Nikmat Tersirat


Apa yang selalu kita nampak, kita gagal dalam beberapa modul. Kadang-kadang kita terlupa yang ALLAH ada bagi kita lulus untuk beberapa modul yang lain. Jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang ALLAH dah bagi. Itu adalah nikmat. Tanpa istilah lulus sepenuhnya sekalipun, bersyukurlah bahawa ALLAH telah memberi peluang kepada kita untuk belajar sesuatu dalam tempoh masa itu. ALLAH tidak sesekali menciptakan sesuatu yang sia-sia.

Fikirkan masa depan kita untuk ISLAM. Jangan putus harapan untuk lihat ISLAM kita menuju kemenangan. Binalah kekuatan untuk diri kita sendiri, untuk masyarakat MUSLIM kita dan untuk ISLAM kita yang tercinta. Gagal sekali tak bererti kita kalah, tapi untuk kita lebih gagah.

Teruskan usaha. Kuatkan semangat. Baiki kelemahan. Selamat menempuhi semester baru untuk semua.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Masa Depan

" Enta, kalau ana tanya jangan marah."

"Enta nak tanya apa, tanyalah."

"Enta tak sedih ke duduk sini lama-lama?"


Kita semua ada perasaan. Mula-mula memang sedih. Tapi bila fikir-fikir balik, ini semua ketentuan ALLAH. Apapun yang terjadi, kuatkan diri dan bersangka baiklah dengan ALLAH. Itu yang terbaik.

Kalau kita dah fikir masak-masak tentang masa depan kita, insyaALLAH semuanya akan jadi baik. Walaupun terpaksa duduk lebih lama di sini, sebenarnya kita sedang menuju kepada masa depan dan matlamat yang telah kita tetapkan. Proses itu tetap berjalan.

Saya sedang belajar untuk mengenali sebuah kehidupan. Saya sedang belajar untuk menjadi seorang manusia. Saya tidak berharap diri saya menjadi yang terbaik di kalangan masyarakat, cumanya saya berharap agar masyarakat mendapat yang terbaik dari diri saya.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Thailand Ungguli Kejohanan Kita~


Kenangan beramai-ramai semasa acara penutup kejohanan.


KENITRA 21 Februari – Kemenangan pasukan jemputan Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal anjuran Exco Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (SUREYA) menutup tirai kejohanan sehari suntuk di Padang Bir Inziram, Khubazat petang semalam.


Thailand menundukkan Kumpulan 2 dalam perlawanan akhir dengan kemenangan tipis 2-1 untuk muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut. Kumpulan 2 pula sekadar berpuas hati dengan naib juara selepas gagal mengekang aksi lawan pada saat-saat akhir perlawanan.


Sebelum itu, kumpulan 1 dan kumpulan 4 berjaya bersaing di peringkat kalah mati. Mereka tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Kumpulan 1 tewas kepada Thailand 0-2 manakala kumpulan 4 dibelasah teruk oleh kumpulan 2 dengan jaringan 1-6.


Hafizullah diasak oleh Akmal sambil diperhatikan oleh Munzir dalam perlawanan separuh akhir. Kumpulan 2 menang besar 6-1.


Kumpulan 3 terlebih dahulu menjadi pasukan terawal tercicir dari kejohanan selepas sekadar menamatkan saingan di peringkat liga. Kegagalan kumpulan 3 untuk mara lebih jauh adalah disebabkan faktor kebanyakan tonggak pasukan itu yang masih mengalami kecederaan dan tersekat dalam proses perpindahan musim sejuk baru-baru ini kerana belum mendapat permit pekerjaan dari pihak imigresen Maghribi.


Objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk persediaan menghadapi Sukan SEAS musim panas ini selain SUKMA pada musim bunga akan datang. Lebih dari itu, kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kita yang berada di pelusuk Maghribi berkumpul dalam satu masa yang sama.


Hakikatnya, pasukan kita masih memerlukan latihan dan starategi yang kukuh untuk menyaingi pasukan Thailand dan Indonesia dalam Sukan SEAS nanti. Kekurangan stamina, kekeringan idea dan kurang bermain dalam satu pasukan menjadi faktor kenapa kejohanan anjuran kita dimenangi pasukan jemputan.-Ekramhakim.


1) Kumpulan 5 (Pasukan Jemputan Thailand)

2) Kumpulan 2 (Tajuddin, Afiq, Hafizullah, Ubaidillah, Waliyuddin, Ikram, Zaid, Asyraf)

3) Kumpulan 1 (Azim, Rahmad, ‘Ataa’u, Aimaduddin, Muhaimin, Nasri, Faizee, Tarmizi, Faiz Rahimi)

4) Kumpulan 4 (Fakurazi, Zulkarnain, Najmi, Munzir, Akmal, Mujibullah, Fikri)

5) Kumpulan 3 (Harith, Abdullah, Hariz, Aizad, Haziq, Faiz Mukmin, Iskandar)




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Idzwan Saujana di OIAM

Zaman budak-budak dulu, saya biasa tengok nasyid sebelum dan selepas rancangan solat Jumaat di RTM 1. Ada kan? Kalau anda macam saya, mesti anda tidak pergi solat Jumaat jugak kan? Kantoi! Zaman budak-budak..

Kumpulan nasyid yang biasa keluar TV Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana dan lain-lain lagi. Satu hari, nenek saya pernah pesan pada saya sambil menunjukkan pada arah kumpulan Saujana yang sedang bernasyid di TV pada masa itu. Ini kisah benar, bukan kisah dongeng. Alhamdulillah saya masih ingat. Nenek saya pesan :-

Nenek : "Abang, kekgi (nanti) besar-besar nanti tok nak tengok abang jadi macam hok (yang) nasyid dalam TV tu.."

Hari ini saya rasa nak tanya balik pada nenek saya,

"Tok, betul ke tok nak suruh abang jadi macam dia?"

Di sini saya tidak membuat sebarang kenyataan kecuali melontarkan persoalan kepada nenek saya sahaja. Lihatlah, nilailah dan berfikirlah. Jangan terlalu cepat menghukum. Moga kita diberi kekuatan dengan ujianNya. Ameen.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

"Lawak Nak Mampus"

Anda suka perkara-perkara jenaka? lawak? geli hati? komedi? santai? Tengoklah video ini.

Susah juga kalau kita hidup dengan orang yang tak pandai nak bergurau ni kan?? Hati-hati..


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Wartawan Oh Wartawan~

1. Pengalaman sebagai wartawan cukup menarik. Saya dapat belajar perkara baru. Cara bekerja dengan pihak kedua. Walaupun, lingkungan bidang saya setakat ini sekadar kawan-kawan sekeliling sahaja, namun tidak dinafikan, saya lebih mengenali keprofesionalan calon-calon PRK baru-baru ini selepas saya menemuramah mereka. Mungkin saya lebih nampak apa yang orang lain tidak nampak semasa saya bekerjasama dengan mereka. Satu-satunya kerja kuli yang boleh berurusan dengan orang atasan dan artis-artis. Terjah!

2. Saya buat kerja ini bukanlah secara serius. Hanya suka-suka hati, mengisi masa-masa terluang. Mencari kerja yang orang kurang buat, tapi saya rasa perlu buat. Ada yang bertanyakan watikah perlantikan saya sebagai wartawan PMMM. Saya jawab, awak boleh rujuk dengan Exco Penerbitan dan Dokumentasi PMMM sesi ini. Sebab apa mereka tanya? Sebab mereka tidak tahu yang PMMM kita sebenarnya ada Unit Wartawan di bawah kelolaan exco ini. Kadang-kadang wartawan itu sendiri tidak tahu yang dia adalah wartawan PMMM. Saya buat kerja saya, takkanlah mahu saya juga buat kerja exco.

3. Kewajipan wartawan meletakkan nama mereka di setiap laporan mereka bukanlah untuk publisiti murahan, bukan juga untuk mereka mendapat nama peribadi. Mereka meletakkan nama mereka supaya para pembaca boleh merujuk kepada mereka sendiri jika terdapat apa-apa masalah dan mereka tidak mahu pihak lain terpaksa bertanggungjawab jika penulisan mereka mengandungi apa-apa masalah. Harap faham.

4. Kami (Unit Wartawan) buat kerja ini untuk PMMM. Objektif utama tugas wartawan PMMM ini adalah menyebarkan apa yang ahli-ahli perlu tahu; isu-isu semasa dalam PMMM. Kami memulakan tugas kami pada musim PRK ini. Kami rasa ahli-ahli mahu tahu informasi-informasi tentang calon-calon kita yang bertanding, dalam masa yang sama calon-calon juga mahu memberitahu sesuatu kepada pengundi. Mereka tidak akan sanggup memberitahu sendiri kepada pengundi, bimbang dikatakan angkat bakul sendiri! Inilah tugas sebenar wartawan.

5. Saya masih ingat pada Mesyuarat Agung Tahunan PMMM sesi lepas (2008), ada yang bertanyakan status Unit Wartawan ini. Saya tidak mahu jawapan yang sama akan keluar dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM sesi ini. Unit Wartawan dah buat kerja! Cumanya saya tidak tahu apa respon pembaca terhadap kerja Unit Wartawan sebelum ini. Jika tidak keberatan, tinggalkanlah sedikit komen terhadap kerja kewartawanan kami pada PRK baru-baru ini untuk koreksi pada tugasan yang akan datang. Terima kasih.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Abdul Rahim Menang Besar!


MAGHRIBI, 14 Feb - Calon bebas, YB Abdul Rahim bin Zainudin, 21 telah berjaya memenangi kerusi Timbalan Setiausaha 1 Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) dalam pilihanraya kecil yang telah berlangsung hari ini (semalam).

Kemenangan Abdul Rahim dalam persaingan sengit itu menyaksikan beliau memperoleh undian sebanyak 66.37%. Persaingan tiga penjuru itu juga menyaksikan beliau menewaskan dua lagi calon bebas, YB Azri Amin dan YB Hamiz Aizuddin.

Keputusan pilihanraya kecil yang menutup peti undi tepat jam 4.00 petang di setiap cawangannya diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PMMM tepat jam 8.00 malam melalui saluran kumpulan PMMM (PMMMGroup).

Kemenangan Abdul Rahim itu telah disambut dengan laungan takbir dan sorakan oleh rakyat-rakyat seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara di sini. Tidak ketinggalan perarakan kenderaan-kenderaan awam seperti keretapi, bas, teksi kabir dan juga basikal kayuh meraikan kemenangan Abdul Rahim di sekitar jalanraya ibu kota Rabat dengan bunyian hon masing-masing, menyebabkan sedikit kesesakan lalulintas berlaku.

Bertitik tolak daripada keputusan pilihanraya kecil semalam juga, kerajaan Maghribi turut mengisytiharkan cuti umum pada esok hari (hari ini) bagi seluruh jajahan Maghribi bagi mengadakan sambutan kesyukuran kemenangan Abdul Rahim.

Tidak ketinggalan, para penyokong Abdul Rahim berhajat mahu mengadakan upacara cukur kepala beramai-ramai dan menamakan anak-anak lelaki mereka yang baru dilahirkan dengan nama idola mereka tersebut bersempena kemenangan calon itu pada pilihanraya kecil kali ini.

Namun begitu, Timbalan Setiausaha 1 PMMM yang baru itu tetap ber'diri rendah' dan tidak ujub, riak serta takabbur dengan kemenangan beliau. Semalam, menurut sumber, beliau masih lagi sanggup duduk bermesra dan makan setalam bersama sahabat-sahabat beliau yang lain seperti biasa walaupun status sekarang beliau sudah bergelar Ahli Majlis Tertinggi PMMM.

Pilihanraya kecil ini diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Timbalan Setiausaha 1 PMMM berikutan perletakan jawatan penyandangnya sebelum ini, YB Muhd Aimaduddin bin Mohamad Rabeh pada Januari lepas. Pada pilihanraya umum PMMM yang lalu, Aimaduddin Rabeh memenangi kerusi tersebut.-Ekramhakim.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Poster-poster PRK ~





p/s : Kredit poster ini kepada pakcik Syahiddan.
Seorang pegawai SPR yang berkempen supaya pengundi keluar mengundi! Saya suka rompak gambar dia. Dia bagi izin.

"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Temuramah Bakal YB 3


Temuramah Bersama Wartawan PMMM


Selepas jauh berkelana ke Fes, kali ini kita kembali ke Rabat untuk menemuramah calon ketiga, YB Muhammad Hamiz Aizuddin bin Yasir. Kebetulan, kediaman rasmi YB Hamiz dengan pusat media cawangan Rabat berada di bawah satu bumbung. Adakah ini menunjukkan YB Hamiz mesra media? Kita ikuti wawancara beliau bersama wartawan kami.

1) Apakah perasan anda apabila dicalonkan sebagai Timbalan Setiausaha 1 PMMM?

Syukur Alhamdulillah kerana ahli persatuan masih boleh melihat dan memerhati kebolehan lain yang ada pada saya bukan hanya sekadar di dapur. Mungkin ahli persatuan menilai kerja saya pada program RECODA baru-baru ini yang mana saya ditugaskan sebagai Setiausaha bagi program tersebut. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada semua kerana memberi peluang kepada saya sebagai calon kerusi panas ini.

2) Rasa boleh menang atau tidak? Kalau tidak anda, siapa? Dan kenapa anda/dia lebih layak menang?

Peluang untuk menang itu saya anggarkan tipis memandangkan calon- calon lain tidak kurang hebatnya. Kedua-dua mereka (calon lain) mungkin lebih berpengalaman dalam bidang ini. YB Azri sebagai mantan Setiausaha Kehormat dan YB Rahim pula sebagai Moderator GKLN Timur Tengah dan Afrika Utara. Namun begitu, ini tidak mencerminkan saya tidak mempunyai pengalaman langsung .

Bakat lama saya ketika di sekolah menengah dulu yang kini sudah berhabuk perlu digilap kembali. Ya lah, di sini, asyik dapur saja kerjanya. Dahulu, mandat yang diberi sebagai Pengerusi Pusat Sumber sekolah juga secara tak langsung sedikit sebanyak terlibat dengan kerja-kerja kesetiausahaan dan persuratan sebegini. Di sini, kepekaan dan kecaknaan terhadap perubahan ejaan dan sistem pengformatan yang baru perlu diambil tahu bagi mengelakkan kesilapan pada ejaan dan sistem pengformatan itu sendiri. Walaupun pada tanggapannya sekadar kesalahan kecil namun ini melambangkan kebelakangan dan ketidakpekaan kita terhadap sesuatu perubahan baru khusus dalam lapangan ini. Ini wajar kerana mencerminkan keseriusan dan kepedulian kita terhadap sesuatu perkara.

3) Andai menang, apa yang anda akan lakukan untuk persatuan melalui AMT?

Andai kata diberi peluang, insyaALLAH saya akan laksanakan yang terbaik. Tiada apa yang diperlukan sebagai Timbalan Setiausaha ini selain memantapkan lagi pengurusan persatuan sebelum ini kepada sistem yang lebih baik. Pengurusan data persatuan, maklumat-maklumat dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang kesetiausahaan ini.

4) Apa komen anda tentang sesetengah pendapat mengenai orang dapur biarlah pengkhususan mereka hanya di dapur. Orang-orang dapur diperlukan di dapur dengan kemahiran mereka tersendiri (memasak).

Bagi saya semua orang perlu diberi peluang untuk melaksanakan kepelbagaian tugas. Sudah tiba masanya persatuan kita melaksanakan anjakan paradigma untuk setiap ahli. Kala ini, siswazah berkemampuan serta berkebolehan dalam pelbagai aspek yang negara kita mahu lahirkan bukan hanya sekadar mengenggam ijazah sahaja. Jadi,saya menyarankan di sini khususnya kepada persatuan, sekiranya mengadakan sesuatu program agar dapat memvariasikan muka-muka sama dalam setiap unit agar kita dapat menjana satu perubahan yang positif, insyaALLAH.

Bagi saya, semua orang mampu melaksanakan tugasan yang diberikan kepadanya, yang penting kemahuan untuk melaksanakanya.Tiada alasan bagi seseorang itu untuk mengatakan dia tidak pandai atau tidak tahu dalam sesuatu perkara. Saya bagi contoh di sini, dalam masakan, tiada istilah “saya tidak pandai masak”. Bagi saya istilah sebegini tidak patut wujud kerana saya merasakan semua orang pandai masak. Cuma yang membezakannya ialah adakah masakan yang dimasak itu sedap atau tidak, itu sahaja. Sewajarnya, peluang sebegini harus direbut untuk kita merasai pengalaman baru yang saya kira jarang-jarang atau tidak dapat kita perolehi di Malaysia .

5) Amanat kepada pengundi?

Undilah atas kebijaksanaan kalian. Jangan menilai dari luaran sahaja, tetapi nilailah sedalam-dalamnya. Berfikir secara positif, kreatif, dan kritis dan tidak mengikut hawa nafsu. Semua ini tidak lain tidak hanya demi kebaikan persatuan kita juga .Akhir kata, undilah dengan kejujuran dan keikhlasan dalam membuat pengundian. Selamat mengundi.

Pengalaman dalam program-program PMMM

1) Bendahari Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008

2) Ketua Unit Jamuan ASPIRATION 2008

3) Ketua Unit Jamuan Program Sambutan Mahasiswa Baru 2008

4) Unit Protokol Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Luar Negara 2008

5) Setiausaha RECODA 2009



Wartawan : Ekramhakim

Jurufoto : Cuti Bersalin




"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Temuramah Bakal YB 2


Jika semalam kita telah mengikuti temubual bersama calon YB pertama, kali ini pihak kami ingin membawa anda bersama-sama dalam temubual bersama calon kedua kerusi Timbalan Setiausaha 1 PMMM pula, YB Azri Amin bin Che Din. Wartawan kami, Mohd Ikram Hakim berjaya menghubungi beliau melalui atas talian memandangkan lokasi kediaman rasmi beliau di Fes dengan pusat media di Rabat terlalu jauh dan keadaan semasa di sana yang amat sejuk ditenggelami salji tebal Ifrane sehingga berlaku kejadian kaki-kaki memasuki longkang akibat salji. Ikuti temubual tersebut.

1) Apakah perasaan anda apabila dicalonkan sebagai Timbalan Setiausaha 1 PMMM?

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat warga PMMM yang sudi mencalonkan saya bagi merebut kerusi Timbalan Setiausaha Kehormat 1 PMMM sesi 2008/2009. Mengenai perasaan pula, ada 2 iaitu gembira dan risau. Gembira kerana saya masih diberi peluang untuk menjawat jawatan dalam AMT PMMM. Manakala risau sekiranya saya tidak dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

2) Rasa boleh menang atau tidak? Kalau tidak anda, siapa? Dan kenapa anda/dia lebih layak menang?

Menang dan kalah adat pertandingan. Apa yang boleh saya katakan di sini kepada mereka yang mencalonkan saya, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk PMMM. Jika dilihat kepada 2 calon lagi, kedua-duanya muka baru. Jika para ahli PMMM ingin melihat muka baru menduduki kerusi ini, pilihlah antara mereka berdua.

Saya tidak boleh ramalkan akan diri saya melainkan para ahli PMMM yang membuat keputusan. Sekiranya saya diperlukan PMMM, berilah saya peluang terutamanya bagi menebus balik kesilapan yang saya lakukan semasa menjawat jawatan Setiausaha Kehormat PMMM sesi 2006/2007. Saya juga punya kelebihan dan kelemahan.

Lagi satu, Presiden PMMM sekarang juga merupakan rakan sekapal saya iaitu datang bersamanya selepas peperiksaan STAM dahulu. Ini sedikit sebanyak memudahkan untuk saya bertoleransi dengan beliau dalam memacu dan mengendalikan PMMM. Peringkat awal perlantikannya, beliau telah meminta jasa baik saya untuk sama-sama membantunya dalam merealisasikan impiannya untuk melihat para ahli PMMM “Menjana Keintelektualan, Memimpin Perubahan”. Maka dengan peluang yang ada ini saya ingin membantu beliau secara terus dan setakat yang termampu.

3) Andai menang, apa yang anda akan lakukan untuk persatuan melalui AMT?

Untuk melakukan perubahan atau agenda dalam PMMM memerlukan kerjasama AMT dan semua ahli PMMM. Kerusi yang dipertanding ini pun bukanlah kerusi Presiden. Maka, andaikata saya terpilih saya cuma boleh nyatakan pandangan, cadangan serta kritikan saya secara terus dalam mesyuarat AMT PMMM. Sebagaimana yang dimaklumi, saya antara ahli PMMM yang prihatin atau mengambil cakna akan pergerakan atau pengendalian AMT dalam mentadbir PMMM. Cuma bagi saya, jawatan ini juga penting untuk saya melakukan serba sedikit gerak kerja untuk memajukan PMMM kerana dengan adanya jawatan, suara kita akan didengar orang dan mudah untuk berurusan dengan pihak luar.

Saya sekarang ini juga sedang berusaha merancang program ilmiah seperti mengundang Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ustaz Maszlee Bin Malik. Pengaruh atau jawatan amat penting untuk berurusan dengan mereka ini yang boleh dikatakan masyhur serta dikenali ramai. Dan yang penting, saya sedang berusaha untuk memohon pihak JPA mengkaji balik berkaitan pengiktirafan sijil Ijazah berpangkat Maqbul agar diterima sebagai B.A (Hons) iaitu B.A dengan Kepujian. Gerak kerja ini memerlukan jawatan dalam PMMM untuk memudahkan urusan dengan pihak JPA mahupun Kementerian Pengajian Tinggi, Putra Jaya.

Andaikata saya tidak terpilih, saya akan teruskan usaha ini cumanya sedikit kesukaran akan saya hadapi kerana terpaksa berurusan atas nama persendirian atau atas nama lepasan graduan Maghribi. Apa pun doakanlah agar usaha ini membuahkan hasil untuk kesenangan kita semua. Itulah serba sedikit apa yang dapat saya lakukan untuk PMMM.

4) Orang melihat anda sebagai pencadang dan pengkritik yang bernas dan lantang sebelum ini terhadap gerak kerja persatuan. Tahniah. Adakah anda akan teruskan status ini jika anda berada di dalam AMT nanti? Yang manakah menjadi keutamaan anda, cadangan dan kritikan atau gerak kerja anda sebagai Timbalan Setiausaha 1?

Saya akui yang saya banyak melontarkan pandangan, cadangan mahupun kritikan kepada pentadbiran PMMM. Mungkin ada yang setuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju. Biasalah, di mana ada positif, di situ ada negatif. Apa pun, saya harap anda menilai segala lontaran saya itu secara positif. Peka dan cakna terhadap apa yang dikatakan bukan terhadap siapa yang berkata.

Sekiranya saya terpilih untuk menjawat jawatan AMT, semestinya saya akan kekalkan status saya sebagai pengkritik mahupun pencadang. Tetapi melalui saluran secara terus iaitu dalam mesyuarat AMT. Maka, tidak akan kedengaran lagi kritikan mahupun pandangan saya dalam PMMM Group. Dalam masa yang sama, saya salah seorang penggerak PMMM dalam melakukan sesuatu program.

Tetapi perlu diakui juga, dengan terlantiknya pengkritik dalam pentadbiran, akan menyebabkan dirinya seolah-olah dikurung atau terpaksa menyepi dan inilah salah satu cara untuk mengurangkan kritikan kepada pentadbiran. Itu perlu anda maklumi. Secara tak langsung, dia juga perlu menjaga status pentadbiran tersebut. Mungkin juga kritikan itu akan terpalit kepada dirinya sendiri.

Jika ditanya yang paling utama, maka gerak kerjalah yang perlu diutamakan kerana itulah tujuan kenapa saya mengkritik. Bagi mereka yang memandang kritikan itu secara positif, maka dia akan menjadikan kritikan itu sebagai panduan dan cabaran untuk dia melaksanakan gerak kerja hasil dari kritikan tersebut. Tetapi biasalah, ego orang atasan (pemimpin) ini lebih tinggi dari ego orang bawahan (rakyat).

Sebagai contoh saya bagi, andaikata 3 perkara dibangkitkan oleh orang bawahan akan diterima hanya 2 sahaja oleh orang atasan. Kalau tidak pun, ianya mengambil masa yang agak lama untuk diterima. Ini pandangan sayalah terhadap apa yang saya perhatikan. Bukan semua pemimpin bersikap demikian. Lagipun, setiap orang mempunyai pandangan dan penilaian yang berbeza. Itu perlu di ambil kira dan dinilai juga.

Andai kata gerak kerja yang saya lakukan tidak berapa berhasil, tidak bermakna saya tidak melakukan tugas. Begitu jugalah dengan ALP yang lain. Semuanya saling bergantung antara satu sama lain. Yang pasti, semua ahli harus memberi komitmen terhadap PMMM dan ALP PMMM perlu komited dengan beban tugas yang dipikul. Sebatang lidi mudah untuk dipatahkan tetapi seberkas lidi amat sukar dipatahkan.

Dan saya percaya, sekiranya saya berada dalam pentadbiran PMMM, akan ada ahli PMMM yang mengkritik gerak kerja pentadbiran PMMM. Tidak bermakna hanya saya seorang sahaja yang dilihat sebagai pengkritik. Malah mungkin pengkritik tersebut lebih hebat dan berani dari saya. Anda dialu-alukan untuk mengkritik secara anak jantan dan bukannya hanya sekadar cakap-cakap belakang. Bukankah ini menyalahi etika pelajar agama dan sememangnya membelakangkan syariat Islam? Yang penting, hendaklah mengikut saluran yang betul.

5) Amanat kepada pengundi?

Akhirnya, semoga para ahli PMMM dapat memilih antara 3 kami bertiga yang sedikit mudharatnya dan banyak manfaatnya. Yang pasti, muka baru patut diberi peluang untuk mereka mematangkan diri dan mencurahkan bakti dan khidmat setia kepada PMMM. Tetapi dalam masa yang sama, tidak menafikan akan muka lama. Perlu juga diberi ruang untuk menebus kesilapan lalu dan semoga muka baru dapat mengambil iktibar dan pengajaran untuk sesi pemerintahan yang baru pada bulan 7 tahun 2009 ini nanti iaitu sesi 2009/2010.

Pengalaman di dalam PMMM:-

1) Naib Timbalan Ketua Biro Kebajikan PMMM sesi 2005/2006

2) Pengarah Sambutan Pelajar Baru (SPB) sesi 2005/2006

3) AJK SPR PMMM sesi 2006/2007

4) Setiausaha Kehormat PMMM sesi 2006/2007 (selama 5 bulan sahaja)

5) Naqib Usrah sesi 2006/2007

6) Juru Audit PMMM sesi 2007/2008

7) Naib Pengerusi SPR PMMM sesi 2007/2008


Wartawan : Ekramhakim
Jurufoto : Cuti (Suami Alahan)



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Temuramah Bakal YB 1


TEMURAMAH WARTAWAN PMMM

Isnin, 8 Febuari 2008.

Pilihanraya Kecil bagi kerusi Timbalan Setiausaha 1 Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi semakin hampir. Kempen di sana-sini sudah mula memulakan gendang masing-masing. Di kesempatan ini, wartawan kami, Saudara Mohd Ikram Hakim sempat menemuramah calon-calon bagi kerusi panas ini. Untuk kali ini, pihak kami berkesempatan untuk bersua muka dengan calon pertama, YB Abdul Rahim bin Zainudin di kediaman beliau di Kamrah.

1) Apakah perasaan anda apabila dicalonkan sebagai Timb. S/U 1 PMMM?

I jumped out of my skin! Bila pertama kali baca senarai yang layak di emel grup, nak tergelak pun ada bila nama saya tersenarai. Namun selepas beberapa ketika, saya mula dapat menyerap hakikat dan cuba mengadaptasi situasi ini. Dan sekarang sudah mula ‘faham’ akan harapan dan sokongan daripada rakan-rakan yang lain. Terima kasih semua.

2) Rasa boleh menang atau tidak? Kalau tidak anda, siapa? Dan kenapa anda/dia lebih layak menang?

Pendapat saya peluang kemenangan untuk ketiga-tiga calon adalah 33.3%-33.3%-33.3% (abaikan ralat). Our fields are equally the same. Sesiapa sahaja boleh menang dan saya tidak mahu meletakkan sebarang nama yang bakal menyandang jawatan ini. Kita tunggu saja nanti.

3) Anda sekarang sebagai moderator GKLN Afrika, mungkin itu menjadi kelebihan anda dalam bidang kesetiausahaan ini berbanding dua calon lain. Komen?

Saya suka untuk membawa satu analogi mudah untuk kita semua cuba fahamkan. Anda suka makan ikan bilis, tetapi tak semestinya anda akan makan budu yang juga diperbuat daripada ikan bilis tersebut. Secara kiasnya, walaupun saya peminat kepada ilmu bahasa dan sastera tetapi belum tentu saya mampu menjiwai bidang ini.

Justeru, bagi saya itu hanyalah persepsi konvensional yang agak klise. Masing-masing ada pro dan kontra dan saya optimis dengan kebolehan calon-calon yang lain. Anda perlu bijak menilik.

4) Ramai yang melihat anda lebih berkelayakan memandangkan anda sentiasa aktif di dalam mana-mana program yang persatuan anjurkan. Komen?

Ironi sekali sebab setiap kali program yang melibatkan saya, lebih kepada bidang pengurusan program dan juga kerja di belakang tabir. Jarang sekali saya ditugaskan di bahagian yang perlu ke hadapan. Kalaupun saya aktif dengan program-program yang dianjurkan persatuan, hanya sebagai peserta untuk meramaikan majlis je la kot…

5) Andai anda dipilih sebagai timbalan Setiausaha 1 ini, apa yang anda akan lakukan melalui kerusi AMT ini?

Saya harus akui saya bukanlah seorang yang idealistik. Oleh itu, agak sukar untuk saya cuba menceritakan bentuk gerak kerja secara spesifik yang boleh saya lakukan, cuma janji saya adalah kerja keras dan komitmen selain keinginan untuk belajar perkara baru yang begitu tinggi.

Curahan pengalaman dan idea :-

AJK program-program PMMM :-

1) Ketua Unit Peralatan dan Wadrobe Program Istiadat Konvokesyen 2008

2) Ketua Unit Pengurusan Program Sambutan Mahasiswa Baru (PROSMA) 2008

3) Ketua Unit Hadiah dan Cenderamata Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Luar Negara 2008

4) Pengarah Program Aspiration 08

5) Ketua Unit Pengurusan Program RECODA 2009

6) Ketua Unit Pengurusan Program Malam Munajat Kasihku Palestin 2009

Bidang penulisan :-

1) Moderator GKLN Timur Tengah dan Afrika Utara (2008-kini)

2) Puisi di majalah Tunas Cipta (Disember 2008)

3) Puisi di Berita Harian (Sabtu, 20 September 2008)

4) Antologi Puisi Bahasa Bumi (2008)

5) Pendapat berkaitan sastera di majalah Tunas Cipta (November 2008)

6) Saguhati SEMPURI 2008



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Politikwood!


Mungkin sekarang ini musim berpolitik. Politiking kembali lagi! Muak! Muak dengan sandiwara-sandiwara orang politik. Drama, filem, cerekarama dan politikwood. Macam-macam ada..

Mula-mula hilang 2, 3 hari. Lepas itu letak jawatan, lompat sana, lompat sini, bayar sana, bayar sini, ugut sana, ugut sini. Isytihar kerajaan baru, guna cable istana. Perlembagaan tolak tepi. Suka-suka kucar-kacirkan negara. Kesian yob!

Lepas ini beralih ke Kedah pulak, Selangor pun makin berjaga-jaga. Saya tak salahkan sesiapa. Tapi orang bersalah patut rasa bersalah. Nak kembali stabil, minta rakyat pilih sekali lagi. Baru telus. Kalau BN menang, PR puas hati. Kalau PR menang, BN puas hati. Tak perlu nak gaduh-gaduh. Kerajaan untuk rakyat, bukan untuk Sultan!

Lepas ini ada dua pilihanraya kecil ( tidak termasuk jika berlaku Pilihanraya Kecil Negeri Perak), DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak. Mari sama-sama kita lihat. Lihat bukan sekadar lihat..

Pilihanraya kecil di Morocco ini juga tidak kurang hebatnya. Kerusi panas Timbalan Setiausaha Kehormat 1 (TSU 1) Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi akan terisi dengan pilihan terbaik dari ahli-ahlinya. Saya melihat, kerusi TSU 1 kali ini untuk mencari pelapis Setiausaha Kehormat pada kepimpinan yang akan datang. Antara YB Rahim, YB ABCD dan YB Hamiz, siapakah pilihan anda?

Tunggu untuk post yang akan datang. Mode menulis saya minggu ini adalah gaya ala-ala penganalisis politik terhebat persatuan dan tanah air. Suka-suka buat hangat di musim sejuk=D


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Kenali Yahudi [Part 1]

Saya mendapat bahan perkongsian ini dari sebuah grup. Tulisan ini diambil dari Dr. Stephen Carr Leon. Di sini saya cuba merumuskan nota-nota yang ingin disampaikan oleh beliau. Untuk kali ini, saya cuba menganalisis proses pendidikan mereka di awal permulaan kehamilan dan pemakanan. Bukan mahu mengagungkan mereka, cuma sekadar mahu mengetahui rahsia-rahsia mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat.

1. Yahudi Mengawal Dunia

Memang tidak dapat dinafikan, ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari pelbagai bidang; kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling tersohor ialah perniagaan. Hampir 70% perniagaan di dunia ini dikuasai oleh kaum Yahudi; dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya.

2. Persiapan Awal Melahirkan Zuriat

Di Israel, setelah mengetahui si ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Pasangan yang akan menerima cahaya mata ini juga akan membeli buku matematik dan akan menyelesaikan masalah matematik itu bersama-sama sehinggalah bayi mereka dilahirkan. Hal ini kerana bagi melatih dan mengembangkan otak anak mereka yang masih di dalam kandungan.

3. Pemakanan Awal Hamil

Di pagi hari, mereka gemar sekali mengambil kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengahari pula, makanan utama mereka adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul badam dan berbagai jenis kekacang. Badam merupakan makanan rutin mereka.

Daging ikan (fillet) sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan sebenarnya mengandungi bahan kimia yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Inilah adat bangsa Yahudi ketika mengandung dan sudah menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Mereka juga biasanya tidak akan mengambil daging jika ada ikan, kerana menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak bagus dimakan bersama.

Sebelum memakan hidangan utama, biasanya mereka terlebih dahulu mengambil buah-buahan. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan dengan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita akan merasa mudah mengantuk dan lemah serta sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.



"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."

Keberanian Seorang Pejuang



Dunia sekali lagi digemparkan dengan sebuah kejutan. Jika sebelum ini dengan lontaran kasut ke arah Bush, kali ini keberanian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini menghangatkan muka depan media massa seluruh dunia. Kagum! Moga lebih ramai pemimpin yang berani menunjukkan bantahan ke atas golongan yang sombong ini. Hakikatnya, menghadapi orang yang penuh ego ini mesti perlu kita patahkan egonya dahulu. Moga kita semua diberi kekuatan.


"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
© Copyright Reserved ||::ekramhakim.com::|| | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft