
Assalamualaikum w.b.t.
Program Memperingati Maulidurrasul peringkat wilayah Rabat berlangsung dengan jayanya semalam.Program yang bertemakan "Sunnah Ditelusuri, Sahsiah Terpuji" ini bermula dengan kuliah subuh, lepas tu diskusi siswa dan petangnya pula kuiz.Selepas solat asar, kami mahasiswa2 Rabat beriadah dengan bola takraw di depan rumah.Pada malamnya pula, ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Irdha Mokhtar melengkapkan program kami seharian disini.Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran duta Malaysia ke Maghribi dan pegawai2 kedutaan yang lain.
~bukan selalu..Bagi aku, semua program2 yang disusun oleh pihak penganjur menarik sekali.Sekali jer..=P. Kuliah subuh, forum yang menampilkan panel2 hebat belaka, dan juga kuiz yang memang soalannya lebih dari terpaksa memerahkan otak.Aku yang menyertai kuiz mewakili kumpulan aku, Alhamdulillah berjaya mengumpulkan 30 markah.Banyak dah tu.Bersyukurlah dengan apa yang ada. Alhamdulillah juga kumpulan kami mendapat tempat ke-3 keseluruhan.Bukan senang nak dapat tempat ke-3 ni.Namun bukan kemenangan yang kami hajati, tapi objektif program ini kami harapkan dapat diterapkan dalam diri kami masing2 penduduk2 Rabat khasnya.
~Tempat ketiga dari tiga kumpulan..=)
Peserta dari Syatarah ketika acara Diskusi Siswa
Minggu ini aku sedikit sibuk dengan peperiksaan dan urudh (kerja kursus) yang kena hantar pada mingu ni.Diriku ini masih belum bersedia sepenuhnya lagi.Harap2 diberi kekuatan kepada aku untuk itu.Dan akhirnya, moga2 kita dapat menghayati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan sama2lah kita meneruskan perjuangan baginda bagi melihat kegemilangan ISLAM itu terbit ditengah2 masyarakat yang mahu kezaliman ditolak kini
~ISLAM itu indah..
-no perfect person-
2046
13 Rabiul Awal 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Salah satu perkara yang paling aku takut dalam hidup ini adalah memilih salah satu diantara dua pilihan.Takut tersilap pilih.Antara saat yang paling sukar dalam hidupku adalah terpaksa memilih antara kekal di Maahad atau terbang ke Morocco.Ketika itu, memang sukar untuk membuat pilihan.Pilihan yang akan menentukan haluan masa depan.Alhamdulillah, istikharah dibuat dan inilah hasilnya.Keputusan aku ini bukan kerana orang lain.InsyaALLAH ini adalah jalan daripadaNya..
~Istikharah; Ku damba taufiqMu..Baru2 ni pon, aku terpaksa berhadapan situasi yang sama seperti sebelum2 ni, cuma subjek saja yang berbeza.Aku terpaksa memilih samada menyertai forum mahupun kuiz untuk program Maulid Nabi Wilayah Rabat.Awal2 lagi sudah aku memikirkannya.Namun sehingga malam perbincangan kumpulan, aku tidak dapat memberikan jawapan.Sentiasa berbelah bahagi.Ada hasrat untuk mencuba forum, namun kelihatan kuiz itu lebih sesuai.Entah.Walaupun namaku kini berada di senarai kuiz, namun rasanya hati aku ini lebih cenderong kepada forum agaknya.Tapi syura telah dibuat.Keputusan telah dipersetujui.Pasti ada rahmah disebalik natijah itu.Harap2 kuiz itu tidak memaksaku untuk memilih salah satu antara dua lagi..
~Tak dapat jawab, senyum je..=)
Nak pilih yang mana ni..[sekadar gambar hiasan semata2]Situasi diatas hanya titisan dari hamparan lautan,
Mungkin ribuan lagi keadaan akan mendatang,
Bukan senang untuk membuat sesuatu keputusan,
Lebih2 lagi jika terpaksa memilih salah satu diantara dua pilihan..
Yang aku maksudkan disini adalah persoalan2 yang besar.Bukannya persoalan yang remeh-temeh.Apa mungkin punca masalah ini aku hadapi.Kurang yakinkah aku?Atau bagaimana?Atau mungkin ada betulnya pernyataan seorang seniorku petang tadi,
"Jangan terlalu merendah diri, tak 'sheshuai'..".
~Itu belum lagi nak pilih wali nikah..=P-no perfect person-
0230am
11 Rabiul Awal 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Tatkala Terengganu masih berkecamuk dengan soal Menteri Besar kesayangan, aku disini terasa sedikit tenang.Senyum. Ketawa. Gembira. Senang Hati. Entah kenapa.. Ada masa kita diberi kesempatan untuk itu dan ada masa kita diuji dengan pelbagai rintangan.SubhanALLAH.. Walaupun tiada mood untuk mengepost pada hari ni, tapi aku terpaksa menguatkan diri aku agar teratak ini tak akan bersawang untuk tempoh yang agak panjang..
~Kembali senyum..Tiada apa yang nak diceritakan.Cuma nak bagitahu yang baru2 ni aku berkesempatan menonton movie Indonesia,
Ayat-Ayat Cinta.Best2.Boleh tahan gak la ceritanya.Ada la sedikit sebanyak pengajaran yang boleh diambil dari perjalanan kisah tersebut.Tengah promote la ni untuk tengok movie ni.Kalau nak dibandingkan dengan movie2 melayu di tanah air sendiri, nak komen pon susah..Haru Biru, Anak Halal, 9 September, dan macam2 lagi..
~fening3..
Kek Majlis Kesyukuran SPM 2006-Gen17Minggu lepas result SPM keluar.Result sepupu2 aku masih belum aku ketahui kerana masih tiada yang menghantar SMS dan aku pun masih belum berkesempatan untuk menghubungi Malaysia lagi buat masa ini.Cuma yang aku tahu adalah result junior2 banin di Maahad dulu.Tahniah la semua diatas result2 yang mantop2.Walau apa2pun, mereka masih belum dapat mengatasi rekod SPM maahad yang telah dicipta pada SPM 2006
~Generasi siapakah itu..=)Minggu lepas jugak aku menghadapi peperiksaan pertengahan sem2.Mawaris dan Fiqh Muamalat.Boleh tahan jugak soalan dia.Dalam study2 mawaris ni (pembahagian harta pusaka), rasa macam sedap pulak.InsyaALLAH akanku pelajarinya sampai mahir..
~Doakan aku disini..-no perfect person-
0120am
9 Rabiul Awal 1429

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang berkuasa di langit dan di bumi kerana telah memberikan kemenangan kepada ISLAM dan juga penegak keadilan InsyaALLAH, di Malaysia sana.Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.Keputusan yang tidak dijangka2 oleh semua orang, namun itulah kuasa ALLAH
~ALLAHuAKBAR!Sedikit terkilan kerana Terengganu tidak melengkapi kemenangan besar BA itu.Namun, perjuangan mesti diteruskan.HikmahNya pasti ditemui disebalik kepahitan kekalahan itu.Jika melihat dari perspektif lain, revolusi rakyat ini dapat meningkatkan kualiti pemimpin2 masyarakat untuk masa akan datang.Masing2 pasti akan memberikan khidmat yang terbaik kerana mereka sedar bahawa masyarakat sekarang sudah mampu berfikir dengan baik.
~Malaysia Loni Tidok Serupo Mulo..
Tok Maimun Sudah Serik Menjadi Calon..pengalaman tok..=)Di kampung aku, DUN Ladang (DUN Ustaz Azhar), Alhamdulillah PAS yang diwakili oleh ayah kenalanku di SMKA Sheikh Abdul Malek dulu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar telah memenanginya semalam.Harap2 makin baiklah kawasan aku tu.Bagi Parlimen KT pulak, YB Razali Ismail masih mempertahankan kerusinya daripada dirampas oleh Mat Sabu dan Tok Maimun.Bagi aku, memang YB Razali ini antara yang cemerlang kepimpinannya dan berlatarbelakangkan akademik
~Platform juga penting..Gembira dengan keadaan di Malaysia, tapi diserang gusar di Morocco kini.InsyaALLAH Khamis ini, aku akan menempuh peperiksaan pertengahan sem2.Doa2kan aku berjaya disini untuk membuktikan pernyataan bahawa '
Umat ISLAM sudah bersedia untuk memenangkan ISLAM..'
~takbir!!-no perfect person-
1043am
2 Rabiul Awal 1429
-Zaman Kebangkitan Rakyat-

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini adalah hari penting dalam menentukan masa depan masyarakat Malaysia.Biarpun masih bergelar malam di tanah Andalusia ini, namun hakikatnya matahari telah menerbitkan dirinya di tanah tumpah darahku disana.Petugas2 SPR pasti sudah mula keluar dari rumah masing2 untuk memastikan persiapan pengundian hari ini berjalan dengan lancarnya.
~Abahku jua..Malas hendak memanjangkan bicara, hanya satu harapan agar masyarakat Malaysia sudah dapat memikirkan siapa yang layak memimpin negara untuk masa yang akan datang.Pelbagai cara kempen dipersembahkan kepada umum.Tak lupa juga strategi2 kotor oleh sesetengah pihak untuk memudahkan kemenangannya.Suara2 berpengaruh pun dah mula melaungkan petunjuk walaupun manhaj mereka berbeza2.Dr.Mahathir, DS Anwar Ibrahim, SS Dr.Asri, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi.
~Apakah ingin menunggu Imam Mahadi..
Munajat Rakyat Kelantan Semalam..SubhanALLAH.. Terharu rasa hati ini melihat lautan umat yang masih cintakan ISLAM bermunajat dikala insan2 lain sedang diulik mimpi untuk mendoakan kemenangan ISLAM disana.Moga ALLAH sentiasa bersama2 mereka yang memperjuangkan ISLAM ini.InsyaALLAH, ISLAM akan menang
~harap sangat2..
Muslimah Tiang Negara..=)Teringat pula aku ketika sedang berchatting dengan seorang sahabatku tentang muraqabah (peperiksaan) yang akan ku hadapi Khamis depan.Terketuk kepalaku seketika dengan kata2nya itu setelah aku berhasrat menangguhkan pembacaanku setelah kemenangan ISLAM di Malaysia.Lantas balasnya:- "
Macamana ISLAM nak menang kalau umat ISLAM masih belum 'menang' lagi..", membuatkan aku terfikir, berfikir dan memikir...
~terima kasih..

-no perfect person-
0120am
30 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini angin bertiup kencang di kota Rabat.Entah kenapa, mungkin kerana angin semangat dari tanah Al-Quds berkunjung ke bumi Andalusia ini.Semalam, berita mengenai 100 umat ISLAM Palestin terbunuh dek serangan zionis yahudi tersebar diseluruh dunia melalui corong2 media.Siang tadi di jamiah, Persatuan Pelajar Jamiah telah mengadakan demonstrasi intifadha Palestin untuk menunjukkan keprihatinan kepada saudara2 ISLAM disana; berjalan dengan aman tanpa kekecohan walaupun pasukan polis sudah berjaga2 di luar pagar jamiah dari pagi lagi..
~doa senjata kita..Pada hari minggu baru ini, kami 12 orang ikhwan dari pelbagai wilayah (Rabat, Kenitra, Mohammedia, dan tak lupa Tetuan pon ade jugaqq..Sabah mari baa..) telah berkunjung ke Kedutaan Malaysia untuk beriadah bersama.Biasalah, hari minggu macam ni la nak buat program bersama pun.Antara yang kami main disana adalah bola tampar, pingpong dan satu permainan 'zaman kanak2', iaitu lempar selipar atau dalam loghat Terengganu mungkin dikenali sebagai 'plekong slipar'
~teringat zaman kecik2 dulu main ngan sepupu-sepapak..
Sempat bergambar sebelum berangkat pulang setelah kepenatan..Kembali untuk ceritera hari ni, tadi di jamiah aku terdapat juga Program Derma Darah.Hamiz dan Zaid tanpa segan silu merelakan darahnya didermakan.Aku bukannya tidak mahu menderma darahku bersama2 mereka, namun aku lebih tertarik dengan demonstrasi di sekitar jamiah itu.Tu baru alasan pertama dan alasan keduanya pulak sebab program derma darah tu dibuat di tempat awam.Nanti orang nampakkan, riak pulak nanti, kan2??Ahha, walau apapun alasan yang diberi, sebenarnya aku masih belum diberi keberanian untuk melihat jarum menembusi kulitku ini.Bukan takut yea, cuma kurang berani je..
~seria tengok diorang kena cucuk..Dah lama aku mengidam untuk makan nasi lemak disini.Alhamdulillah, tengok2 tukang masak hari ni menghidangkan nasi lemak ikan bilis untuk juadah makan malam.Gembira jugaklah rasa hati dapat melepas kempunan nasi lemak walaupun sambal ikan bilis itu tersangatlah membuatkan telinga aku berasap.Apa2pon, terima kasih kuucapkan kepada Abang Din, tukang masak merangkap roomate aku serta senior aku yang sentiasa mencari2 dimana terletaknya handset dan cermin mata dia sendiri..
~yes aku berjaya makan pedas hari ni..=)-no perfect person-
2344pm
28 safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Hari Malaysia di Morocco yang berlangsung di Jamiah Hassan 2 di Mohammedia sudah seminggu berlalu.Letih tapi menarik!Untuk pengetahuan sahabat2, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat arab disini dengan budaya, kesenian, sukan tradisional dan banyak lagi mengenai Malaysia.Selain tu dapat jugak aku mendalami seni budaya Malaysia terutamanya kaitan Melayu dengan Islam
~Malaysia Truly Asia..
Memang seronok apabila bekerja secara berjemaah ni.Semua ahli persatuan turun padang dan dikesempatan inilah jugak kami junior-senior berkenal2an dengan lebih dekat antara satu sama lain.Antara acara yang dijalankan dalam program tu adalah promosi pendidikan di Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Malaysia (nasyid, zapin, dikir, dan silat), pameran2 dan perlawanan persahabatan bola sepak antara mahasiswa Malaysia dan Morocco.(2-6)
~bila Malaysia nak menang ni..
Sesi Fotografi Antara Pemain Malaysia dan Morocco..Aku secara tidak langsungnya 'ter'menyertai acara dikir barat.Mula2nya kurang berminat.Tapi entah kenapa tiba2, hatiku rasa ingin mencubanya disini.Bila lagi nak cari pengalaman kan?Sebelum ni pon nampak macam best jer sahabat2 berdikir di Malaysia dahulu.Dialog Kelantan tidaklah menjadi masalah yang besar bagi aku kerana aku juga adalah orang pantai timur.Yang penting dikir hari tu memang enjoy dan rasanya dapatlah jugak sedikit sebanyak meng'happy'kan audiens.(Malaysians mahupun Moroccans).
~macam arab2 faham jer apa yang kami dikirkan..
Sek2 dikir barat, malu nak letak gambar orang belakang..=)Hajat dihati mahu aku letakkan video dikir barat disini, namun formatnya tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian.Kalau tak, bolehlah sahabat2 melihat bagaimana gelagat2 kami berdikir selepas hanya 3 malam berlatih.Ada yang terlebih gaya, ada yang terlalu bersemangat dan ada jugak yang berdikir sambil berzapin..
~itulah kenangan..=)
Aku ingat nak post semalam untuk 29 Feb.Biasalah bukan selalu jumpa tarikh 29 Feb ni..Kalau tahun melompat jer dapat jumpa, kalau tak melompat, tak jumpa la kan..Tapi apakan daya, banyak pulak kisah disebalik malam itu.Ku harap keadaan kembali seperti sediakala..#
~peace-no perfect person-
0141am
23 Safar 1429h