawal ini, insyaALLAH.
Maaf kepada semua yang sentiasa bertanyakan perkembangan semasa mengenai hal ini, namun apa yang boleh saya jawab berkenaan soalan yang sudah sepurnama ditanya, adalah sabar dan banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan kita semua. Terutama kepada adik-adik yang berada dalam senarai 35. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. Ameen.
Senarai 15 dikeluarkan oleh pihak Morocco seminggu sebelum raya, manakala pihak Kedutaan Besar Malaysia di sini menghantar maklumat ini sehari selepas mereka mendapat maklum balas dari pihak Morocco. Namun dukacitanya, pihak KPT mendakwa mereka tidak mendapat sebarang maklumat dari pihak kedutaan di sini sehingga selepas 20 hari baru mereka bertanya khabar berkenaan perkembangan semasa permohonan mahasiswa baru disini.
Beberapa hari lalu pihak kedutaan telah menghantar sekali lagi senarai nama tersebut bersama bukti laporan faks yang menyatakan maklumat itu telah sampai kepada pihak KPT. Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, namun sedikit kekecewaan saya zahirkan kerana ketidakcekapan pihak tertentu dalam menguruskan urusan mahasiswa luar negara terutama Morocco. Saya juga dapat tahu bahawa kecuaian ini bukan berlaku buat kali pertama. Kami di sini telah berusaha sebaiknya untuk membuat persediaan awal berkenaan urusan permohonan mahasiswa baru, dan atas kecuaian yang berlaku, adik-adik saya sudah melalui 20 hari dengan pelbagai persoalan samada mereka betul-betul diterima belajar atau tidak.
Kerunsingan juga berlaku kepada adik-adik yang berada dalam senarai 35, lebih-lebih lagi setelah melihat sahabat-sahabat yang sudah terbang ke Jordan, Mesir, UK, Australia dan lain-lain. Sahabat-sahabat yang memohon universiti tempatan pun telah memulakan sesi pembelajaran. Yang tinggal hanyalah pelajar yang memohon ke Morocco. Itu perkara biasa dan harap adik-adik jangan mudah gelabah dan kalut. Tenang, cool dan steady. Sementara menunggu jawapan ini, buatlah persediaan sebaiknya dengan mengulangkaji kitab-kitab arab yang bakal dipelajari di kuliah kelak! Kan cantik kalau macam tu, kan?=)
Abg ikram.. selamt hari raya
ehehe Abang Akmal, Selamat Hari Raya jugak. Buat apa sekarang?=)
salam
maaf
nak tanya sikit
senarai 35 orang tu agak2 bile keluar?
then mereka tu biasiswa under ape ek?
cam knal kan name nom 8 tu... huhu... anyway gud lux semua =)
++Anon, Wslam wbt.Ok, xde mslh. Saya pon tak pasti bila tarikh nama tu akan keluar, tapi kalau keluar, insyaALLAH kami akan maklumkan terus kepada penama2 tersebut melalui kedutaan dan KPT.
Berkenaan dengan penajaan, mereka ada di bawah Yayasan Negeri, Pusat Zakat dan ada juga secara persendirian.
++Naimah, kenal sangat!
ek knal?
well budak femes kan...
terima ksih mngenali... =P