
Assalamualaikum w.b.t.
Pelbagai respon yang aku dapat daripada post 'Kisah di Malam Hari..'.Ada yang seram, ada jugak yang suruh berjaga2, ada yang menyokong post itu dan ada juga segelintir yang kurang bersetuju dengan tindakan aku mengepost kisah itu dalam BLOG AKU ini.Terima kasih semua..
Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, segala bentuk tulisan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman aku, pemikiran aku dan segala yang berkaitan dengan diri aku.Sekadar cebisan coretan aku untuk dikongsi bersama sahabat2 dan untuk diriku ini membuka kenangan lama pada masa yang belum tentu bila tibanya waktu itu.
Jawapan aku untuk segelintir orang itu;
"
Antara takut dihentam dan keselamatan.."
"
Lebih baik masuk dalam blog dulu daripada masuk dalam akhbar terus.."
"
Takkan nak tunggu ada orang kena bunuh, kena rompak, kena rogol dulu baru nak berjaga2.."
Mintak Jauh Dari Kaum Kerabat Aku..Ameen#Dan begitu jugak untuk post 'Pilihanraya Mood..', ada segolongan yang mungkin tidak bersependapat dengan aku untuk mengambil tahu tentang politik mahupun menunjukkan sokongan kepada mana2 pihak atas alasan masih digelar sebagai seorang Mahasiswa.
Bagi aku, tidak mungkin atas nama seorang Mahasiswa, aku mengambil sikap atas pagar, sekadar melihat, menyokong sesiapa yang memerintah, atau sesiapa yang boleh memenuhi keperluan hidup aku semata-mata.Asas pilihan aku adalah berdasarkan iman, ilmu, keadilan, hak asasi dan bukannya secara membuta tuli. Maka hormatilah pendirian aku ini, biar pun mungkin pendirian kita berbeza.Jadilah Mahasiswa yang berfikir!
Kita bukanlah QADHI untuk mengHUKUM tetapi kita adalah DAIE untuk mengAJAK.Maaf andai terkasar bahasa.Sama2lah kita mengubah keadaan dan akhiran, JANGAN MARAH2 yea..peace!
-no perfect person-
0013am
19 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam sahabat2 aku telah melalui satu pengalaman yang paling mengerikan barangkali.Malam tadi, lebih kurang pukul 12 tengah malam, Rahim, Hamiz dan Zaid Zapin dalam perjalanan pulang ke Teratak Bonda dari Full House.Nak dijadikan cerita.....to be continue...=P
Mereka diserang oleh 'hantu2' Arab bersenjatakan parang dari arah belakang.Salah seorang daripada 'hantu2' tu menarik jaket seorang sahabatku ini.Alhamdulillah sahabatku ini berjaya melepaskan diri walaupun dalam keadaan ketakutan melihat parang telah bersedia untuk membelah kepalanya..Jika tidak, memang menjadi berita muka depan akhbar Morocco dan Malaysia la.Mengalahkan berita pilihanraya nenek tua 89 tahun yang bertanding di Kuala Terengganu..
Yang lainnya cuba menyelamatkan diri dan ada juga yang menjerit untuk menggerunkan 'hantu2' itu.'Hantu2' itu hanya berhasil mendapat jaket tidak berbutang dan wang dalam 10 dirham sahaja.Kemudian 'hantu2' itu pun lari penuh kekecewaan.Fuuh..Alhamdulillah semuanya selamat.
Trauma dan fobia masih ada dalam diri mereka.Bahkan aku pun tidak dapat membayangkan jika aku berada di tempat mereka..Serung aku!Aku pun sekarang bimbang untuk berjalan berseorangan di malam hari.Pengajarannya, jangan keluar lewat malam dan berjaga2lah terutama kepada muslimat2 mahupun muslimin juga.JANGAN PANDANG BELAKANG sudah tidak relevan buat masa ini...hehe..
-no perfect person-
0115am
17 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Nampak macam bersawang je blog aku ni.Seminggu lebih tidak ter'update'.Nak kata sibuk tidaklah sibuk mana pun..Kuliah pun tak sepenuhnya lagi, program Hari Malaysia pun tidaklah sesibuk orang2 yang sepatutnya sibuk
~buat2 sibuk sekali-sekala..Sekarang ni semua orang bercakap mengenai pilihanraya.Di dalam negara bahkan di perantauan sekalipun.Walaupun terpaksa merentasi benua, namun bahang pilihanraya ni tetap sampai kepada rakyat Malaysia di sini.Bagi diri aku, walaupun jauh, aku tetap bersemangat untuk perjuangan masa depan rakyat Malaysia amnya, dan keluarga aku khasnya.
~darah muda..
Sifat Tawaduk Tuan Guru Ku Kagumi..
Semasa 1999, aku masih di bangku sekolah rendah, baru kenal siapa itu Anwar Ibrahim bermata lebam.Tahun 2004 pula, aku di tingkatan 3 di SMKA Sheikh Abdul Malek, sekadar tahu macam tu jer la..Belum mengerti sepenuhnya apa itu UMNO, PAS, Keadilan, Hukum ISLAM, Kezaliman, Rasuah dan macam2 lagi ragam politik.Di Maahad, barulah aku mengenali dengan lebih dekat apa itu dunia politik, perjuangannya dan kepentingannya untuk agama..
~Alhamdulillah..
Terkilan jugak aku tidak dapat merasai kehangatan pilihanraya ni walaupun belum layak mengundi lagi..Dengan negeri Terengganu menjadi tumpuan utama pada pilihanraya kali ni, pasti keadaan disana cukup menarik.Jika di Maahad (dikenali sebagai kubu kuat melahirkan pembangkang) pasti ada suasana2 yang hangat.Al-Maklumlah kat sana memang sek2 pejuang blake..
~ALLAHUAKBAR!
Bendera Gergasi di Bulatan Batu 6Esok dah penamaan calon, tapi setakat yang aku tahu, ayah aku belum dicalonkan lagi la..Tak tahulah kalau tiba2 jer Idris Jusoh letak nama ayah aku pulak nanti.huhu..Sekarang aku hanya mampu melihat dari jauh, apakah rakyat Malaysia sudah pandai berfikir, memikir dan terfikir ataupun masih di takuk lama yang hanya sekadar mengikut ibarat lembu yang ditarik tali hidungnya.
~ mintak dijauhkan..-no perfect person-
1847pm
16 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Tidak merancang untuk mengepost pada hari ini, tapi sekadar mengisi ruang kosong di malam yang jauh dari kesibukan dunia ini..sunyi, tenang dan mendamaikan..
Pagi tadi rasa macam nak tel Malaysia jer..Mula2 keutamaannya aku tel rumah aku la.Cakap dengan ma dan adik2.Disebabkan abah aku belum balik dari kerja, terpaksalah aku tel abah kat pejabat pulak lepas tu.Banyak jugak lah cerita..Dah lama tak sembang dengan abah 'dekpon'nya..Lega rasanya dah lepas rindu kat keluarga ni setelah 3 bulan berpisah..
~aku bukan homesick..
Masa kat Airport Sultan Mahmud bersama keluarga sebelum berlepas..Lepas tu, rasa saja2 pulak nak tel ramai orang.Biasa la, nak lepas rindu nak bersembang (lebih2 lagi dalam loghat terengganu..hehe), kalau sms atau e-mail pon, tak sama macam tel apatah lagi bersua muka..kan?Pertamanya aku tel public phone asrama Maahad aku dulu (untuk menjimatkan kos, murah sikit. jangan amalkan selalu..), mujur ada orang angkat.Lama jugak aku bersembang dengan sahabat2 aku ni..syahadah dan diploma..
~suka hati..
Ustaz Wahab dan Sahabat2 seperjuanganku di Maahad-Syahadah & DiplomaHabis sembang2 dengan sahabat2 aku, aku tel guru2 aku pulak.Ustaz Khir (ustaz tasme3 Quran Syahadah aku), Ustaz Wahab (ustaz tasme3 Quran Diploma aku), Ustaz Mahzor (ustaz Maahad lepasan Maghribi), dan Cikgu Aida (Cikgu SPM aku)..saja je tanya khabar diorang, suka2 dan mintak berkat tok2 guru kita..
~jasamu dikenang..
Siapa lagi aku nak tel erk?last2 aku tel mak Miji ngan mak Hariz(sahabat2 Terengganu yang terbang sekali bersama aku ke sini..)Bertanya khabar dan mengkhabarkan keadaan kami disini..Alhamdulillah, mereka masih kenal aku..kalau tak kenal, tak tahulah..sedih jugak seposen..mak banat2??ahha..tak rasa nak tel lagi setakat ni..huhu..
~peace!
Manan duk tengah..koho gemok leni aku tengok..=PLast sekali aku tel sahabat aku, Manan yang sekarang ni sedang menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir.Dialah teman, abang, pengkritik dan pendorong aku selama berada di Maahad sebelum ni dan untuk selamanya..insyaALLAH.Apa lagi cerita tentang dia ni erk?Cintakan ilmu (anak buah Ustaz Azhar), zuhud (motor hijau lampu bulat wat gi bandar) dan mesra alam (semua orang dia kenal, orang je tak kenal dia..)Masih single, pemuda beragama dan ada rupa la..kalu tiada rupa, nak tengok camne kan..Boleh je kalau nak suruh mintak tolong adjust..ahha.."Saje je nok ngepong mu nang sini..=P"
~Kau Kawan, Sahabat dan Teman..-no perfect person-
2.22am
6 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Masih keletihan setelah baru pulang dari merantau ke tempat orang.Disebabkan tidak mahu blog ni bersawang, maka aku menguatkan diri aku ini untuk cuba mengepost sedikit sebanyak apa yang mampu aku catatkan disini..
Alhamdulillah, Jumaat lepas, kami (aku, Hamiz dan Azim) berpeluang untuk menziarahi sahabat2 di Mohammedia.Di Mohammedia kami dihidangkan makanan2 yang lebih dari cukup.Kalau aku duduk disini cukup satu minggu, memang akan kembanglah aku agaknya...Bermalam disana selama satu malam sahaja memang tidak mencukupi..Tetapi disebabkan kami pelajar2 tahun 1 akan menghadiri Thaqofah Kitab (yang ke-2 bagi aku) di Casablanca, jadi terpaksalah kami beransur pergi.InsyaALLAh ada rezeki, akan sampai lagi..
Bernostalgia di 'Taman Bunga' Mohammedia..=PDi Casa, pada mulanya segan jugak aku untuk menghadiri Thaqofah Kitab kali ini, tapi lepas fikir2 balik, aku berpendapat tak salah rasanya jika aku masuk sekali lagi.Solat pun masih boleh i3adah(ulang)..Alhamdulillah untuk Thaqofah Kitab kali ini aku rasa lebih menjelaskan kepada aku apa yang masih kabur2 sebelum ni..Dan pada masa itu jugak, terkantoinya kepekatan loghat Terengganu 'seseorang itu' didepan khalayak ramai..Siapakah 'seseorang itu'??huhu..
Masing2 khusyu3 mendengar kuliah thaqofah kitab..hehe..=)
Keesokan harinya kami beramai2 ke Maaridh Kutub (Ekspo Buku) berhampiran Masjid Hassan Thani (Dikhabarkan masjid Ke-3 terbesar didunia tetapi belum ku jumpai didalam mana2 fakta tentang itu).Hajat di hati bukanlah untuk memborong semua kitab2 disini, tetapi hanya sekadar untuk memiliki satu dua kitab yang dirasakan perlu dan mampu dibaca oleh diri aku.Apa guna jika aku beli kitab banyak2, tapi hanya sekadar menjadi tempat habuk2 berteduh..Ini khas bagi diri aku, bukan kepada diri sahabat2.Harap memahami..
Sahabat2 bergambar kenangan di Maaridh..Aku pulak jadi camera-man..=DDalam masa 2 hari aku di Casa, tak sempat bagi aku mengenali sepenuhnya tempat2 di Casa ini..Rasa nak pergi balik je Casa ni..Macam menarik je..ada apa entah kat Casa tu..ahha..
Minggu ni jamiah aku dah buka.Maybe lepas ni sibuk la sikit dengan kuliah2 disini..Aku nak mintak maaf awal2 jika blog ni bersawang nanti, harap2 tidaklah..Dah lama bercuti, sekarang ni masa untuk 'prepare' balik kepala untuk ke jamiah..#
-no perfect person-
1240pm
4 Safar 1429h

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi tadi aku, Rahim, Zaid dan Ustaz Syeikh kita ke Kenitra lagi untuk program thaqofah kitab bagi tahun 1 mahasiswa Rabat dan Kenitra.Ulang-alik je aku ke Kenitra bulan ni.Nak buat macamana, dah ada urusan..Program thaqofah kitab tu disampaikan oleh Tuan Presiden PMMM, Saudara Mus3ad..Dalam program tu, banyaklah yang aku dapat gambaran tentang kitab2 arab ni..bolehla input skit2..dan antara nasihat lain Tuan Presiden kita yang sempoi ni ialah:-
"
Ulama2 bersikap terbuka dalam munaqasyah (perbincangan) ilmu.Walaupun tidak bersependapat dalam suatu perkara, tapi dalam perkara yang dipersetujui bersama, diorang bersatu.Dalam konteks yang lebih luas, jangan kerana satu perselisihan pendapat, kita memadamkan semua persamaan antara kita..andai ada kawan kita yang silap satu perkara kepada kita, jangan sampai kita melupakan segala jasa baik dia kepada kita selama ini.."
Abang dan Adik Merantau Bersama..=)
Lepas solat Zohor, aku terus balik ke Rabat berseorangan.Sahabat aku bertiga lagi meneruskan perjalanan ke Fes.Menziarahi sahabat2 di Fes dan melawat tempat Tok Guru2 disana.Walaupun hajat dihati untuk menyertai mereka, namun disebabkan sedikit masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksalah aku melupakan hasrat itu.InsyaALLAH ada rezeki, akan aku sampai gak sana pada masa akan datang.
Sampai2 Rabat, aku ronda2 Kota Rabat dulu.Sampai jugak aku ke Oudaya (macam Taman Syahbandar) petang tadi..Sesat jugak la seposen..huhu..Last2 masa jalan2 tu, aku ternampak dua muka Melayu kat Sweqa (macam Chow Kit,aku pon tak tahu Chow Kit tu gane..kui3).Aku tegur la diorang.Dengan serta-merta aku meramahkan diri aku ini, menegur mereka..Mujur diorang ni pun ramah jugak.Ada la jugak modal nak bersembang..Rupa2nya diorang ni dari Singapura, mari ber'honeymoon' disini.Abang Rizal dan Kak Hidayati.Katanya baru sampai disini semalam..Lepas tu, kami pun jalan2 la kat Sweqa tu..Adat perempuan suka beli barang, tak terkecuali la Kak Hidayati ni...bese la perempuan..kuang3..
Aku dengan Abang Rizal..Cube teka siapa yang belanja?hehe..Sebelum kami balik ke kediaman masing2, kami singgah sebentar untuk makan malam di sebuah kedai.Mereka ni nak mencuba la makanan Morocco ni.Walaupun tojin ada di Singapura, namun tidak sama dengan tojin Morocco.Sambil2 makan, banyak jugak la bersembang dengan diorang ni..Sempat jugak kami bertukar2 email.Ukhuwah Fillah kan, Ameen..Erm, suka pulak jumpa bangsa sendiri di lautan Arab ni..Siapa lagi nak honeymoon sini?Dipersilakan..hehe..#
-no perfect person-
2340pm
29 Muharram 1429

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah kami berlima junior2 Rabat baru sampai ke sini (Rabat) dari Kenitra dengan beberapa urusan yang hendak diselesaikan.Ada yang dah selesai, dan ada lagi yang belum.Andai tiada senarai urusan untuk disettlekan pun, kami rasa lebih baik untuk kami balik ke Rabat sebab segan jugak duk rumah orang lama2..pergi ke Kenitra pun untuk urusan program Hari Malaysia.Ada yang masuk zapin, silat dan nasyid..aku??sekadar pemerhati..tiada bakat untuk semua acara itu..huhu..Alhamdulillah..
Di Kenitra, kami berkesempatan la melawat Jamiah (Universiti) Ibnu Tufail.Konon2 lawatan sambil belajar la ni..pemandu pelancongnya Munzir a.k.a Mail..Boleh tahan jugak jauhnya, tapi rasanya tak boleh lawan lagi jamiah kami di Rabat..hehe..Dari segi infrastruktur jamiah ni boleh dikatakan lebih hadhari la berbanding jamiah kami walaupun jamiah diorang ni terletak di kawasan pedalaman..kui3.ada taman, cafe, kawasan pun luas..Sampai semua yang ada di jamiah tu dipuji oleh kawan2 aku..semuanya nak dibandingkan dengan jamiah di Rabat..
Sempat je kami bergambar..hehe"
Tengok, kat sini ada ....., kat jamiah kita takde pon.." ujar seorang kawan aku..
"
eeii, kat jamiah diorang ada cafe la, sedapnye..boleh baca2 buku kat cafe.." tambahnya lagi..
"
ishk, ko ni asyik ingat nak makan jer..huhu.."seorang temanku menyakat..
dan banyak lagi daa..takkan nak tulis semua kat sini=P
Kadang kala, kita kurang menghargai apa yang ada di depan mata kita..Semua yang ada pada orang lain itulah yang lebih baik.Apa yang kita miliki, semuanya tidak cukup..Handset canggih dah ada, tapi masih nak beli yang lebih up-to-date..Kasih mak ayah dah ada,tapi masih nak kasih pakwe makwe lagi..(bercinta lepas kahwin itu lebih indah..kui3)aku tak kata pada sape2 yer..=)
N70 untuk dijual..sbb nk jual : nak jauh dari kemewahan duniawi..kui3Apa2pon, bagi aku, Jamiah Muhammad Khamis adalah sesuai bagi kami.Walaupun tanpa cafe, walaupun dengan taman yang tak macam taman, walaupun senibina yang hanya segi empat tepat, walaupun sistem yang kurang bersistematik dan walaupun banyak mana lagi perkataan walaupun, jamiah Muhammad Khamis tetap dihati kami..semua ada kelebihan dan kekurangan masing2..
Alhamdulillah dapat jugak aku melepaskan rindu pada 'orang rumah' pagi tadi.Dalam jangka masa yang lama aku tak tel Malaysia, banyaklah kisah2 yang aku nak cerita pada 'orang rumah' aku.' orang rumah' pon banyak cerita untuk aku..hehe..nikmat melepaskan rindu.Jangan salah faham lak, 'orang rumah' yang dimaksudkan itu Ma aku.Ma aku yang berada di rumah..Kalau bagi yang telefon Malaysia hari2 tu (golongan2 homesick) tak tahu la apa yang dia nak cerita.Tapi ok je pun..peace#
-no perfect person-
1728pm
28 Muharram 1428

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah.Rasa rajin pulak nak post.Ni baru balik dari jalan2 bersama sahabat2 di sekitar bandar Rabat.Lepas tiga bulan duduk sini, baru berkesempatan mengenali kota Rabat dengan lebih dekat..tak kenal maka tak cinta..Senior2 tak ajak pergi jalan2 sangat dekpon, kami pergi sendiri la..hehe..Senior sibuk memanjang je..takde pun yang sibuk memendek..hua3.
Dari pagi kami keluar dari rumah, lepas asar baru balik semula ke rumah.Selepas selesai urusan bitaqah watani kami, biasa la..ronda2 skali sekala bersama sahabat2ku..Jalan2(takkan nak berlari lak tengah bandar), makan2(makan special skit hari ni..), ambik2 gambar(acara wajib..hehe), nasyid2 (semua test suara termasuklah tok syeikh kita..teman sejati)Manisnya ukhuwah itu..bile lagi nak beramal, asyik berteori je kan?
Doreh-Maqam Raja Morocco (Muhd ke-5 dan Hasan ke-2)Kat rumah aku hari ni, ramai dah yang beransur pulang ke kediaman masing2.Jadi rumah aku hari ni taklah semeriah sebelumnya.Tetapi kami disini masih bahagia..Sepanjang mereka2 ni ada sini, macam2 ragam ada..rindu pulak suasana sebegitu..dan apa yang aku tak lupa macam2 dialog yang didengari..(aku la yang banyak kena nye..takpe3, ade budu ada belacan..)
Haflah lepas main futsal ramai2 malam hari di padang QamrahDIALOG KASIH SAYANG
"
Kerang makang ikang dengang belacang.."
"
Kerang maneng boleng makang pedah.."
"
akung nak maing bolang.."
"
go dio gak dari takdi.."
"
mae bole, tido bole, make bole.."
DIALOG ILMIAH
"
Kenapa kamu belajar?"
"
Sebab nak dapat ilmu.."
"
Sebab nak tahu lah.."
"
Kamu silap..Jangan kamu belajar kerana nak dapat ilmu atau nak tahu, tapi belajarlah kerana nak baiki diri kamu sendiri.."
DIALOG MUHASABAH
"
Ayah aku cakap balik dari Morocco nanti, biar Al-Quran baca betul2.. tajwidnya, harakatnya, makhrajnya.."
"
Kalau nak lulus di sini boleh sangat, tapi apa istifadah yang kita bawak balik dari kelulusan kita itu untuk masyarakat?"
"
Aku takut kalu balik masih tak fasih bercakap arab dan tak tahu apa nak jawab kalau ada orang tanya hukum hakam ni..nak2 feqah..ishk"
-no perfect person-
1956pm
24 Muharram 1429