Bersama Datuk Shabery Cheek
RABAT (MAGHRIBI), 27 Jan — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penuntut Malaysia di luar negara supaya mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan erat dengan penuntut dan masyarakat tempatan.
Berucap pada satu perjumpaan dengan penuntut Malaysia di Maghribi di sini, beliau berkata mereka perlu memahami sejarah dan kebudayaan tempatan dengan lebih mendalam serta menguasai bahasa asing yang amat berguna dalam pergaulan masyarakat antarabangsa.
Ahmad Shabery berkata rantaian yang diwujudkan dengan masyarakat tempatan amat penting apabila para graduan memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.
Kira-kira 70 penuntut Malaysia hadir di majlis yang diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin. Turut hadir Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi Ahmad Fathi Muhammad dan Ketua Masyarakat Malaysia di Maghribi, Baharin Ayob.
Sebelum tiba di sini untuk menghadiri Persidangan Menteri Penerangan Islam kelapan di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ahmad Shabery mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk S. Thanarajasingam, di Paris mengenai langkah yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan dua hala.
Thanarajasingam berkata hubungan Malaysia-Perancis adalah pada tahap amat baik.
Beliau juga berharap lebih ramai pemimpin Malaysia datang ke Perancis untuk menjalin hubungan dengan rakan sejawat mereka.– BERNAMA
*Di sini saya sertakan rakaman ucapan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada perjumpaan bersama baru-baru ini.
Malam Munajat Kasihku Palestin
Majlis yang dihadiri kira-kira 80 orang hadirin dari kalangan pegawai kedutaan, rakyat-rakyat Malaysia yang berada di sini dan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelusuk Maghribi, dimulai dengan solat Maghrib berjemaah beserta qunut nazilah, solat hajat dan juga solat jenazah ghaib.
Sementara menunggu azan Isyak berkumandang, sedikit pengisian tazkirah oleh Ustaz Razizi bin Tarmuji, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Tazkirah berkisarkan sejarah peperangan antara Islam dan Yahudi ini sedikit sebanyak memberi impak kepada para hadirin. Terangnya lagi, strategi pembinaan generasi Solehuddin Al-Ayubi kedua juga mesti dimulakan dari sekarang oleh diri kita sendiri.
Selepas solat Isyak berjemaah beserta qunut nazilah, sedikit ucapan oleh Pengarah Program, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi, Ustaz Nor Adli Syahri bin Abdul Kadir, Setiausaha Persatuan Rakyat Malaysia di Maghribi, Encik Muhammad Kamil bin Bahrin, dan ucaptama oleh Datuk Othman bin Samin, Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Maghribi.
Kemudian hadirin dihidangkan dengan persembahan multimedia kesengsaraan dan keganasan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Seterusnya, persembahan deklamasi sajak yang julung-julung kali diadakan dalam mana-mana program di sini telah mempersembahkan sajak-sajak ahli Grup Karyawan Luar Negara di Morocco.
Antara pendeklamasi sajak pada malam itu adalah Saudara Abdul Rahim bin Zainuddin (Stanza Melankolia di Marga Hampa - karya sendiri), Saudari Nurzahirah binti Zahid (Lukamu Gaza - karya sendiri), dan penampilan khas Akh Amir (Cetusan Berang Dari Jembalang - karya Al-Fannani).
Pada penghujung majlis, hadirin dihiburkan dengan sedikit persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Firdausi dengan lagu bertemakan Palestin iaitu lagu Kedamaian nyanyian asal Brothers dan Selamatkan Dunia nyanyian asal In-Team. Majlis pada malam itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Irdha bin Mokhtar dan sedikit jamuan makan malam.
Semoga dengan majlis pada malam itu menjadi titik mula bagi hadirin untuk memulakan langkah menuju kemenangan dan bukan sekadar untuk malam itu saja. Bukan sekadar munajat..~
Perginya Seorang Syahid~
Innalillahiwainna ilaihiraji3un. 24 Januari 2009, ketika saya sedang sibuk menguruskan sebuah program bertemakan Palestin dan kebangkitan umat ISLAM di sini, saya mendapat khabar duka dari tanah Al-Kinanah. Senior saya ketika di Maahad dahulu, Akh Mohd Hatta bin Mohd Hanafi, 21 tahun telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.35 pagi waktu Mesir. Almarhum yang merupakan pelajar tahun 1 Kuliah Usuluddin, Kaherah ini sudah mengadu tidak selesa dengan kesihatannya sejak seminggu yang lalu, dipercayai menghidap penyakit paru-paru berair dan ada juga yang menyatakan almarhum diserang virus Tibi. Namun apa yang saya perasan, sejak dahulu lagi, almarhum sering batuk-batuk jika dalam keadaan sejuk.Wallahualam.
Saya mula mengenali almarhum ketika di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu pada 2005. Almarhum pernah diberi amanah sebagai Exco Lujnah Dakwah dan Ibadat DPP 05/06 sebelum mengetuai jentera DPP 06/07 sebagai Yang Di-Pertua. Memang diakui, senang bekerja di bawah almarhum, ada ketegasan dalam kelembutan dan sentiasa memberi teguran berhemah jika ada kesilapan atau kekurangan.
Jenazah almarhum sempat disolatkan di Dataran Hayy Asyir, Kaherah.Solat jenazah itu diimami oleh Mufti Terengganu, Ustaz Alias.
Saya pernah bersama-sama almarhum ketika di bawah Lujnah Dakwah dan Ibadat DPP, pernah bersama-sama menerbitkan beberapa majalah komik islamik, dan pernah bersama-sama menjadi fasilitator di dalam beberapa program. Kehilangan almarhum merupakan sebuah kehilangan kepada ISLAM. Moga almarhum sentiasa dirahmati ALLAH dan ditempatkan bersama orang-orang yang syahid. Win as a Mujahid, die as a Syahid~
Komen Artis Hollywood~
"Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.” TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)
“Keduanya, baik Palestina ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.” WILL SMITH - (Ali, Men In Black)
“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.” GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)
Selamat Menjalankan Tugas~

Walau apa pun keputusan pilihanraya ini, tidak merubah keadaan terlalu besar dalam politikus negara, namun dari satu sudut, maruah BN semakin goyah memandangkan tewas kali kedua dalam pilihanraya kecil selepas malu besar di Pilihanraya Umum tahun sudah. Kekalahan BN ini juga sedikit mencabar kredibiliti Datuk Najib dalam usaha mengembalikan kekuatan BN dan sebelum beliau menaiki takhta sebagai Perdana Menteri Malaysia Mac ini.
Dari segi statistik pula, kemenangan PAS di P36 ini semakin kukuh memandangkan mereka mendapat majoriti yang lebih besar berbanding kekalahan mereka yang lepas. Adakah faktor calon?Atau faktor isu semasa? Bagi saya, untuk kali ini, isu semasa kurang hangat selain daripada royalti minyak Terengganu. Mungkin calon yang diketengahkan oleh BN kurang berpotensi seperti YB Razali Ismail dan calon PAS pula merupakan aset yang baik bagi masyarakat. Adakah 5 penggal beliau memegang amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri tidak cukup membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berkaliber?Buktikan Kasihmu!
1.HALANGAN
Nabi besabda, "Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya ” [Hadith Riwayat Muslim].
2.MAQSAD
-Hendaklah mereka menutup aurat dengan sempurna
-Tidak bertabarruj secara melampau (SOLEKAN dan BAUAN yang melampau)
-Meminta izin suami jika sudah berkahwin
3.AFDAL
Dr Yusof al-Qardhawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik".
Bab kewajipan menuntut ilmu bagi lelaki dan wanita muslim.Fahami konsep dan waqi' globalisasi.
4.PENJAGAAN SOLAT
Firman ALLAH swt dalam surah Al-Baqarah, "Peliharalah semua solat (kamu) dan solat wusta (menurut hadis sahih, asar) dan dirikanlah (solat) kerana ALLAH dengan khusyuk."
"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," Wasiat pertama asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.
5.KESIMPULAN
- شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله
Pilihanraya Kecil P36

1.Tak balik Terengganu ke pilihanraya ni?
Erm, jauhnya.Tak baliklah.Kalau ayah saya buka syarikat penerbangan tambang murah 'RadziAir' ke, barangkali saya balik.Balik pon tak boleh mengundi lagi.
2.Mak Ayah belah mana?
Ayah saya ditugaskan sebagai pegawai SPR Dun Ladang.Kata ayah saya, dia sentiasa kena neutralkan diri.Mak saya pula katanya, undi itu rahsia walaupun antara mak dengan anak.Jadinya saya tak boleh nak kata apa-apa..
3.Rasa siapa menang?
YB Wahid Endut berpengalaman sebagai pemimpin peringkat negeri manakala YB Wan Farid lebih kepada peringkat nasional.Calon bebas tu saya tak pasti.Dari segi peribadi kedua-dua calon ini, YB Wahid Endut lebih menonjol.Saya memerhati bukan sebagai pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang, tapi sebagai mahasiswa yang bebas dan demokrasi.Memahami soalan, saya menjawab soalan rasa siapa menang, bukan siapa saya cenderung.Calon yang baik, itulah pilihan saya.
4.Komen tentang fenomena Kuala Terengganu sekarang?
Kuala Terengganu dalam masa dua minggu ini menjadi syurga dunia.Selepas ini tak tahulah..
5.Harapan?
Saya berharap agar pengganti Al-marhum YB Razali Ismail ini mampu membawa kesinambungan perjuangan Al-marhum di Kuala Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.Al-marhum merupakan Pengerusi PIBG sekolah saya ketika masih di sekolah rendah, yang mana ketika itu juga beliau menjawat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Dengan perjuangan tema "Memperkasakan Akal Budi" merupakan satu perjuangan membina modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan method pendidikan.
Tunggu saja keputusan esok!10.30 malam ya!
Ekramhakim di Saifulislam.Com~
Disini saya paparkan beberapa komen Ekramhakim di blog Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Abu Saif, Saifulislam.Com berkenaan dengan isu pemboikotan barangan Yahudi dan Amerika serta kemasukan pengaruh pemikiran hedonisme oleh pihak musuh.Semoga perkongsian ini beroleh manfaat bersama.
1."Mungkin boikot mendapat populariti setelah mendapat publisiti meluas dari pihak media dan pemimpin.Orang sana mintak boikot, orang sini mintak boikot, orang situ mintak boikot.Itulah peranan sebenar media.Mengawal pemikiran masyarakat.Macam Hollywood juga, mereka sudah dapat mengawal pemikiran kita sejak beberapa kurun lamanya dah..
Saya tercari-cari MUSLIM yang berfikiran ‘baik’ dalam bidang media ini.Bila lagi ya?"
2."Hedonisme adalah fenomena hiburan yang melampau.Mungkin bersukan secara melampau juga merupakan satu simptom-simptom hedonisme juga. EPL? EUFA? EURO? WORLD CUP? dan sebagainya lagi.Ada mahu kongsikan pendapat?Ini bukan kenyataan, cuma mahukan perbincangan.=D"
3."Imbangkan boikot dengan produk kualiti.Jangan dilupa di sini ustad gazetkan warga muslim Turki MENYOKONG PERNIAGAAN MUSLIM YANG KOMITED.Muslim yang amalkan ISLAM, Muslim yang REALITI, bukan ILLUSI.
Konsep perniagaan Al-Arqam mungkin boleh diadaptasikan.Pernah dalam web blog Al-Arqam membuat kenyataan, lebih kurang begini, “MUSLIM sibuk dengan ekonomi ISLAM, tapi siapa sebenarnya yang kuasai ekonomi sekarang?Bukan MUSLIM.Sekarang ini kita dalam usaha ke arah ekonomi ISLAM ini”
Saya dan GKLN~
Pada 7 Januari yang lepas, saya secara rasminya menjadi ahli Grup Karyawan Luar Negara atau lebih dikenali sebagai GKLN.Grup ini bukanlah sebuah parti politik, bukan juga pasukan bola sepak, tetapi GKLN ini merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan sebagai medium untuk pelajar-pelajar luar negara khususnya berkongsi minat dalam kecenderungan kesusasteraan dan penulisan.Selain itu GKLN ini juga berfungsi sebagai medium untuk ahli-ahlinya berkongsi ilmu, idea, dan pendapat dengan lebih berkesan dan bermatlamat.Peranan utama GKLN kini adalah sebagai medan untuk mengasah bakat muda khususnya yang berada di perantauan sebagai pelapis warisan pena tanah air kelak.Untuk pengetahuan umum, ahli GKLN kini sudah berada di serata pelusuk dunia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan, Mesir, Sudan, Jepun, India dan tidak ketinggalan Morocco sendiri.Morocco merupakan salah satu pusat pengeluaran penulis muda yang aktif sejak kebelakangan ini dengan lahirnya beberapa muka baru yang menonjol dalam GKLN antaranya Ainaa Mardhiah, Khadijah Khalilah, Suriati Abdullah, Anis Nordin, Nurzahirah Zahid, Al-Fannani, Dakwat Fikir, Perantau, Alim Mujahid dan juga Badriyah Ali.Tidak dilupakan, ahli GKLN Morocco yang tidak kurang hebatnya; Syahiddmilikku, Fakhruddin Ar-Razi, Kumis Nipis dan Al-Baihaqi.
Objektif saya menyertai GKLN ini adalah sebagai satu wadah untuk saya mempelajari lebih mendalam gaya penulisan serta penggunaan Bahasa Malaysia terkini.Di sini juga saya ingin berkongsi bersama pemikiran sahabat-sahabat di GKLN melalui penulisan, perbincangan dan perbahasan yang diutarakan sesama ahli memandangkan latar belakang ahli berbeza-beza.Selain itu, saya juga mahu menjadikan GKLN ini sebagai medium meluaskan rangkaian ukhuwah di serata ceruk dunia.Obsesi saya lebih kepada genre artikel umum dan saya lebih suka membaca cerpen.Antara cerpen hasil GKLN yang telah saya baca adalah Jalan Jauh Ke Ramallah dan Mengemis Di Kota Larangan.Saya berharap agar segala tindakan saya adalah petunjuk daripada ALLAH dan semoga saya sentiasa mendapat hikmah daripadanya.Ameen.
10 Barang Yang Tiada Dalam Hidup Saya~



-MINUMAN-



Kebangkitan!~

2.Semua pelajar sekolah dan warga pendidik seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa besar-besaran bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, nilai keamanan sejagat dan moral kemanusiaan bersama, yang akan dipimpin oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.-BERNAMA
3.Bakal Presiden AS, Barrack Obama menegaskan diamnya selama ini bukan membenarkan tindakan melampau rejim zionis berkenaan sebaliknya beliau tidak mahu mencampuri urusan Amerika sehingga beliau secara rasminya menjadi presiden Amerika Syarikat.Beliau menegaskan dia percaya kepada “hanya satu pemimpin pada satu- satu masa”.-TVantara.com
4.Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel hari ini cuba menunjukkan 'keprihatinannya' dengan mengumumkan bahawa tentera Zionis mereka akan menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari bermula jam 1 pagi hingga 4 pagi waktu tempatan (jam 7 hingga 10 malam waktu Malaysia).-TVantara.com
5.Dr Hussein Ashur, pengarah kompleks perubatan Shifa, hospital terbesar di Gaza merayu pada pihak antarabangsa untuk membekalkan hospital dengan peti ais bilik mayat setelah kesemua unitnya telah dipadatkan dengan jumlah mayat yang semakin bertambah menyebabkan mayat-mayat terpaksa dibiarkan bertaburan atas lantai.-palestinkini.info
Perhimpunan Intifadha di Rabat~

"Ghazzah Ghazzah Ramzul Izzah!"
Orang ramai yang mula berkumpul sejak jam 10.00 pagi di Bab El-Ahad, berarak sekitar bandaraya Rabat ini melalui pasar lama (sweqa), parlimen, stesen keretapi, istana dan berakhir di kawasan lapang berhampiran Markaz Kuliah Adab Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, tidak mematahkan semangat mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat; orang tua, dewasa, wanita, bertudung, tidak bertudung, berpurdah, anak muda, kanak-kanak dan tidak ketinggalan bayi-bayi pun turut sama menyertai perhimpunan ini.Alhamdulillah, saya dan beberapa orang sahabat di sini berkesempatan menyertai perhimpunan mega dan bersejarah ini.Hati saya sungguh terharu melihat semangat-semangat umat Islam di sini mampu untuk bersatu dalam isu sebesar ini.Bermula dengan pimpinan politik pihak kerajaan dan pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, pensyarah-pensyarah universiti, mahasiswa-mahasiswa, pemandu-pemandu kenderaan awam, peniaga-peniaga dan seluruh orang awam berhimpun untuk membuat bantahan.


Di akhir perhimpunan, sedikit ucapan pembakar semangat daripada pimpinan rakyat, kemudian disusuli dengan bacaan doa dan surah Al-Fatihah ke atas saudara kita di Palestin.Perhimpunan mega ini bersurai pada jam 2.00 petang.

Harapan Zionis~
Mengharapkan Revolusi Obama~

"Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.
"Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan," katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Isnin bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenenajung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.
Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.
Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.
Katanya walaupun kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, namun rakyat boleh memainkan peranan dengan berkesan khususnya dalam memulaukan semua produk dan barangan Amerika.
"Orang ramai boleh dan mampu bertindak. Tak perlu minum Coca-Cola, dan, kalau kita perlu membeli senjata untuk pasukan keselamatan, kita boleh beli dari Rusia, tak perlu kita beli dari Amerika," katanya.
Dr Mahathir berkata tindakan memulau itu perlu dilakukan secara universal kerana ia tidak akan berkesan sekiranya hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja.
"Kita harus berani. Jika semua rakyat Malaysia bersatu, perkara yang sedikit pun mampu memberi kesan yang besar," katanya.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Jenayahkan Perang Kuala Lumpur, bagaimanapun mengakui bahawa impak yang besar akan berlaku sekiranya urusan perniagaan dengan negara itu dihentikan.
"Ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu melakukan sesuatu yang baik. Saya berpendapat, jika kita kurangkan penglibatan bersama Amerika mulai sekarang, lama-kelamaan kita akan biasa (tidak bergantung kepada mereka)," katanya.
Dr Mahathir berkata Israel harus dipersalahkan kerana menyerang Gaza manakala Amerika Syarikat dan Britain juga harus dipertanggungjawabkan kerana memberi sokongan padu terhadap rejim tersebut.
"Saya lihat Amerika sudah menerima tempias dari ini. Kedutaan-kedutaan mereka terpaksa dilindungi dengan tembok tinggi dan dawai berduri. Orang ramai membenci Amerika, tapi itu masalah mereka.
"Yang pentingnya sokongan terhadap Israel perlu dihentikan," katanya. BERNAMA
Langkah Pertama~

Hari ini adalah hari kelapan tanah suci Gaza diserang.Selepas serangan dari medium udara, tentera zalim Zionis ini mula memasuki Gaza dengan jalan darat.Berita terbaru dari Al-Jazeera tadi melaporkan bahawa jumlah saudara kita yang telah terkorban sekarang telah mencecah angka 507 orang.Adakah anda rasa 500 orang itu baru sekadar sejumlah kecil sahaja?Kata Nabil, "Lu pikir la sendiri..".

Dalam petikan terkini, ulama' terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi telah menegaskan Jumaat lalu dalam satu perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha bahawa umat Muslim dari Maghribi hingga ke Indonesia (seluruh dunia) berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

Selain daripada doa qunut nazilah yang digalakkan kita membacanya setiap kali solat, kita juga dianjurkan supaya menjauhkan diri dari barang-barang keluaran Israel dan Amerika.Antara barang harian yang saya alert bagi permulaan ini adalah dari segi makanan dan juga minuman.Sekurang-kurangnya target kita adalah dalam skop ini, sebagai langkah pertama.Saya dah tidak sanggup untuk membantu menambahkan kesengsaraan saudara saya.Anda pula bagaimana?
KFC, McDonald, PizzaHut, A&W, Coca Cola, PEPSI, Fanta, Mirinda dan yang sewaktu dengannya.Mungkin ada alternatif lain?





