Ukhuwah Itu Indah..


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dah lama tak mengepost.Cuti ni aku buat2 sibuk sikit.Lepas menziarahi sahabat2 di Kenitra, aku mengikuti program Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM).Kembara salju lagi tapi di Ifrane pulak.Mentang2lah cuti, beraya sakan ye.Bukan apa, aku cuma sekadar nak merapatkan ukhuwah dengan sahabat2 je, terutama senior2 yang hanya berkesempatan jumpa dalam program2 persatuan..Memang best la..Ukhuwah itukan indah..

Dua tiga hari selepas post 'Kenitra Menggamit Memori..', Alhamdulillah aku menerima respon dari sahabat2 mengenai kuliah ustaz kesayangan aku, Ustaz Azhar Idrus di alam maya.Terima kasih kepada sahabat2.Moga mendapat saham berantai InsyaALLAH.Kalau ada masa, lawatlah link yang telah aku letak di blog ini..Walaupun kita tidak mampu membina, menyebarkannya pun sudah cukup..Mudah amalan, tetapi mahal ganjaran..

Teringat pulak aku kepada satu artikel tentang saham berantai ni..Mungkin ramai sahabat2 dah mengetahuinya..Antara amalan2 yang mudah, tetapi insyaALLAH mendapat ganjaran yang besar..Menghadiahkan Al-Quran, kitab2 ataupun buku2 Ilmiah kepada sahabat2(mahupun sesiapa saja),mewakafkan kerusi roda, mengajar ilmu atau doa kepada yang belum mengetahuinya, sedekah jariah dan banyak lagi..tak ingat dah..Kalu ada yang tahu, kongsi2 la yer..Dalam hal SMS, mesej friendster, email berantai ini tiada kaitan dengan apa yang aku nak bagitahu.Yang tu sahabat2 boleh menilai sendiri..

Kau Kawan, Sahabat dan Teman

Minggu ni ramai yang berkampung di rumah aku kerana ingin menyelesaikan urusan masing2 di Rabat.Ceria sikit rumah aku dengan suka tawa mereka2 ini..hehe..Baru2 ni pun sempat jugak kami banin2 dari Terengganu bertemu bersama selepas beberapa bulan tidak bersua.Banyak la cerita2 yang hendak dikhabarkan..Cerita apa?Biarlah rahsia..Banyak lagi program aku untuk musim cuti ini..Tapi kita hanya merancang,Allah yang menentukannya..InsyaALLAH aku akan cerita pada masa akan datang, andai jasad ini masih bernyawa..#




-no perfect person-
0854am
21 Muharram 1429

Kenitra Menggamit Memori..



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah 3ala kulli hal.Aku baru balik dari Kenitra, niat dihati menziarahi sahabat2.Biasalah, cuti..Aku pun memang suka pegi jalan2 ni.Kembara sufi la kononnya..haha.Lama jugak aku di sana.Tiga malam.Pergi hari Ahad, baru balik semalam,Rabu.Walaupun sepanjang aku disana ketiadaan sahabat aku dari Terengganu, Hariz kerana pergi menziarahi kawan arabnya di Wazan, tidaklah terlalu kekok untuk aku keseorangan kerana sahabat2 lain peramah dan mudah mesra semuanya.Syukran!

Sepanjang disana, banyak perkara baru yang aku belajar.Biasalah merantau di tempat orang kan..Hari pertama tu aku menyertai mereka ke kelas Nahu dan Kitab Muwata’ Imam Malik di masjid berdekatan dengan kediaman mereka ini.Dalam halaqah tu, terasa rindu pulak aku dengan keadaan begini ketika di Malaysia dulu.Mungkin aku lebih tertarik dengan pengajian tak formal kerana ilmunya fleksibel tanpa fokus kepada exam mahupun silibus.Walau apa2pun, ilmu di kuliah juga amat berharga bagi aku..peace!

Lepas tu, pergi jalan2 kat pasar.Lebih kurang Sweqa di Rabat.Sekadar jalan2.Melihat gelagat manusia di senja hari.Tanpa terus balik kerumah, kami sambung lagi kuliah Maghrib di sebuah masjid lagi.Ishk, keadaan macam ni lagi la membuatkan aku rindu.Rindu dengan kuliah Maghrib Ustaz Azhar.Ilmu yang baik,lawak cerdik dan uslub da’wah yang indah bagi aku.InsyaALLAH jika masih berkesempatan, aku akan duduk lagi didepan beliau pada masa akan datang.Disini aku sekadar mendengar dari youtube je.Laman web surau.ladang.net pun dah tak leh nak bukak dah..sedih2..

Pok Mang, Manan(Mesir), Mahadi(Jordan) dan Ustaz Azhar
di lambo surau ladang..rindu bangat!

Keesokannya pulak, aku dapat tendang bola buat pertama kali semenjak hampir 3 bulan aku disini.Wah!!Suka gila aku dapat main bola disini.Tapi lama dah tak main, membuatkan aku cepat letih.Tapi aku tetap enjoy dengan game tu.Rindu jugak teringat dulu main petang2 ngan kawan2 di padang Maahad..ops, IQT dah sekarang.Dengar2 citer liga Pra-Muttaqun dah nak start.Harap2 bukan sekadar bermain la ye wahai sahabat2ku.Perjuanganku disana belum selesai..moga ada yang menyambungnya..Ameen.

Jika IQT sibuk dengan Liga Pra-Muttaqun, rakyat Morocco disini sibuk dengan Piala Afrika yang sedang berlangsung di Ghana.Orang disini memang gila bola.Kalau ada match, memang penuh la maqha (kedai kopi) disini.Pasukan Maghribi ni pun bukan calang2 pasukan gak la.Hari tu lawan France pon seri 2-2.Kalu lawan Malaysia tak tahu la camne..sengit jugak kot..Petang Selasa, Abang Boy ajak pergi sakaniah, melawat rumah kawannya..Berkesempatan jugaklah tengok match Mesir lawan Cameroon..Best gila Mesir main..harap2 final nanti Morocco lawan Mesir..=P

Final: Mesir lawan Morocco..kui3

Balik ke Rabat train pukul 8.00 pagi,Rabu.Basuh baju semua2, settle mana yang tak settle..insyaALLAH ada rezeki, hajat nak sambung lagi pengembaraan musim cuti aku ni..hehe..tapi kena settle semua lu terutama urusan bitaqah (kad pengenalan Magribi).Almaklumlah visa dah nak expired.Malam tadi pergi tahlil di Villa Salsabila.Al-Fatihah buat abang Ukhty Khuzaimah..Moga tergolong dikalangan orang2 soleh disana..ameen..

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
(Ali Imran:169)


p/s:Selamat Hari Lahir abah-13 Muharam..Moga dipermudahkan urusan dan dirahmati ALLAH hendaknya..Sori lambat, tak sempat menaip..apa la abang ni..buat2 sibuk sokmo=)





-no perfect person-
1014am
15 Muharam 1429

Kembara Salju Ke Oukaimeden 1429h

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan kepadaku untuk terus hidup menikmati keindahan dan hikmah ciptaanNya di muka bumi ini.Aku berkesempatan untuk merasai sedikit anugerah yang ALLAH kurniakan kepada hamba2Nya.Kembara salju dari Rabat ke Oukaimeden, Marrakech memenuhi agenda musim sejuk aku di sini.Terima kasih kepada pihak penganjur (senior2 Rabat) kerana bersusah payah menguruskan program ini biarpun pelbagai onak duri dilalui sebelum program berlangsung.

Perjalanan ke destinasi mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.Seperti biasa, dalam kebosanan dan ke’sempitan’ duduk di dalam bas, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Mujurlah (baca Alhamdulillah) selepas Subuh, pemandu bas itu memasang bacaan Al-Quran.Surah Al-Baqarah-jadi bolehlah aku mengulang lebih kurang sehingga aku pun tak sedar bila aku terlelap.Sesekali melihat keindahan pemandangan desa di sekitar lebuhraya, mendengar nasyid di radio, tetapi banyak masa aku habiskan masa dengan merehatkan mata aku.

Kalau nak cerita detail satu2 memang banyaklah.Dahlah aku ni memang takde bakat nak bercerita.Kalau masuk pertandingan bercerita tu, confirm memang dapat nombor last punya.Habis baik pun kedua last.Malaslah aku nak bercerita panjang2.Bukan best sangat pun cerita ini.Tapi yang aku dapat selepas aku pergi sana adalah pengalaman.Sebelum ni, tengok dalam gambar je ais putih.Habis2 dekat pun aku tengok air batu kisar je.Tak lebih dari tu.

Selain tu, hadaf utama program ini untuk merapatkan ukhuwah antara kami insyaALLAH berjaya mencapai sasaran walaupun bukan semua ahli kami yang terlibat.Terkilan juga hati ini, namun aku tak boleh berbuat apa2, kerana tiada paksaan dalam perkara harus mahupun sunat.Lagipun, diorang yang tak pergi ni ada kerja masing2 yang perlu diselesaikan.

Kebetulan program itu pada hari As-Syura (10 Muharam), dilema jugak untuk aku berpuasa sunat atau tidak.Tapi aku rasa tidak menjadi penghalang bagi aku untuk ber'juang' dengan ais putih meskipun aku sedang berpuasa.Macam diberi kekuatan, Alhamdulillah aku berjaya jugak menyelesaikan ibadah puasa itu.Moga aku tergolong dalam hadith ini (ameen):

Dari Ibnu `Umar r.a., dia berkata: "Tidaklah seorang hamba berpuasa di dalamnya (hari Asyura) kecuali puasanya akan memberikan taufik kepadanya." – Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Ampun maaf diminta kepada senior2 jika diri ini menyusahkan kalian sepanjang kembara salju tempoh hari.Terima kasih jugak kerana menyediakan juadah yang sedap2 dan menyelerakan.Lain kali boleh buat lagi..Mengisi cuti aku ini, sekarang aku sedang merehatkan fikiran di tempat orang..#

p/s:Bukan nak promote diri, cuma sekadar makluman.Kepada sahabat2 yang nak tengok2 gambar aku disini, boleh jer kalau nak tengok kat friendster aku (ekromulhakim).Malas aku nak masukkan gambar banyak2 kat sini.(klik sini).Syukran.



-no perfect person-
2308pm
12 Muharram 1429

Dapat Apa Yang Perlu..


Assalamualaikum w.b.t.

Pagi tadi aku ke bandar Rabat bersama Zaid.Pergi ke wakalah, menyelesaikan suatu kerja untuk dua bulan sekali..Berurusan dengan orang arab ni memang banyak menguji kesabaran kita sebagai manusia..Macam2 ragam diorang ni..Mangsa pertama yang kena adalah Zaid.Aku ingat ke aku dah terlepas, rupa2nya ada juga bahagian aku untuk diuji..sabar je la..Kan ALLAH bersama orang2 yang sabar kan?Apa2 pun, Alhamdulillah urusan akhirnya dipermudahkan..Ada saja pertolongan dari ALLAH..Aku teringat petikan dari satu entry yang aku dah tak ingat aku baca di mana.."Kadang2 ALLAH tak bagi apa yang kita nak sebab ALLAH nak bagi apa yang kita perlu.."

Rumah kami sekarang menerima kunjungan sahabat2 dari Mohammedia.Senior2 aku semuanya.Hajatnya ingin menyelesaikan urusan Bitoqoh Watani yang telah tamat tarikh luputnya..Jadi mereka menjadikan rumah kami sebagai tempat persinggahan mereka..secara peribadi, aku amat gembira dengan kehadiran sahabat2 ke rumah aku, namun aku tetap segan dengan diorang..Seperti biasa, aku mengamalkan sikap pendiam yang jarang aku amalkan di Malaysia dulu.Macam tak percaya je kan?Untuk tidak menimbulkan salah faham, aku kurang minat untuk bercakap bukanlah kerana aku ni berat mulut atau ada emas mahupun gigi emas dalam mulut aku, tetapi kerana masih tidak selesa dengan loghat luar atau fushah malaysia ni..Masih belum ketinggalan 'NG' aku tu..Tapi aku tetap bangga dengan loghat negeri aku..senyum sokmo..!

Aku masih selesa untuk terus berinteraksi dengan persekitaran ini walaupun aku banyak diam dari berkata2.Tidaklah keterlaluan loghat kenegerian aku tu..Walhal, orang di rumah aku pun dah terkeluar loghat Terengganu kadang-kala..Tentu lawak andai orang Terengganu tersasul untuk cakap luar, tetapi lebih lawak apabila orang luar nak cakap Ganu kite ni..memang lawak..!!Untuk pengetahuan, senior di Fullhouse aku ni semuanya dari Pahang..Tidaklah terlalu sukar untuk aku menukar lidah aku kepada lidah Pahang sebab aku masih mempunyai darah Pahang dalam diri aku..Ma aku orang Pekan daa..

Hari ini turn aku masak pulak dah..takde idea nak masak apa..dah la ada tetamu..cuak daa..(debor2)..nak masak tojin (masakan Magribi) takde bahan2 pulak..nak masak merah (lauk bertalaqi dengan ma aku) orang rumah aku ni dah boring dah..Last2 masak sup jer..teringin pulak aku nak makan sup ni..Aku dah tak kisah apa yang diorang nak cakap sebab aku dah memang tak tahu nak masak apa..Sup ni senang jer..main2 campak je apa ada..Maaflah kalau tak sedap yer wahai sahabat2..kalau ada rasa manis itu, ukhuwah fillah..kalau rasa masin itu, asam garam kehidupan..dan kalau ada pahit tu, pengubat duka lara..

Oklah, aku nak berehat lu..seharian aku mengembara di tengah2 lautan arab yang macam2 ragamnya..nak mimpi main salji pulak..kui3#



-no perfect person-
2230pm
8 Muharam 1429

Inilah Kehidupan..



Assalamualaikum w.b.t.

Segala Puji bagi ALLAH yg telah menyelamatkan aku dari tragedi yang tak diingini oleh semua orang ketika aku nak melintas jalan balik dari Qamrah tadi dengan berwasilahkan seorang pakcik tua.Aku mengerti dengan lebih jelas makna kesyukuran itu kerana jika ALLAH tidak menghantar pakcik itu kepada aku, mungkin sekarang ini aku sedang berada di Hospital Ibnu Sina dengan balutan2 di kepala dan anggota2 lain.Alhamdulillah..

Ahli rumahku tidak tahu akan perkara ini melainkan jika diorang ada membaca tulisan karut aku ini..tetapi aku sedar siapalah aku dimata mereka..kurang berminat untuk aku membuka mulut di teratak ini sampai ada ketika berhubung dengan YM untuk menyatakan sesuatu walaupun duduk sebumbung..aku lebih selesa diam dalam banyak hal..mungkin hanya sekadar pembantu untuk gelak sama jika ada lawak2 jenaka di kalangan kami..tetapi ada tempat kita perlu bersuara..

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? -Al-Ankabut:2-

Banyak dugaan yang aku lalui di rumahku semenjak dua menjak ini..tapi aku yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.Mungkin ALLAH nak mentarbiah diri aku ini erti kehidupan yang sebenar..ada manis, ada masam, ada pahit, ada tawar dan sekali sekala masin pun ada..Banyak lagi kelemahan yang aku perlu baiki dan banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari..tapi aku tidak mampu untuk mempelajari kehidupan ini berseorangan..Aku perlukan 'cermin' untuk membaiki diri aku ini.Maafkanlah kesilapanku selama ini..Tegurlah diri ini dengan berhikmah..banyak cara untuk mendapatkan ilmu..mungkin dengan kuliah, pembacaan, pengalaman dan kesilapan yang kita lakukan juga mampu memberi ilmu kepada kita, terutamanya diri aku ini.Inilah kehidupan...#





-no perfect person-
1151am
6 Muharam 1429

Birthday Ikut Kalendar ISLAM; Relevan atau Tidak?


Assalamualaikum w.b.t.


Untuk mula2, aku nak ucapkan selamat tahun baru 1429h.Aku tak tahu, sambutan mana yang lebih meriah bagi masyarakat sekarang; tahun baru ISLAM atau tahun baru masihi..sahabat2 boleh jawab sendiri la ya..Ramai yang ucap selamat tahun baru ISLAM..Alhamdulillah ingat lagi kita pada ISLAM kita ini..tapi ramai pulak yang lupa akan peristiwa disebalik permulaan tahun baru ISLAM ini.Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang sarat dengan hikmah tersendiri..Adakah kita sekadar mengucapkan selamat tahun baru dan memaparkan tema Ma'al Hijrah (tema tahun ini bagi Malaysia "Menjana Ummah Gemilang") tanpa melakukan apa2 perubahan atau pembaikan terhadap diri kita, keluarga kita mahupun masyarakat kita..


Pada tahun baru ini, aku berharap bukan sekadar harapan, agar umat ISLAM bersatu dibawah satu bumbung yang kukuh tanpa ada perselisihan yang timbul dari sebab ikhtilaf2 yang kecil disekeliling kita.Jangan kita memperbesarkan masalah2 yang kecil sedangkan masalah2 yang besar kita tak sempat nak selesaikan, sehingga merugikan umat ISLAM sendiri..Pihak musuh ISLAM sentiasa menunggu peluang untuk menghapuskan pegangan kita ini..aku tak nak sebut panjang2 sebab dah ramai yang bagitahu perkara ni..(walaupun dah ramai yang bagitahu, tapi tak ramai yang jadi pengamalnya..)Aku mengharapkan sinar ISLAM kembali bercahaya..

Berbalik kepada tahun baru ISLAM ni, ramai mana antara kita yang pada mulut dan hatinya nak kepada ISLAM, tapi dia sendiri yang tak tahu tarikh kalendar ISLAM.Kalau tarikh untuk hari ini pun kita tak tahu, apatah lagi tarikh lahir kita dalam kalendar ISLAM.Aku tak kata semua yang tak tahu, mungkin ada yang diantara kita yang dah tahu..yang dah tahu tu bagus la, tapi lebih bagus kalau kita guna kalendar ISLAM untuk sambut birthday kan?Menurut kajian sains pun, perkiraan mengikut nisbah orbit bulan(kalendar ISLAM) adalah lebih tepat berbanding nisbah orbit matahari(kalendar masihi).Mungkin lepas ini kita boleh try ubah cara kita, sambut birthday dalam kalendar ISLAM pulak.Camne??Ok je aku rasa..tak salah pun.Mungkin bagi pandangan masyarakat sekarang suatu perkara yang pelik, tapi sampai bila kita nak 'memelikkan' perkara ini.Sepatutnya kita yang dah faham agama ini yang memulakannya dan membudayakannya dahulu..sampai bila kita nak jadi pengikut 'mereka', dan sampai bila kita nak menunggu untuk memandu 'mereka' kedalam cara hidup ISLAM..kalau bukan kita, SIAPA?kalau bukan sekarang, BILA?kalau bukan disini, DIMANA?tepuk dada, tanya diri masing2..

Kekuatan ISLAM itu bergantung kepada ISLAM itu sendiri, bukan terletak pada faktor lain..jadi, apasal kita sebagai muslim nak guna sistem lain sedangkan ISLAM itu telah lengkap dengan sistem kehidupan kepada kita..ni la yang aku belajar dalam madah bi'ah sem1 baru ni..(harap2 aku lulus sebab aku rasa aku dah faham dan mampu terang kepada orang lain..)sekali lagi aku nak tanya, relevan ke tak kalau kita sambut ulangtahun kelahiran kita menggunakan kalendar ISLAM?aku rasa tak salah, kan..?apsal kita tak gunakannya?ni sibuk nak celebrate guna tarikh masihi..bahkan golongan yang berlatarbelakang agama pun masih guna tarikh masihi..kata nak kepada ISLAM..

Tapi dalam meraikan birthday tu, ada jugak yang kita terlepas pandang..Meraikannya taklah salah, jangan fikir ISLAM melarang semua perkara.ISLAM tidak melarang, tapi menjaga..Contohnya, memotong kek dan meniup lilin adalah sebahagian daripada adat wajib bagi agama kristian..ramai yang tak tahu tentang hal yang bersabit dengan akidah ini.Yang dah lepas, dah tak boleh nak ulang balik..beristighfarlah..yang penting, untuk masa akan datang kita perindahkan gaya hidup kita ini..meraikan ahli keluarga ataupun sahabat2 kita tidak salah, tapi biar kena pada caranya..rai bukan semata2 nak menggembirakan hati, tetapi yang lebih pentingnya, kesyukuran kita kepada ALLAH yang telah memberi umur kepada kita untuk ber'khidmat' untukNYA..

OK lah, malas dah nak taip.Orang pun bukan nak baca panjang2..jadi akhirnya aku harap apa yang patut kita buat ialah sama2 kita ubah cara hidup kita..jangan sekadar bercakap tentang ISLAM, tapi duduk tempat sama jer..cakap berbuih2, tapi tak boleh nak beri apa2 pada ISLAM kita..usrah berjam2, tapi takde apa2 perubahan juga dalam masyarakat..Mungkin ada sebahagian sahabat yang dah ada software tentang kalendar ISLAM ini.Tapi kepada yang belum tahu, bolehlah cari disini.(klik disini, disini, dan disini..).Tolong carikan untuk ahli keluarga kita dan sahabat2 kita sekali..Moga2 ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk membudayakannya..

Ni hanyalah sekadar pandangan aku.(mungkin dah ramai yang mempunyai pandangan seperti ini..)Aku tak paksa sahabat2 untuk menerimanya dan aku tak mengatakan salah untuk kita menggunakan kalendar masihi dalam urusan hidup kita..itu tidak benar sama sekali..Kalau sahabat2 rasa ia baik, maka panjang2kanlah kepada ahli keluarga, sahabat2 lain, usrah2 mahupun apa bentuk media ISLAM yang kita ada..Kalau sahabat2 rasa ia adalah sesuatu yang sukar diterima, maka abaikan sahaja dan teruskanlah sambutan birthday sahabat2 dengan menggunakan kalendar masihi yang ada di tangan sahabat2 sekalian kerana ia tidaklah salah untuk itu..Urm..Aku sedang menunggu birthday abahku..13 Muharram..#



-no perfect person-
1137am
2 Muharram 1429













Bukan Sekadar ISLAM Teori..


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah aku sudah beransur pulih dari sedikit ujian yang ALLAH berikan kepadaku setelah beberapa ketika.Dengan cuaca yang kembali cerah sentiasa dan suhu yang agak sederhana sejuk, dapat lagi untuk aku menjalani kehidupan seperti biasa disini walaupun masih kedengaran batuk2 kecil dan sesotan2 hidungku yang masih berair ini..

Pada hari Sabtu lepas, 25 Zulhijjah, kami mahasiswa2 Maghribi telah menerima lawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Mustafa Mohamad(bukan Menteri Kesihatan ya..)Berikutan dengan itu, pihak Kedutaan Malaysia di Maghribi telah mengadakan satu majlis makan malam dan dialog antara pihak menteri dan mahasiswa2.Dalam majlis itu, bukan sahaja kami yang diperingkat ijazah sahaja yang hadir, malah ada diantara abang2 senior yang di peringkat master dan PhD turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

Yang aku nak cerita disini bukanlah mengenai makan malam itu..(terima kasih kepada tukang masak, kami menyimpan 'ruang' dari siang hari lagi..)tapi yang aku nak kongsi dengan sahabat2 semua adalah mengenai dialog terbuka antara Dato' Pa dengan kami..(kami??walaupun aku hanya berada di suatu sudut yang terpencil)Antara perbincangan yang aku rasa menarik perhatian aku (bagi orang lain aku tak tahu la menarik ke tak..) adalah mengenai status kita sebagai golongan yang mempelajari agama dan bahasa arab, apabila sudah di alam pekerjaan kelak, kita mempunyai peluang yang lebih luas bukan setakat sebagai ustaz ustazah mahupun tok2 imam ataupun tok2 siak.(Mungkin aku akan kongsi lagi pendapat aku pada masa akan datang, insyaALLAH).

Aku sudah lama tertarik dengan penulisan Ustaz Hasrizal.Di blognya, saifulislam.com antara pegangan beliau yang aku kagumi ialah:-

"Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan.."

Janganlah kita bercakap diatas angin, dan janganlah kita hanya mahir berteori sahaja didalam usrah, munaqasyah, majlis ilmu dan sebagainya..(harap2 aku tidak tergolong dalam lingkungan kedua-duanya itu..)Aku disini bukanlah orang yang selayaknya untuk memberitahu, kerna ku tahu akan diriku masih banyak yang tidak tahu dari tahu.Aku juga bukanlah yang selayaknya untuk menyampaikan ilmu kepada sahabat2, tetapi sekadar mencetus mahu bagi melihat benih2 ISLAM hidup subur diatas bumi wakafan ini..

Esok aku akan menempuhi beberapa lagi peperiksaan.Doakan aku moga mampu menjawab dengan sebaiknya.Aku juga ingin 'lulus'...#






-no perfect person-
0106am

Antara Pasrah dan Redha..


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini aku kurang sihat sikit la.Dari semalam lagi, dengan suhu yang dah memang sejuk ditambah lagi dengan hujan lebat dan angin kuat sampai terbang tikar2 rumah FULL HOUSE aku ni, membuatkan aku kurang berminat untuk acap kali keluar rumah walaupun untuk buka pintu pagar..(ada pintu pagar ke rumah aku??konfius2..)Alhamdulillah, mujur exam dah habis.Cuma nak tunggu keputusan keluar je..Camne la dengan result2 aku ni..Rasa bimbang itu tetap wujud dalam hati aku namun akan ku teruskan penantian ini dengan wajah yang berseri, bibir yang sentiasa menguntum snyuman dan hati yang penuh redha kepadamu..cewwah..Sekali tersasul ayat jiwang daa..Erm, kejap2..Hati yang redha?? Redha ke pasrah?? Adakah redha itu sama macam pasrah ataupun pasrah itu sama macam redha?? Camne erk?? (Beza talam dengan dulang camne pulak?? fening2..)

Menurut seorang senior aku yang menaqalkan daripada seorang ustaz, redha dan pasrah adalah dua perkara yang berbeza.Dari segi bahasa mungkin sama, tapi dari segi istilah amat berbeza..(yang ni aku wat memandai..) Dari segi bahasa mungkin kita boleh mengatakan kedua-dua perkataan ini sebagai terpaksa menerima.Namun, dari segi istilah amat2 ketara akan perbezaan diantara kedua2nya.Pasrah membawa maksud terpaksa menerima sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama, masih mempersoalkan kenapa berlaku, kenapa dia yang ditimpa tidak orang lain, kenapa, kenapa dan kenapa..(banyak contoh boleh kita tonton dalam drama2 melayu lepas frust cinta, terima kecacatan atau ada kematian..mcm2 gaya ada).Ujar beliau lagi, redha pula kita terpaksa terima sesuatu perkara tanpa mempersoalkan takdir itu.Kita terima dengan merasakan pasti dan memang semestinya ada hikmah disebalik kejadian itu..(bersangka baiklah kepada ALLAH).ALLAH tidak melakukan sesuatu perkara itu dengan sia2..pasti ada yang tersirat diantara yg tersurat itu…

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِم وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ْ

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

(Ali Imran:191)


Berbalik kepada diri aku ini, aku rasa walaupun aku lulus banyak madah, tapi aku tak akan rasa gembira jika aku tak faham apa yang aku lulus dan aku rasa tak perlu sedih jika aku tak lulus apa yang aku memang tak faham untuk aku terang balik kepada orang lain..(betul entah ayat aku ni??).Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku, tapi itulah yang aku cuba tanam dalam diri aku.Belajarlah untuk ilmu, bukan untuk exam, tapi exam itu adalah wasilah kepada kecemerlangan walaupun exam itu bid’ah..(bida'ah ke??nasihat untuk diri aku..).Tapi jangan pulak kita fikir orang yang lulus itu tak faham apa yang dipelajari dan belajar untuk exam..JANGAN!!Jangan sesekali bersangka buruk kepada sesiapa pun.Akhiran, aku dah tak tahu nak tulis apa ni.Mata pun dah mengantuk, kepala pun dah fening2, dan otak pun dah liplap2.Amende yang baik itu semua dari ALLAH dan amende yang tak baik itu datang dari diri aku.Perbetulkan jika aku tersilap kerana aku bukanlah insan yang sempurna, pasti ada kelemahan.Dan setiap kelemahan itu pasti ada hikmah tersendiri..Think positive!#





-no perfect person-
0315am

Berbaloikah Pengorbanan Seorang Suami dan Ayah..(?)



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih lagi sempat untuk aku menaip dikala ini..(bajet puitis..haha)hari ni kalau ikut tahun masihi dah 1 Januari..mesti ramai yang ingat tarikh ni kan? Tapi kalau try tanya tarikh ISLAM, memang sure ramai yang xingat(termasuk la aku..apa daa..ishk, lepas ni kena tengok gak tarikh hijri ni..) tapi kat sini, keadaan seperti biasa..lain suasananya kalau nak dibandingkan dengan Malaysia kita..kalau kat Malaysia, sambutan tahun baru memang gila2..dengan konsertnya, bunga apinya, countdown(baca kondom) nya..macam2 ada… dari mana erk diorang ambik budaya ni?jawapannya daripada barat..tapi aku xpasti pulak camne sambutan kat negara2 orang putih..kena tanya sahabat2 kat sana la pulak..last2, kita pulak yang lebih dari orang putih..mana la tahu kan..satu soalan timbul di benak fikiranku, boleh ke kita meraikan tahun baru masihi??(harap kepada sahabat2 dapat membantu aku..)walau apa pon jawapan yang akan aku terima, pada hakikatnya, saudara2 seISLAM kita masih lagi dijajah dengan ideologi2 yahudi & nasara yang tidak pernah redha dengan ISLAM kita..


وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ


“Dan orang2 yahudi dan nasrani tidak akan sesekali redha kepadamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka..”-Al-Baqarah:120


Mungkin sambutan tahun baru kat Kuala Terengganu lebih2 lagi kot sebab 1 Januari 2008 menjadi sejarah tersendiri kepada penduduk Kuala Terengganu sebab dah jadi bandaraya daa...MPKT pon dah tukar nama kepada MBKT..bagus2..aku mengharapkan suatu perubahan yang baik pada tanah air aku ni..bukan semua perubahan patut kita tolak, tapi ingat, bukan semua perubahan patut kita terima..aku tumpang gembira diatas pengiktirafan ini sebab ada mafhum hadith yang berbunyi:


biar hari ini lebih baik dari semalam dan biar esok lebih baik dari hari ni..


Logo Baru MBKT

Aku xtahu sejauh mana perbezaaan Kuala Terengganu sebelum dan selepas menjadi bandaraya ni..lantas ku terfikir(cewah,puitis daa..), berbaloikah pengorbanan abah aku yang sanggup bersengkang mata dikejar kerja bertimbun2(sampai lewat malam pon ada..) sejak pertengahan tahun 2007 lagi..??berbaloikah pengorbanan abah aku yang sanggup menggadai masa mencurahkan kasih sayang bersama ma dan adik2 aku dek arahan pihak atasan..??aku disini hanya mampu menunggu dan melihat sahaja..erm, tahun 2008 gak adalah tahun melawat Terengganu..jadi sila2lah melawat kat negeri aku ya..keropok lekor ada, nasi dagang ada..promote2..haha..

Cerita pasal Terengganu ni, teringat pulak kat keluarga di sana..lama dah xtel rumah..rindu bangat, tapi bukanlah sampai tahap alahan homesick macam salah seorang senior aku kat sini..(hanya yang tahu sahaja mengertinya..haha).erm, petang tadi(waktu Maghribi) handset buruk aku bergetar..(aku xsuke letak ringtone-pencemaran bunyi..haha).SMS dari ma aku..ma aku kata mak tarmizi ada datang kat rumah aku petang tadi(waktu Malaysia)..aiik,plek semacam je bunyi..(xkan nak mari lamar aku kot..xnak aku..haha).tapi mesti ada sesuatu perkara penting yang mak tarmizi bincang dengan ma aku ni.kepada sahabatku, tarmizi..aku xkan beri mu balik Malaysia..kuatkan semangat mu, kawan..berilah peluang kepada dirimu untuk menyesuaikan diri di tempat orang..pergi berlapan,pulang berlapan...#



-no perfect person-

0214am


© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft