Memori 2008 Ep7 (Akhir)~


Hari-hari terakhir 2008 sangat mencabar.Barangkali proses untuk kita semua menjadi lebih matang pada masa yang akan datang ini.Peluang untuk diri kita membaiki kesilapan lampau dengan hadirnya berbagai masalah untuk kita menyelesaikannya.Gagal, tewas, bencana, dugaan dan istilah-istilah yang sewaktu dengannya ini bukanlah titik pengakhiran kepada sebuah kehidupan, tetapi sebenarnya pembuka langkah untuk kita mengharungi kehidupan baru di hadapan kita.

Hari ini merupakan kali ketiga untuk tahun ini sahaja, laptop kesayangan saya akan dibedah.Dia koma.Saya fikir bukan apendix.Selama ini dia setia membantu memudahkan kerja-kerja saya dalam urusan duniawi dan ukhrawi.Tanpa dia, banyak maklumat saya hilang, banyak reminder saya lupus dan banyak kenangan-kenangan saya lesap.Semoga dia cepat sembuh.

Untuk hari yang mendatang ini, sama-samalah kita tetapkan matlamat kita dengan jelas, ikut kemampuan diri kita sendiri dan bemanfaat untuk agama kita.Matlamat kita biarlah realistik, bukan retorik!Semangat baru.Aspirasi baru.Strategi baru.Begin with the end in mind!

Buat Ma, Abah, Adik-adik, kaum kerabat, guru-guru, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan di alam nyata mahupun di alam maya, dan kepada sesiapa saja yang mengenali diri saya, di kesempatan ini saya Mohd Ikram Hakim bin Mohd Radzi memohon kemaafan diatas segala silap dan salah, tergurau, terkata, terganggu secara sengaja mahupun tidak selama perkenalan kita ini.Mohon dihalalkan segala makan, minum, kredit dan segala yang terguna.Terima kasih banyak-banyak di atas segala jasa dan bakti kalian yang tidak terkira buat diri ini.Hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.Doakan saya di sini.Sekian, salam akhir 2008 dari saya buat kalian.~

JALEN!!!

Pengumuman ini ditujukan khas buat penduduk-penduduk Morocco dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Bahawasanya harga JALEN secara rasminya menjadi DH 17.00 tepat jam 00:00 waktu tempatan 1 Januari 2009.Oleh yang demikian, harga JALEN sebelum detik itu adalah pada harga asal.Kenapa bayar lebih??Dapatkan sekarang di stokis-stokis yang berdekatan.
    • Kenitra - Saudara Afiq Hakimi
    • Mohammedia - Saudara Haikal
    • Casablanca - Saudara Syed Hafeez
    • Rabat - Saudara ********** (Bukan nama sebenar)
Selamat menempuh peperiksaan untuk semua.Bittaufiq wannajah.Ingat exam, ingat JALEN!=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Kita Adalah Gaza~



Menurut media, keadaan terkini di Gaza sehingga semalam, seramai 360 jiwa sudah terkorban dan hampir 1700 mangsa mengalami kecederaan.Serangan tentera Zionis kini yang semakin luas dengan menggunakan medium udara dan darat mensasarkan tempat-tempat awam seperti hospital, masjid, universiti dan sekolah.

Dalam perkembangan lain, sebuah bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis pagi tadi.Rejim Zionis ini juga meneruskan kemuncak kezaliman mereka dengan menangkap lebih kurang 200 pemuda Palestin dari beberapa bandar sekitar Gaza dengan alasan belia-belia ini telah membantah serangan yang telah mereka lancarkan.

Masyarakat dunia di Malaysia, Indonesia, Lubnan dan banyak lagi termasuk negara bukan ISLAM, meneruskan demonstrasi menunjukkan bantahan terhadap serangan yang tidak berperikemanusiaan ini.Di Morocco juga tidak ketinggalan turut sama-sama bersemangat membuat bantahan ke atas pencerobohan tidak bertanggungjawab ini dengan mengadakan demonstrasi di sekitar negara ini pagi tadi.

Antara cara menunjukkan bantahan oleh pihak mahasiswa-mahasiswa di sini adalah dengan menghamparkan bendera Israel dan sekutunya Amerika di depan pintu masuk utama universiti.Setiap yang akan keluar masuk universiti mengikut pintu utama itu setiap seorang akan memijak bendera itu sekaligus menunjukkan satu penghinaan kepada penjenayah dunia tersebut.

Ubahlah kemungkaran ini sekurang-kurangnya dengan hati.Benci.Marah.Kasihan.Ubahlah kemungkaran ini, semampu-mampunya dengan lidah.Doa.Sebar.Bincang.Dan ubahlah kemungkaran ini, seboleh-bolehnya dengan tangan.Boikot.Jihad.Perang.Buatlah semampu mana kita yang termampu.Moga berbaloi dan beroleh ganjaran dariNya.Kita adalah Gaza!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep6~


Tanggal 26 Oktober 2008 yang lalu, kami mahasiswa-mahasiswa Terengganu di Maghribi bertuah menerima kunjungan ziarah daripada Menteri Besar Terengganu, Y.A.B. Dato Ahmad bin Said bersama ahli rombongan seramai 16 orang.Ahli rombongan ini terdiri daripada exco-exco negeri dan pengarah- pengarah jabatan negeri serta isteri-isteri.

Antaranya YB Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Y.Bhg. Dato' Haji Alwi bin Muhammad, Ketua Pegawai Ekskutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Y.Bhg. Haji Md Kamarul Al-Amin bin Ismail, Pengarah Yayasan Terengganu dan ramai lagi.


Kesinambungan daripada itu, satu majlis makan malam telah diadakan di Hotel Sheraton, Casablanca, untuk memberi peluang kepada pihak rombongan dan mahasiswa-mahasiswa Terengganu di sini beramah mesra.Dalam majlis tersebut, kami berpeluang menerangkan sedikit sebanyak pengenalan tentang pembelajaran di sini, peluang pengajian di Morocco dan hal-hal yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kelahiran Ibnu Battuta ini.

Bersama Dato MB~

Dalam ucapan MB pada majlis makan malam tersebut, beliau menyeru agar kami sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajaran supaya dapat pulang awal ke tanah air membantu masyarakat, khususnya di Terengganu Darul Iman.Beliau juga turut memberi jaminan atas sokongan beliau dan semua pimpinan negeri terhadap penuntut bidang Pengajian Islam ini demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan generasi Ulul-Albab.

Dato MB ketika sedang memberi ucapan~

Sebelum MB bersama rombongan tiba di sini, mereka telah sempat untuk menziarahi anak-anak Terengganu di Mesir, Jordan dan Syria.Biarpun Morocco menjadi destinasi terakhir MB dan rombongan sebelum pulang ke Malaysia, namun Alhamdulillah mujurlah mereka masih peka dengan kewujudan 12 insan 'sepi' di ceruk dunia ini.Ini merupakan julung-julung kalinya kehadiran pimpinan negeri menjenguk keadaan kami, anak-anak Terengganu di sini.Sekalung penghargaan dikalungkan buat Dato MB dan seluruh ahli rombongan.Terima kasih!

Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai~

**Untuk makluman umum, majlis makan malam tersebut adalah perjalanan program ramah mesra antara pucuk pimpinan negeri dengan anak-anak negeri yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Tanggungjawab.Amanah.Tugas.Bukan bermotifkan politik, dan bukan juga berobjektifkan hasutan.Penulisan ini juga bukanlah satu bodekan, tetapi penghargaan kepada mereka yang sedang menjalankan tanggungjawab, amanah dan tugas pada hak yang sepatutnya (melihat keadaan rakyat).



Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Rasa Kita~

Masuk hari ini, tentera Israel masih menggugurkan bom di Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, menyebabkan mangsa yang terkorban semakin bertambah, terutamanya kanak-kanak.Pada masa yang sama, kereta kebal Israel sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi darat dengan dilihat memenuhi sempadan Palestin sejak tengah malam tadi.Apa yang lebih teruk, pihak Zionis laknatullah ini masih belum membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke tanah al-Quds sehingga ke hari ini. Adakah kita masih tidak merasai apa-apa?

Sudah ada fatwa-fatwa mengisytiharkan perang ke atas apa-apa yang berkaitan dengan Israel.Bunuh bangsa Israel, putuskan hubungan diplomatik, boikot barangan dan beberapa lagi.Bagaimanakan dengan sensitiviti kita?Kemampuan kita?Perikemanusiaan kita?Sentiasalah berdoa di dalam setiap sujud kita, keselamatan saudara-mara kita dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri kita daripada barangan Israel dan sekutunya Amerika. Tolonglah..Rasailah..Sensitiflah~






"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep5~

Alhamdulillah pada tahun 2008 yang lalu, seramai 21 orang mahasiswa Malaysia telah bergelar graduan universiti-universiti di Morocco.Majlis Istiadat Konvokesyen ini telah diadakan oleh pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi sebagai tanda rasmi pengiktirafan ijazah sarjana dan sarjana muda graduan.Istiadat ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Bin Samin.Turut hadir sama dalam istiadat tersebut Prof. Madya Dr. Jamil Bin Hashim, Pengarah Malaysian Student Department (MSD) Kaherah, Mesir dan juga tidak ketinggalan wakil pihak universiti Morocco, Presiden Universiti Ibnu Tofail, Kenitra.


Semoga dengan kepulangan mereka ke tanah air mampu membina satu revolusi baru buat masyarakat muslim di sana, insyaALLAH.Setelah beberapa bulan mereka di Malaysia, ada khabar yang pelbagai telah sampai di tanah andalus ini.Ramai yang telah beroleh tawaran mengajar, tidak kurang juga yang beroleh tawaran menyambung pengajian Master dan tidak ketinggalan ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga.Semoga berbahagia.

Harapan agar universiti di Morocco sentiasa melahirkan graduan-graduan yang bermanfaat kepada masyarakat, bangsa, negara dan agama selepas melalui pelbagai bentuk kehidupan selama menetap di Morocco ini.Tangisan kalian meninggalkan tanah ini punya harga yang tersendiri.Seburuk-buruk Morocco juga, kita pasti punya kenangan terindah, pelajaran berhikmah dan harapan beramanah.Selamat maju jaya dan doakan kejayaan kami di sini.

Ketika kepulangan Ustaz Mus'ad, Ustaz Azizol, Ustaz Halim, Ustaz Azrol dan Ustaz Kamil ke tanah air~

Kepulangan anak papar ini dinantikan penduduk Sabahan,
Ustaz Nashreeq dalam kenangan~




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Salam Maal Hijrah 1430~

Selamat Tahun Baru 1430 dan Salam Maal Hijrah kepada semua.Moga-moga tahun mendatang ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini.Selamat berhijrah dari perkara buruk kepada perkara baik, dari perkara baik kepada yang lebih baik, insyaALLAH.Tetapkanlah matlamat kita untuk tahun baru ini dan susunlah perancangan untuk mencapai matlamat tersebut sebaik mungkin.Begin with the end in mind.Kebenaran yang tidak berstrategi akan dapat dikalahkan dengan kefasiqan yang berstrategi.Sentiasalah berfikir untuk manfaat masyarakat muslim sejagat.Tugas kita, fungsi kita dan peranan kita.

Syukurilah nikmat keamanan kita dengan mendoakan keselamatan untuk ibu, ayah, kakak, abang dan adik-adik kita di Palestin kini.Mereka sedang menderita menjadi mangsa haiwan-haiwan yang tidak tahu nilai kasih sayang, simpati dan perimanusia.Marilah sentiasa mendoakan mereka di dalam setiap sujud kita, untuk keselamatan mereka, keberanian mereka dan tidak dilupakan kehancuran si musuh durjana.

Carilah, galilah dan suluhlah ke dalam hati kita mencari sedikit nilai prihatin dan moral sensitiviti untuk keluarga kita di sana.Semoga ALLAH melaknati kamu, wahai Israel!



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep4~

Persatuan Mahasiswa Malaysia di Magribi merupakan satu-satunya badan induk mahasiswa Malaysia di sini.Tiada persatuan anak-anak negeri mahupun persatuan penyokong parti-parti politik.Dengan sokongan Kedutaan Malaysia di Maghribi dan Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi (PRM), persatuan kami sentiasa maju ke hadapan demi membangunkan modal insan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di sini bagi mendepani era globalisasi dalam masyarakat di tanah air kini.

Untuk pengetahuan umum, persatuan kami sekarang masih dalam proses penjenamaan semula dengan pembentukan semula logo dan akronim persatuan yang lebih dinamik, pengubahsuaian istilah-istilah jawatan dalam persatuan, penyusunan semula sistem pentadbiran Ahli Majlis Tertinggi persatuan dan beberapa lagi langkah yang diambil untuk memperkemaskan lagi fungsi persatuan pada zaman millenium ini.

Di laman ini, insyaALLAH saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai program persatuan sepanjang tahun 2008.


MESYUARAT AGUNG 2008

Tanggal 14 dan 15 Julai 2008, Mesyuarat Agung persatuan telah dijalankan di Dewan Perniagaan Kenitra.Objektif mesyuarat selama dua hari ini diadakan adalah untuk masing-masing pucuk pimpinan dan rakyat jelata bermuhasabah sepanjang perjalanan persatuan sesi kepimpinan 2007/2008.Selain itu mesyuarat ini juga diadakan bagi membincangkan kesinambungan misi dan visi persatuan untuk masa yang akan datang.

Sebelum Mesyuarat Agung ini berlangsung, satu pilihanraya umum persatuan telah dijalankan bagi pemilihan pucuk pimpinan baru sesi 2008/2009.Keputusan yang diumumkan pada hari kedua mesyuarat tersebut, pada pandangan peribadi saya merupakan satu adunan kepimpinan yang mampu memberi harapan kepada persatuan.Gandingan mantap kepimpinan yang sudah berpengalaman dalam sesi kepimpinan yang lepas serta kehadiran sentuhan berwibawa oleh kepimpinan yang baru diharap mampu meneruskan perjuangan matlamat persatuan ini.

Bertemakan 'Menjana Keintelektualan, Memimpin Perubahan', jelas menunjukkan bahawa kepimpinan yang dikepalai presiden kali ini senantiasa mahu membawa persatuan dan rakyatnya kepada matlamat yang jelas berlandaskan syariat ISLAM yang sebenar.


-Ahli Majlis Tertinggi Persatuan 08/09-

Presiden
Ahmad Fathi Bin Muhammad

Timbalan Presiden
Nor Adli Syahri Bin Abdul Kadir
(Timbalan Presiden 07/08)

Setiausaha Kehormat
Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni
(Setiausaha Kehormat 07/08)

Timbalan Setiausaha Kehormat-1
Muhammad Imaduddin Bin Mohd Rabeh
(Ketua Penghulu 07/08)

Timbalan Setiausaha Kehormat-2
Nur Zahirah Binti Zahid
(Timbalan Setiausaha Kehormat-2 07/08)

Bendahari Agung
Muhammad Khairuddin Bin Hussin
(Exco Sukan dan Rekreasi 07/08)

Timbalan Bendahari Agung
Nurhafizah Binti Anuar
(Timbalan Bendahari Agung 07/08)

Exco-Exco
(Pemilihan Bukan Melalui Pilihanraya Umum)



ASPIRATION 2008

Assignment and Examination Preparation Program atau akronimnya ASPIRATION 2008 merupakan satu program anjuran Exco Pendidikan.Program ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada mahasiswa-mahasiswa disini cara atau method penulisan assignment yang baik, persediaan menghadapi peperiksaan, dan teknik menjawab peperiksaan di universiti-universiti sekitar Morocco ini.

Apa yang menarik perhatian, program kali ini julung-julung kali diadakan dalam peratusan besarnya menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Bukan berniat mahu meminggirkan bahasa ibunda, tapi objektifnya adalah bagi melatih komuniti kami bertutur dan berinteraksi dalam selain bahasa ibunda sebagai persediaan menghadapi masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Bermula dengan kertas kerja program, iklan-iklan makluman, pengerusi majlis dan slot-slot, perkiraan penggunaan bahasa mengikut perkiraan kasar saya adalah seperti berikut:-

1)Bahasa Inggeris - 50%
2)Bahasa Arab-35%
3)Bahasa Malaysia-15%

Slot Method Penulisan Assignment bersama Ustaz Wifaq sepenuhnya dalam bahasa Arab fushah~

Secara tidak langsung program ini membuktikan bahawa mahasiswa sekarang mempunyai nilai versatile.Jangan kita fikir pelajar jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab tidak mampu berbahasa Inggeris dan jakun dalam bidang IT, dan jangan juga kita fikir bahawa pelajar jurusan Bahasa Inggeris, kedoktoran mahupun kejuruteraan tidak mampu berbahasa Arab dan jahil tentang Islam!Anda setuju??~


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep3~


Pertengahan cuti panas yang lalu, selepas saya ditinggalkan oleh semua ahli rumah yang berpemergian ke United Kingdom, Mesir dan ada juga yang sudah pulang ke Malaysia, saya membawa diri yang kesunyian ditinggalkan keseorangan ini untuk merantau ke tempat orang. Masih di dalam Morocco.Tidak jauh.

Menyertai sahabat-sahabat lain yang berhasrat untuk mengembara, kami berenam memulakan perjalanan ke destinasi pertama, Azilal.Tempat yang julung-julung kali dilawati oleh mahasiswa Malaysia ini merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai sususan masyarakat Muslim yang mungkin boleh dikatakan lebih baik dari penduduk tempat lain di Morocco ini.

Untuk makluman, sebab utama Azilal ini menjadi tumpuan kami adalah kerana di sana mempunyai air terjun yang cantik setinggi 110 meter.Sesuai untuk lawatan musim panas kerana airnya yang sangat nyaman dan segar.Selain itu, di sana juga terdapat sebuah tasik buatan manusia, Bin Ouidane berfungsi sebagai empangan dan sumber elektrik utama di kawasan sekitar tersebut.Kemudahan fasiliti di sana seperti penginapan, pengangkutan dan makanan, Alhamdulillah semuanya selesa, selamat, murah, mudah dan berpatutan.Anda berminat?Saya syorkan!



Selepas berada di Azilal selama 3 hari 2 malam, destinasi kami seterusnya adalah bandar bersejarah Fes.Perjalanan menaiki bas dari Azilal ke destinasi kedua kami mengambil masa 6 jam perjalanan.

Di Fes, kami sempat melawat bandar lama, tempat air mata air Sidi Harazem, Muzium Tentera dan kawasan-kawasan di sekitarnya.Antara keistimewaan Fes ini adalah Universiti Qurrawiyen, yakni dalam catatan sejarah, universiti ini merupakan pusat pengajian tertua di dunia yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Musee de Armee, Fes~

Sidi Hakem di Sidi Harazem~

Destinasi terakhir kami dalam pengembaraan kali ini adalah utara Morocco (Tetouan dan Tanger) dan Tanah Spain yang berada di kawasan Morocco, Ceuta (Sebtah).Kawasan utara yang berjirankan Spain ini merupakan kawasan pengaruh Spain dan kebanyakan daripada rakyat di utara Morocco ini lebih fasih berbahasa Spain berbanding bahasa rasmi kedua negara tersebut, bahasa Perancis.

Di Ceuta, Spain~

Di Kota Lama Tanger~

Selat Gibratar yang menghubungkan Morocco dan Spain~

Tamatlah sudah pengembaraan saya untuk tahun ini.Semoga sahabat-sahabat beroleh sedikit sebanyak manfaat daripada perkongsian pengembaraan saya di bumi kelahiran Ibnu Batutta ini.Saya berharap agar masih diberi peluang olehNya untuk menjelajahi lebih banyak tempat-tempat menarik pada masa-masa yang akan datang, insyaALLAH.=D



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep2~

Pada cuti musim panas yang lalu, saya dan sahabat-sahabat sebatch dari Rabat berpeluang mengembara di tanah gersang Sahara.Kawasan padang pasir yang menjadi sempadan Morocco dan Algeria ini terletak 5 jam dari bandar Marrakesh.

Pengembaraan kami bermula dari Marrakesh bersama-sama beberapa orang senior.Lebih menarik, pengembaraan kami kali ini turut disertai oleh pengembara dari United Kingdom, Abang Amir Syafiq yang kebetulan sedang bercuti di Morocco ketika itu.Jumlah ahli kembara kami adalah seramai 9 orang.Semuanya lelaki.Tulen!

Pelbagai liku-liku kehidupan terpaksa kami lalui sepanjang pengembaraan 4 hari 3 malam ini.Walaupun sedikit mencabar, namun Alhamdulillah akhirnya kami merasai nikmat kepuasan mengembara.Berbaloi, insyaALLAH.

Terdengar juga siulan-siulan khabar yang ingin mencadangkan agar persatuan menganjurkan program kembara ke Sahara.Ini merupakan satu cadangan yang baik, namun dari segi teknikalnya, pihak penganjur harus memikirkan terlebih dahulu dengan penuh teliti, terutamanya kepada insan yang bergelar mahasiswi.Kemaslahatan dari segi keselamatan, keselesaan dan penjagaan maruah mereka perlu dijamin rapi selain tidak meringankan hal-hal berkaitan mahasiswa jua.

Kata ahli fotografi yang semakin naik namanya di persada tanah air, saudara Shahiddan, gambar sebenarnya mampu menceritakan 1001 kisah disebalik kezahirannya.Semoga bermanfaat untuk kalian=D

Di Marrakesh, sebelum memulakan pengembaraan~

Zaid, Rahim, Hamiz, Azim dan .....~

Qasbah Ait Benhaddou, tempat rakaman filem-filem Hollywood seperti
Cleopatra, Kingdom of Heaven dan Gladiator~

Di hadapan Ouarzazate Film Studios.Tolong jaga pandangan anda!~


Pemandangan indah seni-seni batu bukit di Gorges~





"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Memori 2008 Ep1~

Mengembara di tempat orang merupakan hobi saya.Mungkin menurun dari sikap abah saya walaupun saya tidak mempunyai tahi lalat di kaki seperti beliau.Bagi diri saya, mengembara ini bukan sekadar melancong, tetapi mengenali kehidupan yang sebelum ini hanya berada di pendengaran telinga semata.Pengembaraan ini juga bukan hanya untuk suka-suka, tetapi lebih dari itu; ukhuwah, pengorbanan, pengalaman dan pelajaran yang tidak kita dapati di dalam dewan kuliah.

Untuk sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, jika punya rezeki dan kesempatan, rebutlah peluang yang ada kerana pengembaraan itu adalah ilmu.Ilmu untuk mengenali kehidupan, ilmu untuk kegunaan masa depan.Percayalah!

Untuk posting akhir 2008 ini, suka saya berkongsi sedikit kenangan pengembaraan saya bersama sahabat- sahabat di laman ini.Kali ini, sedikit perkongsian ketika berpeluang mengembara pada musim sejuk di sini.Semoga bermanfaat.=D

Anak Malaysia di puncak Atlas~

OUKAIMEDEN

Destinasi salji yang menjadi tumpuan ramai bagi penduduk di sini.Oukaimeden menjadi sesuatu yang istimewa kerana terletak di banjaran Atlas dan mempunyai ketinggian 3273 meter dari paras laut.Mengambil masa 5-6 jam dari bandar Rabat adalah sesuatu pengembaraan yang sangat mencabar jiwa dan raga.Di atas sana mempunyai sebuah tasik yang mana akan beku pada musim sejuk dan akan menjadi tasik tulen pada musim panas.Pengembaraan bersama krew-krew Rabat pada tahun ini (2008) memberi pengalaman berguna kepada kami.Lebih-lagi pengembaraan itu jatuh pada hari As-Syura.InsyaALLAH untuk tahun depan pula, ada perancangan untuk membawa junior-junior kami menyentuh air batu kepal ini dan tidak dilupakan 'hadiah' khas untuk senior-senior tahun akhir sebelum kembali ke tanah air pada musim panas nanti.Hadiah perbelanjaan sendiri.~

Kebanjiran pemburu ais di Ifrane~

IFRANE

Sebut saja tentang Ifrane, sudah terbayang di fikiran masing-masing penduduk Morocco tentang perihal ais putih.Ifrane adalah destinasi salji kedua saya selepas Oukaimeden.Kembara Salju anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghibi (PMMM) ini disertai oleh sebahagian besar rakyatnya.Kembara Salju di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi (kini Exco Sukan dan Rekreasi) ini merupakan salah satu program tahunan berobjektifkan riadah membawa rakyatnya melihat keindahan alam dan sejarah sekitar Morocco ini.

Kenangan bersama senior dan sahabat ketika Kembara Salju PMMM~

Ifrane yang mempunyai ketinggian hanya 1650 meter ini terletak berhampiran bandar Meknes.Menurut salah satu suku kaum di Morocco, Barbar, nama Ifrane ini adalah diambil daripada bahasa mereka yang bermaksud gua.

Pemandangan Kota Walili dari jauh~

VOLUBILIS

Volubilis atau lebih mudah dalam bahasa arabnya, Walili merupakan salah satu tempat bersejarah di Morocco ini.Kami berpeluang sampai di sini semasa dalam perjalanan pulang Kembara Salju PMMM dari Ifrane. Seperti Bandaraya Bersejarah Melaka, Walili ini juga adalah di antara salah satu Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.Sedikit sejarah mengenainya, Walili merupakan peninggalan kerajaan Rom yang bertapak di sini pada kurun ketiga.

Bergambar gaya zaman muda-muda~



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft