Filem Pertama Lakonan Saya-Selamat Menonton!
Pelajar Malaysia mati lemas di AS
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) dipercayai mati lemas ketika bercuti di kawasan air terjun Abrams Falls di Taman Negara Great Smokey Mountain, Tennessee Ahad lalu.
Mangsa, Nublan Zaki Norhadi, 20, adalah pelajar tahun satu jurusan Sains Aktuari di Pennsylvania State University.
Pengarah Hal Ehwal Korporat Mara, Hasni Suleiman, berkata pelajar tajaan Mara itu didapati lemas kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) dan ditemui oleh pihak renjer taman negara berkenaan kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan) keesokan harinya.
"Ketika kejadian, Nublan Zaki bersama lebih kurang 30 pelajar daripada universiti yang sama sedang menghabiskan masa cuti mereka selepas tamat peperiksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hasni berkata, Mara sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan urusan penyempurnaan jenazahnya sudah dikendalikan oleh Pejabat Mara di Washington serta dibantu oleh Jabatan Penuntut Malaysia, Kedutaan Malaysia, para pelajar Malaysia dan penduduk Muslim tempatan.
Jenazah Nublan Zaki dibawa pulang semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.15 pagi esok.
Ekramhakim : Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH tempat kita kembali. Kepada semua sahabat-sahabat, sebetulnya ajal di tangan ALLAH. Namun kita perlu menjaga keselamatan dan kesihatan sentiasa, lebih-lebih lagi kepada yang berada jauh dari keluarga tersayang. Jangan remehkan diri anda. Jangan rasa tidak 'macho' jika kita berjaga-jaga tentang keselamatan dan kesihatan kita sendiri.
Yang akan bercuti, yang merancang untuk bermandi, berehlah dan sebagainya di pantai ataupun air terjun, berhati-hatilah. Dalam suka-suka, jangan lupa bahawa kita adalah aset keluarga, agama, masyarakat dan negara. Minta dijauhkan dari segala bencana. Ameen.
Terbaik Untuk Yang Terbaik~

Pengurusan yang kemas dari segi pentadbiran atasan, penyusunan kreativiti dan produktiviti strategi oleh Pep Guardiola, permainan kemas dan menarik oleh pemain-pemain bintang mereka serta sokongan padu penyokong-penyokong setia kelab Catalan ini melengkapkan pakej kejuaraan dan kehebatan pasukan dari Sepanyol ini merangkul kejuaraan berprestij musim ini.
Jika dilihat dari segi permainan mereka, setiap posisi mampu berfungsi dengan baik. Walaupun kesebelasan utama mereka bukanlah semua pemain-pemain bertaraf favourite player, namun mereka mampu melengkapi antara satu sama lain. Jika semua pemain merasakan mereka adalah bintang dan tidak memerlukan rakan sepasukan dari posisi lain untuk memenangi perlawanan, maka akan kucar kacirlah segala strategi yang telah disusun dan pasti pasukan lawan akan mengambil peluang diatas kelemahan yang dirasakan kelebihan ini.
Kesefahaman bekerja dalam satu pasukan amat penting bagi menguatkan benteng pertahanan dan mencari gol. Kepatuhan kepada strategi yang disusun oleh jurulatih dan dipantau oleh ketua pasukan di dalam padang memastikan gerak kerja yang telah dirancang dan disusun berjalan lancar. Manakala perasaan bekerja dalam satu pasukan, memastikan fungsi dan peranan masing-masing digunakan sebaiknya. Jika semua mahu menjaringkan gol, tidak bertolak ansur, mahu mencari populariti peribadi, dimanakah nilai berpasukan yang diimpi-impikan? Barcelona menang untuk pasukan dan penyokongnya, bukan peribadi. Juara Eropah adalah kejayaan satu Barca sepasukan, bukan kejayaan Messi berseorangan.
Itulah yang kita perlukan untuk PMMM sesi depan khususnya dan untuk gerakan Islam umumnya.
* Takziah kepada peminat-peminat Manchester United.
Akhil Hayy!

Akhil Hayy masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mungkin hanya menunggu kes tuntut cerai oleh isterinya di mahkamah pada 2 Jun ini. Apa yang mengejutkan saya adalah kenyataan oleh isterinya mengenai Akhil Hayy sudah tidak pulang 3 bulan ke rumah! MasyaALLAH. Apa yang menjadi isu sekarang adalah mengenai teka-teki hubungannya dengan Waheeda. Itu saja. Sejujurnya saya kurang bersetuju dengan beliau melalui pergaulan bebas keluar ke pantai, bersuka-suka sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dari orang awam. Inilah fitnah sebenarnya.
Sepastinya saya memandang hormat Akhil Hayy ini dan saya meletakkan beliau sebaris dengan Yusuf Islam, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan); orang-orang yang kembali ke jalan Islam selepas hanyut dengan gelombang hedonisme, terus menyebarkan dakwah dengan apa yang diyakini selepas itu seterusnya menjadi aset kepada dakwah Islam itu sendiri.
Gaya penyampaian dakwah beliau mampu memberi impak kepada Islam terutama untuk golongan muda-mudi. Melalui ceramah, nasyid, personaliti dan lakonannya menerusi Cafe Akhil Hayy. Beranilah untuk menghadapi situasi ini dan mungkin ini adalah ujian buat orang seperti anda. Jika ini adalah kesilapan beliau, sesungguhnya ini adalah kesilapan paling besar pernah beliau lakukan untuk dirinya, keluarganya dan dakwah Islam itu sendiri. Moga kita semua diberi kekuatan dan saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Saya takut dengan ujian wanita!
Budak Empat Tahun~
Semoga Dimurahkan Rezeki, Dipermudahkan Segala Urusan dan Diberkati ALLAH selalu.
Semoga Menjadi Permata Keluarga Dunia Akhirat. Ameen.
Muhammad Adib Iqbal Hakim bin Mohd Radzi
25-05-2005
- Nama dia adalah paling panjang dalam keluarga
- Peneman Mama saya di rumah ketika siang hari waktu persekolahan
- Sama nama Hakim dengan saya
- Perosak bahasa;bukti: "Abang, kat umah kita ada dua orang kura-kura.."
- Budak ini seorang yang hanya pandai berhenti bercakap ketika tidur





Festival Muzik Antarabangsa Di Rabat~

Kejadian itu berlaku apabila ribuan penonton keluar dari stadium tersebut ketika konsert berada di peringkat penghujung.
Pada kejadian itu sebanyak lima wanita terbunuh selain dua remaja dan empat lelaki. Sebanyak 40 yang lain mengalami kecederaan.
Mangsa itu merupakan antara 70,000 penonton yang menyaksikan konsert penyanyi pop Maghribi, Abdelaziz Stati di Stadium Hay Nahda di Rabat.
Konsert itu merupakan antara acara dalam minggu tahunan Festival Muzik Mawazine yang berakhir pada awal pagi semalam.

Festival tersebut diadakan dengan tujuan untuk mempromosikan imej toleransi dan moden di negara Afrika yang diperintah oleh seorang raja.
Antara penyanyi antarabangsa yang melakukan persembahan pada festival kali ini ialah Stevie Wonder, Kylie Minogue, Ennio Morricone, Khaled, Alicia Keys dan Warda al Jazairia.
Festival itu mendapat sokongan pemerintah Maghribi, Raja Mohammed yang bertujuan untuk menghidupkan suasana di Rabat yang dianggap sebagai sebuah bandar raya tanpa aktiviti hiburan.
Ahli-ahli politik pembangkang di negara itu pernah mengutuk konsert pop dengan menganggapnya sebagai perbuatan tidak bermoral.
Mereka menganggap adalah lebih baik wang untuk membiayai konsert itu digunakan untuk mewujudkan peluang pekerjaan. - Agensi
p/s: Kami mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini membantah keras konsert dan festival ini dijalankan. Kami berada bersama-sama Ulama' Maghribi yang mengeluarkan fatwa membantah festival hiburan ini diadakan kerana mengamalkan budaya sosial keterlaluan dan juga mengabaikan kebajikan rakyat marhaen. Kami juga di sini ingin menegaskan bahawa tiada seorang pun daripada kami yang menyertai malam-malam sepanjang festival ini berlangsung. Sekian, terima kasih.
Penghulu Mahasiswa Malaysia di Rabat 2008/2009.
Malaysian Typing Speedtest
Ini adalah satu program yang dibuat untuk rakyat Malaysia bagi menguji tahap sejauh mana kepantasan seseorang itu menaip perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam Bahasa Melayu seharian.
Teringat ketika kelas komputer ketika saya di SMKA Sheikh Abdul Malek semasa tingkatan 2; kalau tidak silap saya. Kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Yusuf untuk semua pelajar asrama. Ujian pertama menaip yang pernah saya tempuhi. Sangat geram kerana ketika itu saya memang buta komputer. Satu-satu keyboardnya ditekan. Teliti pun masih salah! Masa itu, tengok budak Syed Mohd Muhibullah menaip punyalah santai habis! Budak Kampung Paloh dah maju masa tu.
Budak Kampung Durian Burung terkebelakang sikit barangkali. Nama kampung pun dah pelik dah. Tapi Durian Burung tetap menarik. Itulah tempat saya membesar mengenal dunia. Sekarang ini dah pindah kawasan bandar sikit. Bukanlah terlalu bandar pun, tapi kalau sesat di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu tu, boleh la hubungi saya. InsyaALLAH saya bawa minum air teh Morocco bersama biskut jagung di rumah saya dulu. Tak mahal pun, RM 5 sahaja sekepala. Harga kawan-kawan RM 10 sahaja. Tak banyak mana pun.
Saya sudah mencuba, anda pula bagaimana? Saya menaip terlalu lambat. Baru saya tahu kenapa saya tidak layak menjadi timbalan kepada Rahim. Kalau anda lebih daripada saya, tolong bagitahu ya! Nanti saya bagi belanja makan biskut Marie. Selamat Mencuba. Acu cuba try test~
Kitalah Golongan Pendakwah Itu~
Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yang ada mahu digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah. Mengapa? Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegitu rupa.
Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yang hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran pula tidak mengalirkan air mata.
Sumber
Keputusan PRU PMMM 2009
AFIQ HAKIMI BIN SENGARI
- Mahasiswa Tahun 2 Pengajian Islam
- Universiti Ibn Tofail, Kenitra
- Asal Selangor Darul Ihsan
- Lahir 1988
Setiausaha Kehormat
ABDUL RAHIM BIN ZAINUDIN
- Mahasiswa Tahun 2 Pengajian Bahasa Arab
- Universiti Mohamad El-Khamis, Rabat
- Asal Johor Darul Takzim
- Lahir 1988
Timbalan Setiausaha Kehormat 1
KAMARUZAMAN BIN ZALI
- Mahasiswa Tahun 1 Pengajian Islam
- Universiti Mohamad El-Khamis, Rabat
- Asal Negeri Sembilan Darul Khusus
- Lahir 1990
Timbalan Setiausaha Kehormat 2
NAZIRA BINTI ALIS
- Mahasiswa Tahun 2 Pengajian Islam
- Universiti Ibn Tofail, Kenitra
- Asal Negeri Sembilan Darul Khusus
- Lahir 1989
Bendahari Agung
MUHAMMAD HAIKAL BIN MUHAMAD RAMLAN
- Mahasiswa Tahun 3 Pengajian Islam
- Universiti Hassan Thani, Mohammedia
- Asal Selangor Darul Ihsan
- Lahir 1988
Timbalan Bendahari Agung
TENGKU ANIS NADZIRAH BINTI TENGKU ISA
- Mahasiswa Tahun 2 Pengajian Islam
- Universiti Ibn Tofail, Kenitra
- Asal Pahang Darul Makmur
- Lahir 1989
Ulama' dan Profesional Adalah SATU~
Perbincangan mengenai isu golongan Ulama' dan Profesional memenuhi muka depan akhbar beberapa ketika lalu. Hangat? Mungkin kerana media nasional yang suka menghangatkan (melagakan) perbahasan ini.
Saya bersama pendapat Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat mengenai persoalan kepimpinan Ulama' dan Profesional ini. Juga di sini saya sertakan bersama pautan artikel TG Nik Aziz dan juga Dr.MAZA berkenaan isu ini.
1) Usah Bezakan Ulama' dan Profesional - TGNA
2) Ulama' atau Profesional jadi Pemimpin? - Dr.MAZA
Kesimpulannya bagi saya, pengagihan status Ulama' dan Profesional ini adalah salah satu kesan daripada sekularisme yang menyerang umat Islam bermula dari sistem pendidikan kita terutama di Malaysia ini. Jangan berselisih sesama sendiri wahai pejuang-pejuang. Kita adalah satu umat, kita punya satu matlamat. Saya bukanlah orang politik, tetapi saya adalah seorang Islam.~
Pabila Wartawan Dah Jadi Calon..~
Kempen sedikit hambar dan dingin selepas penamaan calon tempoh hari. Mungkin kerana klimaksnya terlalu awal di peringkat penamaan calon dan juga tempoh berkempen dianggap terlalu panjang selama dua minggu ini. Ramai yang bertanyakan saya, wartawan PMMM tidak bertugaskah untuk menghangatkan Pilihanraya Umum kali ini? Tiada wawacara? Tiada pendapat? Tiada laporan?
Pabila wartawan dah jadi calon, susah sikit nak buat kerja. Nanti ada bunyi-bunyi..Tapi wartawan-wartawan lain di mana ya? Barangkali sibuk dengan peperiksaan, bersangka baik.
Haa..bila wartawan dah naik nanti, siapa nak buat kerja bawah-bawah macam wartawan ini? Jangan undi wartawan! Ini adalah satu amaran yang sangat KERAS! AWAS!
Lepas tu ada orang jawab, "Ada saya kata nak undi awak ke??"
p/s : Sengaja membuat tajuk yang macam 'best'. Aduka Taruna pun dah makin popular dalam PMMM ni ya..Aduka oh Aduka=D
Arab Saudi anjur ratu cantik moral~

kepada seorang wanita di Safwa, Arab Saudi Selasa lalu.
RIYADH - Pertandingan ratu cantik Arab Saudi akan berlangsung Sabtu ini dengan penyertaan seramai 200 wanita yang akan bersaing selama 10 minggu bagi merebut gelaran Ratu Cantik Bermoral.
Semua peserta diwajibkan memakai purdah manakala pemenang akan dipilih berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh mereka kepada ibu bapa masing-masing.
"Idea pertandingan ratu cantik ini adalah untuk menilai komitmen peserta terhadap nilai-nilai Islam.
"Ia merupakan alternatif kepada pertandingan ratu cantik konvensional yang mementingkan kecantikan tubuh dan wajah wanita," kata pengasas acara itu, Khadra al-Mubarak.
Menurutnya, penilaian dibuat berdasarkan cara peserta meluangkan masa bersama-sama ibu masing-masing di sebuah resort.
Panel hakim perempuan akan memberikan markah berdasarkan cara pergaulan mereka.
"Pemenang tidak semestinya berwajah cantik. Kami mementingkan kecantikan dalaman peserta," tambah Khadra.
Acara yang masuk tahun kedua itu menyaksikan jumlah penyertaan meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 75 orang peserta pada tahun lalu.
Pertandingan yang terbuka kepada wanita berumur antara 15 dan 25 tahun itu menawarkan wang tunai sebanyak AS$2,600 (RM9,164) selain hadiah lumayan lain kepada pemenang tempat pertama yang akan diketahui pada Julai depan.
"Saya menasihati peserta bahawa kemenangan tidak penting. Apa yang perlu ialah kepatuhan pada ibu bapa anda," kata pemenang tahun lalu iaitu seorang pelajar jurusan Bahasa Inggeris berusia 21 tahun, Zahra al-Shurafa. - AP
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."



